Monday, April 22, 2019

Zarif Turns 4

Assalamualaikum.

Minggu lepas 12 April genaplah 4 tahun umur cinta hati yang pertama, Zarif. Mama nya ni tergerak hati pulak nak buat sikit sambutan sempena hari lahir Zarif kat sekolah. Alang-alang niat bersedekah juga untuk budak-budak. So saya terus tanya Zarif dia nak kek apa untuk bawak pergi sekolah. Apa lagi dengan cepat dia jawab nak kek Spiderman. Haha. Ok mama dia memang dah agak dari awal memandangkan memang Zarif peminat tegar orang labah-labah tu. 

So terus survey cari bakers area berdekatan rumah yang ada ambik tempahan kek. Done part kek. Then cari pulak barang-barang untuk goodie bag. Alaa buat paling simple-simple punya. Cari kat online goodies bag dan barang bertemakan spiderman. Selain tu, selit jugak stationeries dan botol air untuk letak sekali dalam goodie bag. Jadi lah kan.

Okey ni sedikit sebanyak gambar dan video hari sambutan. Zarif excited sangat siap nak pakai baju spiderman. Nasib la mamanya tak belikan suit yang ada mask sekali. 







Semoga anak mama membesar menjadi anak yang soleh, baik akhlak dan taat perintah Allah. Selamat Hari Lahir sayang!

Love,
Mama <3 div="">

No comments: