Pada suatu hari, seorang Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan..Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sumber:http://virtualfriends.net
p/s:Renungilah kisah ini. kadang2 kite terlampau leka dengan nikmat duniawi sehingga kite sanggup menggadaikan maruah agama Islam itu sendiri. Renung2 kan ye kawan2 ^__^
8 comments:
subhanallah..
cerita ni mmg bole buat org insaf
huhu..
:)
Kita harus jujur, x kira bila dan dimana atau dengan siapa..
salam ziarah dan salam perkenalan dari laman blog abg ben ashaari.. saya follow blog awak yaaa.. n then nti jgn lupa singgah bertandang ke blog saya n follow la sekali yer.. k thanks
cite ni sgt menginsafkan...thanx ya~
ingatkan citer lawak..bler bca terkedu pula.. huu~ skecil2 perkara pun kdg2 boleh mngubah sebesar2 prkara.. entry yg baik..
Entry ni menyentuh sanubari :)
Salam kenal Ms Lavender.
kReen pernah dapat email ni.
memang terkedu dan menginsafkan.
semoga kite sumer dapat manfaat & teladan dr kisah ni.. InsyaAllah.. ^_^
Post a Comment