Monday, April 10, 2017

Percutian ke Hong Kong - Day 4

Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari keempat kami di HK. Hari ini merupakan hari kami berjalan-jalan santai sahaja. So tak ada nak rushing ke mana-mana. Awal tu kami singgah ke Masjid Kowloon. Dekat je dengan tempat penginapan kami area Mirador Mansion. Boleh jalan kaki sahaja. Kalau waktu lepas sembahyang zuhur/asar akan ada orang pakistan meniaga nasi beriyani bungkus depan masjid tu. Boleh beli. Murah sahaja. Ada beriyani ayam dan kambing. Memandangkan kami belum makan masa tu, sempat jugak la tapau nasi beriyani dan juga kebab. Memang murah berbanding di kedai.

Masjid Kowloon
 Lepas tu kami sambung perjalanan sekitar city. Memang saja nak jalan-jalan tengok life orang di sini. tengok la betapa padatnya kenderaan dan bangunan-bangunan kat sini. Kalau korang yang first timer ke sini, jangan high expectation sangat. Hotel pun sempit yang amat. Macam Sebesar 1/3 dari bilik hotel kat Malaysia. nak sembahyang pun kena atas katil sebab tak muat nak sembahyang kat lantai.



Mereka menggunakan buluh je untuk kerangka sokongan bangunan ni. 

Bangunan tinggi-tinggi kiri kanan.
 Kemudian kami terus berjalan ke arah Victoria Hoarbour. Dari sini kita boleh nampak pemandangan bangunan-bangunan HK City. Kalau kat Johor tu, macam dari Stulang atau Tanjung Puteri tu kan kita boleh nampak Woodland Singapore kat seberang. Haa gitulah.
Victoria Harbour. Zarif dah tumbang sebab penat berjalan.






Itu la sedikit sebanyak gambar sekitar harbour. Boleh la nak lepak-lepak tenangkan diri, tengok laut, kapal yang berlabuh. Lepas tu kami naik tren ke Ladies Market. Haaa ni tempat paling heaven lah untuk orang perempuan. Sebab apa? Shoppinggg!! Boleh la nak cari barang-barang souvenir, beg, keychain, tshirt, fridge magnet dan macam-macam lagi kat sini.

Tapi dinasihatkan, you all janganlah survey-survey tanya harga barang lepas tu tak jadi beli. Memang hanginlah peniaga kat situ. Diorang akan paksa korang beli jugak. So kalau korang tak berniat nak beli, jangan tanya-tanya harga. Ala-ala macam kat Petaling Street jugak style depa.


Sumber:Google

Sumber:Google

Sekian sahaja jalan - jalan cari penat hari keempat, dan merupakan hari terakhir kami kat sini. Esok nak balik dahhh. Ok bai. Salam.



No comments: