Kita sambung untuk perjalanan hari kedua pulak ye.
Hari kedua ni memang kami dah tak sabar & bersemangat nak keluar jenjalan. Pagi-pagi tu kami sarapan di bilik dulu. Saya memang bawak mini rice cooker tu untuk masak. Memang memudahkan. Alaa bila travel2 gini masak cincai-cincai macam sardin je pun dah boleh makan berselera tak angkat kepala.hehe.
Destinasi kami hari ni of course lah main attraction, DISNEYLANDDDDD!! Kami naik MTR dari stesen Tsim Sa Tsui, kena dua kali tukar sampaila stesen Disneyland. So, here we are!
Budak tak leh dok diam. |
Nak masuk Disneyland ni, akan ada staf dia check beg kita kat pintu masuk. Makanan a big NO ye. Tapi kalau setakat bawak jajan-jajan & air mineral tu diorang lepaskan je. Macam saya boleh kata banyak la jugak bawak jajan la, biskut la, bekal Zarif semua, tapi masa check beg tu just mention je tu semua 'babies food' so dia bagi je masuk.
Kalau dah masuk Disneyland ni memang tak cukup sehari sebenarnya. Sebab tu ada 1 Day Pass dan ade jugak 2 Day Pass. Tapi kitorang takdela nak spent sampai 2 hari kat sini. Sebab tak semua game/ride yang kitorang boleh main tambah-tambah bawak si kecik tu. Ada certain certain je yang baby boleh ride. Idok le kami nak naik roller coaster yang 90 degree tuhh. Huhuhuhu.
Disneyland ni dipecahkan dengan beberapa area. Toy STory Land, Mystic Point, Grizzly Gulch, Adventureland, Main Street USA, Fantasyland, dan Tomorrowland. Boleh refer map ni.
Boleh kata kitorang naik semua ride yang ada. Banyak yang macam tren budak-budak tu dan ada juga persembahan teater 3D. So far ride/game dia semua best gilaaa! Cuma ride yang macam tak sesuai untuk baby macam ferris wheel & roller coaster tu kitorang tak naik la. Memandangkan kitorang pergi ni hari bekerja dan bukan public holiday, jadi tak la sesak sangat orang. Ramai memang ramai. Setiap ride tu memang kena beratur panjang jugak tapi so far cepat la. Berjalan dalam tu pun selesa je takde la bersesak-sesak langgar bahu ke apa.
Bagi pelawat yang datang dengan family dan ada bawak baby, kat dalam ni jugak ada disediakan servis penyewaan stroller. Tapi faham-faham la kos nya berapa kalau dah dalam Disneyland ni. Serba serbi mahaii. Kitorang pakai stroller sendiri saje dan kat setiap area banyak disediakan perking stroller untuk memudahkan kita letak stroller sebelum masuk mana-mana ride.
Mesti korang tertanya-tanya kalau dah spent sehari suntuk sini, macam mana nak solat? Jangan risau, kat sini ada disediakan Quiet Room dekat Mystic Point Area untuk kita solat. Kat sini jugak ada restoran makanan halal, Explorer's Club. restoran ni ada sediakan sajian antarabangsa antaranya sajian Indonesia, Japan, Korean dan Asean delights.

Lepas makan & solat semua, kami sambung main ride dan game yang ada. Kebanyakan ride tutup pukul 5 pm. Lepas tu, rehat & jenjalan round kawasan disneyland tu, sampai pukul 7.30 ada persembahan night parade & fireworks. Korang kalau datang Disneyland mesti mesti mestiiii stay sampai malam tau tengok night parade & fireworks ni. Cantek gilaaaaaa!! Trademark Disneyland kannn.. Rugi laa kalau datang jauh-jauh pastu petang dah balik. Memang sangat sangat berbaloi tunggu sampai malam.
Ok lah kita sambung next entri untuk hari ketiga pulak okayyy. Tata!
No comments:
Post a Comment