Monday, April 10, 2017

Percutian ke Hong Kong - Day 3

Assalamualaikum..

Untuk hari ketiga ni, awal pagi kami dah keluar hotel. Destinasi kami pada hari ini adalahhhhh... The Peak Hong Kong! Apa yang menarik kat sini? The Peak merupakan tempat paling tinggi di Hong Kong. Lokasi nya memang tinggi atas bukit. Dari bawah nak naik ke atas tu kena naik tram. Seronok naik tram ni sebab kita boleh tengok pemandangan kiri kanan sambil tengok ke bawah. Kalau siapa pernah naik tram kat bukit bendera penang, haaaa lebih kurang naik tram cenggitu lah.

Nak ke tempat The Peak tu kena berjalan mendaki bukit. Fuhhhh..

Boleh tahan panjang queuenya. Kalau nak cepat, boleh beli tiket online siap-siap kat klook.com. Boleh terus potong queue yang berlingkar tu..

Selepas naik tram, ni pemandangan dari atas The Peak.

Zarif seronok tak terkata lah. Berapa kali dia lari tawaf area situ.

Boleh tulis ucapan dan gantung kad di love letter ni.

Pemandangan dari atas The Peak. Matahari terpacak tapi berangin.

Lupa nak ambik gamba tram. Dapat amik gamba kat banner pun jadi la. Sebijik rupa tram sebenar.

Luar bangunan The Peak, ada playground untuk kanak-kanak. Seronok la Zarif main kat situ. Mak bapak tak risau sangat sebab ada penjaga jugak kat situ.

Lepas turun dari The Peak, kami jalan -jalan sekitar kawasan terdekat.

Bas dua tingkat. Pemandangan biasa di sekitar HK.

Dan juga tram yang banyak di sekitar city. 



Perut dah berkeroncong. Ada orang tekak nusantara. Jom lah cari makanan yang kena selera jawa ni. Rumah Makan Sedap Gureh. Ada ayam penyet! Harga affordable. Recommended. 


Sekian habis untuk hari ke tiga. Next kita sambung untuk hari keempat pulak. Tata. Salam.

No comments: