Monday, April 10, 2017

Percutian ke Hong Kong - Day 2 (Disneyland)

Assalamualaikum,

Kita sambung untuk perjalanan hari kedua pulak ye.

Hari kedua ni memang kami dah tak sabar & bersemangat nak keluar jenjalan. Pagi-pagi tu kami sarapan di bilik dulu. Saya memang bawak mini rice cooker tu untuk masak. Memang memudahkan. Alaa bila travel2 gini masak cincai-cincai macam sardin je pun dah boleh makan berselera tak angkat kepala.hehe.

Destinasi kami hari ni of course lah main attraction, DISNEYLANDDDDD!! Kami naik MTR dari stesen Tsim Sa Tsui, kena dua kali tukar sampaila stesen Disneyland. So, here we are!




Budak tak leh dok diam. 






Nak masuk Disneyland ni, akan ada staf dia check beg kita kat pintu masuk. Makanan a big NO ye. Tapi kalau setakat bawak jajan-jajan & air mineral tu diorang lepaskan je. Macam saya boleh kata banyak la jugak bawak jajan la, biskut la, bekal Zarif semua, tapi masa check beg tu just mention je tu semua 'babies food' so dia bagi je masuk.

Kalau dah masuk Disneyland ni memang tak cukup sehari sebenarnya. Sebab tu ada 1 Day Pass dan ade jugak 2 Day Pass. Tapi kitorang takdela nak spent sampai 2 hari kat sini. Sebab tak semua game/ride yang kitorang boleh main tambah-tambah bawak si kecik tu. Ada certain certain je yang baby boleh ride. Idok le kami nak naik roller coaster yang 90 degree tuhh. Huhuhuhu.

Disneyland ni dipecahkan dengan beberapa area. Toy STory Land, Mystic Point, Grizzly Gulch, Adventureland, Main Street USA, Fantasyland, dan Tomorrowland. Boleh refer map ni.


Boleh kata kitorang naik semua ride yang ada. Banyak yang macam tren budak-budak tu dan ada juga persembahan teater 3D. So far ride/game dia semua best gilaaa! Cuma ride yang macam tak sesuai untuk baby macam ferris wheel & roller coaster tu kitorang tak naik la. Memandangkan kitorang pergi ni hari bekerja dan bukan public holiday, jadi tak la sesak sangat orang. Ramai memang ramai. Setiap ride tu memang kena beratur panjang jugak tapi so far cepat la. Berjalan dalam tu pun selesa je takde la bersesak-sesak langgar bahu ke apa.

Bagi pelawat yang datang dengan family & ada bawak baby, kat dalam ni jugak ada disediakan servis penyewaan stroller. Tapi faham-faham la kos nya berapa kalau dah dalam Disneyland ni. Serba serbi mahaii. Kitorang pakai stroller sendiri saje dan kat setiap area banyak disediakan perking stroller untuk memudahkan kita letak stroller sebelum masuk mana-mana ride.

Mesti korang tertanya-tanya kalau dah spent sehari suntuk sini, macam mana nak solat? Jangan risau, kat sini ada disediakan Quiet Room dekat Mystic Point Area untuk kita solat. Kat sini jugak ada restoran makanan halal, Explorer's Club. restoran ni ada sediakan sajian antarabangsa antaranya sajian Indonesia, Japan, Korean dan Asean delights.




Lepas makan & solat semua, kami sambung main ride & game yang ada. Kebanyakan ride tutup pukul 5 pm. Lepas tu, rehat & jenjalan round kawasan disneyland tu, sampai pukul 7.30 ada persembahan night parade & fireworks. Korang kalau datang Disneyland mesti mesti mestiiii stay sampai malam tau tengok night parade & fireworks ni. Cantek gilaaaaaa!! Rugi laa kalau datang jauh-jauh pastu petang dah balik. Memang sangat sangat berbaloi tunggu sampai malam. 

Ok lah kita sambung next entri untuk hari ketiga pulak okayyy. Tata!

Percutian ke Hong Kong - Day 1

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak tunaikan janji untuk share pengalaman masa pergi Hong Kong (HK) cuti sekolah lepas. Niat di hati memang saje nak bawak Zarif jenjalan jauh sikit sambil bawak dia pergi Disneyland. Yelah, tempat impian semua budak-budak kan. Yang ni macam lebih kepada tunaikan impian mama dia kecik-kecik dulu jerrr.. kikikiki..

Sebenarnya plan nak bercuti ke sana memang last minute. Sebulan sebelum nak pergi baru book tiket flight, hotel & baru nak study do's & donts, tips & tricks kat sana. Yela kami pergi ni redah sendiri je takde pakai travel agent. So nak kene banyak study sendiri tempat-tempat mana yang patut pergi apa semua. Thanks banyak-banyak kat kawan-kawan di group FB Backpackers Buddies Malaysia (BBM) sebab saya banyak dapat info itinerari, makanan halal, dan segala-galanya dari group tu. Diorang pun semua tak kedekut ilmu, memang willing untuk share pengalaman kat sana.

Hari Pertama

Berlepas dari KLIA2 ke HK menaiki Air Asia.

Sepanjang dalam flight memang bos kecik nak moody & cranky jer..so kite bagi dia buat aktiviti conteng-menyonteng biar dia tak boring

Tiba di HK International Airport. Nampak tak bos kecik tu dah tak boleh duduk diam kat stroller itteww. 

Untuk pengetahuan korang, kat HK ni, tandas dia memang takde paip air getah so make sure kene bawak la botol air spare untuk toilet bagi melunaskan urusan di 'bank' itu. Jangan risau kalau nak cari air mineral untuk minum sebab airport ni memang watercooler ada di mana-mana, So korang boleh la refill air minuman dalam botol korang.

Ok ni tips nak share dengan korang. Sampai je kat airport ni korang patut buat ni:

1- Beli Octopus Card di kaunter MTR. Pentingggg tau! Kad ni berfungsi macam touch n Go dan memudahkan untuk korang nak naik public transport kat HK seperti bas atau MTR. Harga dalam HKD150 , boleh topup kalau balance dah tak cukup, tapi nanti sebelum balik Malaysia kalau korang pulangkan semula kad ni, dia akan refund semula amaun yang ada dalam kad tu.

2. Beli tiket Disneyland / The Peak Tram / Madame Tussauds  dll di kaunter China Travel Services di arrival hall. Sebab CTS offer harga tiket paling murah berbanding kaunter lain. Dan memang ramai travellers yang dah pergi sana pun memang suggestkan beli tiket-tiket kat kaunter CTS ni.

3. Beli simkad 3G/4G di kaunter A13 arrival hall untuk internet dan local call siap pasangkan sim dan boleh terus guna. Macam kami haritu beli pakej 5 hari 1 Gb hanya HKD 68 siap dah ada HKD 18 dalam tu untuk buat local call.

4. Kalau guest house korang area Kowloon, Chungkin Mansion, Mirador Mansion dll korang boleh naik bas dari airport no. A21 dengan harga HKD 33 sehala. Lebih jimat & murah. Kalau naik airport express pun boleh tapi mahal sikit around HKD 100++ sehala..

Lepas dah setel semua urusan kat airport, kami terus menaiki bas menuju ke Mirador Mansion dan check in hotel Pearl Premium Guest House. Hari pertama ni kami banyak berehat dan jenjalan sekitar hotel je memandangkan kami sampai hotel pun dah lewat.

Mirador Mansion


Ok next entri kita sambung untuk hari kedua pulak. Tata.

Monday, March 27, 2017

Percutian ke Hong Kong - Itinerari

As salam..

Masih lagi dalam mood holiday. Tambah-tambah harini dah masuk kerja. Memang Monday Blues la awak. hahah. Post kali ni nak share itinerari percutian kami sekeluarga ke 5 hari 4 malam ke Hong Kong minggu lepas. Sebenarnya percutian ni last minute punya plan. Kami beli tiket sebulan sebelum ke sana. Mula-mula plan nak ke Korea tapi survey tiket flight takde yang promo pulak masa tu. Kebetulan tiket ke Hong Kong dalam bajet, dan memang dah lama bercita-cita nak ke Disneyland, terus book tiket. Jom tengok itinerari sepanjang kami di sana 

Hari Pertama 22 Mac2017
  • Berlepas dari KLIA2 ke Hong Kong
  • Tiba di Hong Kong International Airport
  • Check In Hotel di Tsim Sa Tsui (Pearl Premium Guest House)
  • Berjalan-jalan di sekitar Kowloon
Hari Kedua 23 Mac 2017
  • Pergi Disneyland
  • Makanan Halal - Explorers Club restaurant (Mystic Point area)
  • Solat - Quiet Room (Mystic Point Area)
Hari Ketiga 24 Mac 2017
  • Victoria Peak by The Peak Tram
  • Sky Terrace
  • Makan di Rumah Makan Sedap Gurih (Restoran Halal Indonesia) di Causeway Bay
  • Jalan-jalan sekitar Central
Hari Keempat 25 Mac 2017
  • Masjid Kowloon
  • Kowloon Park
  • Shopping souvenirs di Ladies Market
  • Avenue of Stars
Hari Kelima 26 Mac 2017
  • Check out Hotel
  • Bertolak dari Hong Kong ke Kuala Lumpur
  • Welcome Home! 😏
Secara keseluruhan itinerari kami ni santai & relax je. Tak compact. No rushing. Sesuai untuk yang datang dengan family atau bawak anak kecil. Kalau backpackers style mungkin boleh khatam itinerari ni dalam 2 atau 3 hari je.  

Ok nanti next entri saya akan citer details & tips2 bila dekat sana. Stay tune!