Friday, December 30, 2011

Imbau kenangan.

Salam..

Malam Sabtu minggu lepas, sehari sebelum krismas, alumni sekolah saya organize satu dinner untuk para alumni. Then, saya dan membe2 kamceng sekolah dulu plan nak attend dinner tu. Even kene la jugak bayar kalau nak attend, tapi kitorang sanggup sebab dah lame kot tak open table same2 kan.

Even time pegi kenduri kawen membe2 sekolah pon, bukannye selalu dapat jumpa sekaligus. Ade yang datang awal, ade yang dtg kemudian. Timing masing2 dtg kenduri tak sama. So, bile ade event macam ni, baru la terkinja2 datang nak jumpa geng.

Beberapa minggu sebelum tu, otai kitorang Sazoh yang bertungkus lumus paksa menginvite kitorang utk join dinner ni. Punye gigih dia nak kumpul geng kitorang nak open table sekali tu. memang tabik spring la dengan dia sampai kan kitorang punye group chat kat fb berderet2 panjang berjela dgn msj melayan kerenah kitorang yang ngada2..Hoho~  =p

Lepas dah confirmkan sape yg nak join, dah setelkan bayaran semua, excited nak tunggu malam dinner tu. yela, tak sabar nak jumpe diorang sume kan. ^__^


Bila tiba hari kejadian, here we are................

Dari kiri: Na, Aten, Sazoh, Mada
Ain, Me *ehem* , Pana, Man



Yeahh 8 of us~! Honestly, masa mula2 masuk dalam dewan ni, Dewan Al-Syafie, terus saya terimbau kenangan time sekolah dulu.. Dewan ini banyak menyaksikan kisah suka duka, tawa nangis kitorang sepanjang zaman sekolah dulu.. Memang rinduuuu sangat zaman2 kegemilangan muda remaje dulu. sob..sob.. T___T

Kat dewan ni lah kitorang selalu gather beramai2 time perhimpunan bulanan sekolah. Kat dewan ni jugak tempat kitorang bersama2 susun tray dan makanan kalau ada makan malam asrama. kat sini jugak tempat kitorang organize dan balik ke asrama waktu tengah2 mlm kalau time Minggu Srikandi. Dewan ni jugak pernah menyaksikan krisis yang berlaku antara kawan2 saya sampai mengalir air mata *sampai sekarang still ingat 'sesi' tu*..Kat dewan ni jugak saya dan ex-bf pernah main jeling2 time seminar PMR! oppssssss~!!! =p Paling penting, dewan ni tempat kitorang sama2 exam SPM enam tahun dahulu..2005~ memang banyak sangat kenangan kat sini..yeaahhh sweet memories among us will never fade~

*eh ni entry nak cerita pasal zaman sekolah ke pasal dinner alumni??* haha. Sory terpesong kejap. Now, kite mulekan dengan acara membaham makan2.. Ni antara menu2 yang ade~


Nyum3~! *tibe2 rase lapar pulak tengok makanan2 ni sumer.. T__T


Ade nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam *yang lain luper*, air sirap limau dan yang paling best ade Kambing golekkkkkkkkkkkk~!! nyum3~! memang makan darah mentekedarah la kitorang malam tu. Tak lupe, atas setiap meja ade serve kek coklat *yang dalam tupperware tu*

muke masing2 excited nak makan.. =p



Actually kitorang makan kejap je, pastu mule la masing2 buka cerita. Masa time makan tu, ade la persembahan2 oleh alumni, ex2 Mirwana dan Mirwana sendiri. Ops lupa nak bagitahu, kumpulan nasyid Mirwana tu memang berasal dari sekolah kitorang. Kalo nak tahu lagi, Bob Lokman, Yasin (penyanyi), dan Wardina jugak ex sekolah kitorang, SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Bak kata orang, maahad ni memang pengeluar artis..errrrr...saya tak cakap, orang lain yg cakap.. =p

Ok sambung main topic semula. Lepas makan, bergosip sikit2 *eh sikit ke?? * pastu bercamwhore pulakk.. gambar2 bersepah kat cameraman dinner tu, dan kamera Sazoh. Saya tak de kamera canggih nak bawak, mengharapkan kamera henset 'canggih' saya yang 2MP ni je la. Gambar2 kat sini ni pon curik dari fb Sazoh. kredit to Sazoh. *Sory sazoh, tapi ko dah tag gambar tu, kire ko izinkan la kan? kan? =p

Now masa untuk pulanggggg... Terus kitorang cari port best time zaman2 sekolah dulu. Port yang memang wajib amik gambar kat situ. Kat mane??
peace yawww~!


yeah kat tangga dewan~! tu memang hotspot dan tempat wajib zaman muda2 dulu kalau nak bergambar kt area dewan. Kenapa? entah. Mungkin sebab lokasi tangga tu strategik, dan gambar jadi cantik sebab nampak sebijik sejibon muke masing2 dalam gamba.hoho~ =p

Eh mesti korang tertanye2 dari tadi kan ape benda sticker oren terang benderang kat tudung kitorang tu kan? tu nametag spesel utk alumni yang datang, siap ade tulis nama dan batch bila. So that boleh berkenalan dengan alumni batch2 lain dgn lebih...konfiden..mungkin~

Last but not least..
Tuan belog pon nak enterprem jugak..=.= *dush!*

Apa pon, thanks korang yang sudi join dan datang. Serius rasa macam tak puas sebab jumpa kejap je, dan macam banyak lagi yang tak digosipkan. whooppss~! Takpe2, next will be another gathering. Trip~! Looking forward for this guyz~! ^__^

till then.
xoxo.
^__^

Terima kasih ummi. I luv you.

Salam..

Sempena hari kelahiran saya baru2 ni, my beloved mom gave me this..


Guess...apa isi dalam beg ni?? =)

Taraaaaaaaaaa....



Dari kiri, buku motivasi yang ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar.*baru khatam beberapa helai.. *
Next, Novel Biarkan Ia Pergi *saya khatam bace 1 malam je..woohoo~*
Then, novel yang meletop debom bom di zaman sekolah menengah dulu, Ombak Rindu.. *even penah baca dulu pinjam novel kengkawan, tapi teringin nak baca lagi skali after tgk movie ni..Thanx ummi! ^__^ *

Yeahh she knows that her princess ni mmg suka sangat baca novel.. *baca jurnal malas pulakkk..errkkk!*..

And then, Dekat wrapping bag tu, umi ade selitkan birthday card yang kiutttttttt~! ^___^

Here it is...
Siap ade lurve2 timbul2 lagikk.. =)

Lepas tu, semalam umi belikan kek. My all time favourite..Chocolate Indulgence from Secret Recipe~!!


So shuweeet la wish atas bezday cake tu. Siap ade smiley and tabur colourful bijik2 tu.. * tak tahu nama 'bijik2' tu ape~ =.= * bercinta la nak abeskan kek ni..Ada lagi dalam peti ais..Ade sape2 nak?? =p

Thanx a lot Ummi~!!! I luv u more lahhhh~ mmuuaaaxxx~!! ^________^

till then.
xoxo.

Status Update!

Salam..

Memandangkan dah lame tak hapdet pasal per-kembang-an tuan empunya teratak, ni nak hapdet sikit la status saya sekarang. 

Now saya dah tak bergelar seorang pekerja lagi. Kontrak di Kementerian *** hari tu dah tamat, dan sekarang Alhamdulillah saya sedang sambung study di UTM IC Kuala Lumpur. Ambil course yang sama macam degree cuma fokus kali ni lebih ke arah networking.. Berbeza time degree dulu lebih ke arah system development.

Kat UTM ni saya ambil master by research, dan memang takde nak kene attend kelas la. Cuma nak kene selalu datang lab and attend research seminar/training or watever yang ade kene mengena dengan tajuk research saya. So far so good and selama sebulan lebih kat sini, saya slow2 cuba untuk adapt dengan new environment kat sini.

Yeah kat sini segala2nya memang NEW things to me. I got new lecturers, new friends, new university,new pak guard *perlu kerr??* ....Mula2 jejak kaki kat sini, saya terpikir boleh ke nak hidup and adapt dekat sini.  Life sebagai student master ni memang.......kene kuat. Trust Me!! * i dun mean 'kuat' kene ade muscle bagai tu yer * ..
 
Life as a master student totally different compare to degree student.everything you have to do on ur own. Nobody akan take care pasal u kat sini, and u have to take care of ur self. Alone. And then, satu perkara yang WAJIB ada pada diri kalau sambung study ni. RAJIN. Yup! kene rajin.

Saya mengaku, saya bukanlah student yang rajin sepanjang masa nak menelaah. Kalau time degree dulu, sepanjang 1 sem yang 3 4 bulan tu, boleh dikira dgn jari berapa hari je yang study nye. Sepanjang sem berhoya2, layan korea ke, muvie yg didonlod ke..*adek2 junior, please dun try this at home..or hostel* and Yeah of course saya mengamalkan last mnt study. Esok nak exam, malam ni baru terkial2 selak buku. Bukan tak pernah berazam nak buang tabiat last mnt study tu, tapi....memang tak boleh.. nanti kang hangat2 taik kucen je~ =.='

So bile sambung belajar ni, lagi2 saya amik research, memang lah kene menghadap dan menelan satu2 isi kandungan jurnal2 research sumer tu. Ouhh memang saya tak boleh. Serius. Dah la awak tu memang bukan jenis yang rajin study sepanjang masa. Study last2 minit. Pastu, boleh pulak nak telan sumer contents jurnal tu. Memang saya lemah la baca benda2 facts ni. Lagi2 dengan tajuk yang sangat baru bagi saya. Habuk pun tara paham wooo~

memang mula2 rasa fedap and nak give up je. Tapi, is it reasonable? Kadang2 bila tengok student lain yang lagi berumur dan dah berkeluarga, sanggup berkorban macam2 utk sambung study. Tapi awak?? Belum ape2. baru diduga dengan sekecil2 masalah, dah nak give up.

Bila terfikir macam tu, terus saya bersemangat nak belajar. At least, sekarang ni saya belum ada apa2 komitmen besar yang perlu digalas. Yela, takde lagi komitmen utk suami atau anak ke. Jadi, gunakan lah peluang yang saya ada ni sebaik2 nya.

Lagipun, family saya banyak bagi support untuk saya sambung belajar lagi. tak kirela dari segi moral support.. money support..
*errrr..* n everything..Memang Allah tu dah rancang yang terbaik untuk setiap manusia kan? So, juz follow the flow~ ^__^

O mak ai. Panjang berjela dah kak oii. Dok bebel ape ni. haha~! Tula bile tak berhapdet berbulan, tangan ni gatal je nak menaip panjang2.Sori ye korang. =)

btw, thanx jugak la sanggup bace berjela nih. Jom tido!

till then.
xoxo
^_^

Monday, December 26, 2011

Bila dah jadi retisss...

Salam..

Actually entry ni sepatutnya post time musim hangat bola sepak final sukan SEA haritu. Tapi memandangkan saya kan super duper busy, baru ni nak publish entry ni. takde ape sangat nak citer cuma nak publish tentang orang yang baru naik jadi 'retiss'.. ehh..ke bajet retiss? haha~! =p

Sape?? Ape kene retis dengan bola sepak sukan SEA tu pulak?? haa ni habaq mai kat hangpa semua. Last November, my mr. superman mengeringkan hati mengentalkan jiwa pegi Jakarta nak tengok final bola sepak sukan SEA between malaysia and Indonesia. Dah la decide last2 minit nak pegi sane. bayangkan malam tu decide nak pegi, esok nye trus beli tiket dah nak fly pegi sana. Memang hard core betoi~
 
Actually, masa dia inform saya kata nak pegi sana, saya dah cuak & risau. yela, mane tak cuak, dgn keadaan supporters Indonesia yang macam tutttt.... *paham2 sendiri la ye*, pulak tu sanggup nak bergadai nyawa pergi sana. Memang hati kering betul la dia ni. Dia pergi sana dgn geng2 ultras dia.

Sepanjang dia kat sana, memang lansung tak dapat nak kontek. yela, roaming kat sana mahal, n memang dia tak on number die kat sane. Saya memang risau giler, dah la tak tau ape cite die kat sane. Online pon kadang2 je. saya on9, die off. Die on9 saye pulak off. Huu~

Then nak dijadikan cerita, masa mlm final tu memang satu umah tengok bola termasuk lah saya. Time game tu, saya tengok2 jugak kat tv tu, kat view tempat duduk supporters, kot2 nampak muka dia masuk tv. Sekurang2 nya lega laa sikit hati saya kalau nampak dia. Tapi tu konon2 mcm angan2 yang tak kan tercapai la sebab, tak kan la boleh nak nampak muka dia dalam kelibat supporters2 indonesia yg ramai giler berasak2 dlm stadium bung karno tu kan. macam mustahil!

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... memang TAK MUSTAHIL! tengah2 tengok bola, tiba2 boleh pulak live camera tu record kat area2 supporters malaysia. Memang nampak die sebijik sejibon depan tv. Saya yang tgh tengok bola dpn tv tu tergamam. Eh macam kenal. Ke salah orang? Tapi memang camera tu lama jugak record aksi2 dia kat tempat supporters tu, and highlight kat dia je. 

Memang tak salah! sah dah tu dia! Ape lagi, heboh lah satu umah saye bising2.. Yang member saye sorang tu boleh pulak buat ayat " Sekurang2 nya kita tau dia tak curang kat sana. Nasib baek die tak duduk sebelah awek indon" .Cissss~! 

So, ni antara gambar dia yang sempat di print screen kat tonton masa game sukan SEA tu..




Lepas je adegan n aksi2 dia ni keluar kat tv, terus bertalu2 hp saya berbunyik. Ada yang call, ada yang mesej bgtau pasal mr. superman saya keluar kat tv. Ohoiii~ ramai jugak yang perasan rupanya.

Bila on9 pulak, tengok kat fb dia, berderet2 kat wall dia ramai yang post pasal kuar tv tu. Hoho~ Pastu, kebajetan retis dia tak terhenti sampai situ je. Then, mr. superman ada haplod pic dia kat stadium gelora bung karno tu, and tak sangka pic tu tersebar meluas gile kat serata fb. Ramai yang share pic tu. Sebab gambar tu nampak mcm cool n menunjukkan semangat kepatriotikan la.


Malaysia Boleh~!! aAAuummm~!! ^__^

Lepas je gambar ni di share and tersebar, memang ramai giler yang add dia kat fb.. memang retiss la mr. superman oii~ bertuaahhhh badan =p

Tak cukup dengan tu, awal disember hari tu, Majalah 3 ade buat review tentang bola sepak malaysia. And of course, superman retis mesti ader.






ok cukup. Mesti korang pon dah tak lalu nak tengok banyak2 pic ni kan.haha~! Ok2..yang ni last..




kami satu geng *him with joe flizzow*


lepas ni tunggu la single terbaru mr. superman feat joe flizzow next year. hoho~  =p

btw, thanx korang yang sanggup baca entry berjela ni sampai habis. biasela dah simpan berkurun baru nk publish..macam2 la setori mori nyerr ..^_^


lebiu guyz <3
xoxo.
 

Kena sabotaj dengan Pizza Hut!

Salam..

Dah lama tak menulis. Rindu. Yup! Rindu sangat. Memandangkan hari ni hari lahir saya, dan kebetulan macam2 yang happen on this day. So, ni nak share cerita tentang saya di sabotaj. Kena sabotaj dengan sape??

Back to the topic, yes i am. Kene sabotaj dengan Pizza Hut! Alkisahnya macam ni.. Family nak belanja makan, i'm asking my mom nak makan pizza hut yang ultimate cheese 7 tu. Yang iklan die punye la banyak guna cheese tuh. Mula2 ingat nak pergi beli time lunch, then my mom said yang tgh hari tu kena attend kenduri kahwin. So fine. kalau dah attend kenduri, xde nye nk makan lain dah kan. Perut dah kenyang. So postpone la, ingat petang2 sket baru nak order delivery je. Untuk dinner.

Then bila maghrib tadi, dah decide2 nak order ape, then call la pizza hut delivery tu. Yang 1-300-88-tupai tupai tu.. Pastu macam biasa operator die tanya no phone n address. Bile bg address, operator tu cakap cenggini "Eh, ni area kajang kene call no lain". dalam hati saya, pulak dah. Nombor mane pulak. Then operator tu bg la nombor 1-300-82-2020..

So, saya pun call la nombor tu pulak. Oh rupa2 nya tu number Pizza Hut delivery (PHD). Ape beza PHD dgn pizza hut delivery yang biasa tu pun saya tak tau. Pastu, alkisahnya bila saya order pizza hut ultimate cheese tu, terus operator tu jawab " minta maaf, Pizza tu kami tak de delivery. kene walk-in". What???

Terus letak telepon. Pastu termenung jap, sambil tengok jam dinding. Pukul 7.45 mlm. Pikir nak pegi ke tak. Actually malas nak keluar umah, nak kene salin baju la ape la. Then pikir2 balik, dah teringin sangat dari semalam dok teringat2 cheese kat pizza tu, memang dah tak sabar nak tunggu esok. So, cepat2 tukar baju terus pegi Pizza Hut yang dekat Tesco Kajang.

Dugaan lagi~!! Sampai2 je kat tesco, dah parking sume, bila masuk2 je tesco, tup2 sampai depan Pizza Hut tu, pizza Hut TUTUP~!! Aaaaaaaaaa~!!! kenapa la dugaan sangat nak makan pizza ni..sob..sob..sobb~ Bila baca notis kat situ, Pizza tu dah closed terus, kiranya dah tak bukak2 dah.. Kesian bezday gurl sorang ni.. Huhu..

Pastu, apelagik~ terus la drift pegi pizza hut yang dekat kajang tu. yang kat sebelah KFC berdekatan Metro Point. Alhamdulillah, berjaya jugak order pizza akhirnyaaaaa~ setelah mcm2 dugaan di'sabotaj'.. ape nasib kene sabotaj, on my birthday~ T__T

So dats it the kisah of the sabotajing. Akhirnya dapat jugak makan pizza ultimate cheese tu, tapi saya order yang cheesy pepperoni.. Sory tak sempat nk snap pic, dah abis licinnn..heee~




Sunday, December 25, 2011

Selamat..selamat..



Salam..

Alhamdulillah..Hari ini genap 23 tahun saya bernafas di muka bumi ini.. Syukur masih diberi peluang untuk hidup sehingga ke hari ini. Terima kasih pada yang mengingati hari ini, juga yang memberi ucapan selamat dan mendoakan saya. Semoga Allah memberkati kalian.

Selalunya bila tiba hari lahir, semua akan menyenaraikan segala wishlist masing2. Saya? Kalau nak disenaraikan memang banyak, tapi cukup lah kalau sekadar mengharapkan segala yang terbaik untuk diri di masa akan datang.. dapat perbaiki diri menjadi insan yang lebih beriman, bertaqwa kepada Allah s.w.t dan diberikan peluang untuk berbakti dan memberikan segala yg terbaik untuk insan2 di sekeliling saya selagi hayat dikandung badan .. InsyaAllah ^__^

p/s: i'm craving for this cake..red velvet cake.. anyone yg sudi nak belanje?? .. =p



Tuesday, November 29, 2011

List

To-do list

  • Beli barang2 untuk masak dinner Jumaat malam (sempena makcu & pakcu balik dari Mekah)
  • Basuh kereta (both Estima & Merce )
  • Kemas rumah (rumah makcu & nenek)
  • Study Wireless Sensor Network/ TinyOS/ TELOSB
  • Beli aksesori laptop (cover skrin/padded cover)
  • Prepare for interview -Analyst Programmer (Pos Malaysia)

p/s: sorry sebab ter'halimunan' utk beberapa minggu..Such a busy n pack life now.. InsyaAllah next week dh kurang sikit busy.. miss to share evrything with u guyz~ tungguuuuu~ =)

Saturday, October 22, 2011

Friday, October 21, 2011

Tak kisah

Kadang2, mulut berkata 'tak kisah', tapi di hati SANGAT kisah.

Monday, October 17, 2011

I'm falling in luv..again~

Salam..



Tengok title post ni. Falling in luv..again?? Dah gile ke macik? Berape banyak bf kamu nk simpan ni? Cukup2 la setia pada yang satu..

Orait2..rilek2.. Frankly speaking, YA! memang saya dah jatuh cinta lagi! Siapa gerangannya? Ehem.. mestilah lelaki, takkan nak jatuh cinta dengan awekss pulak kan. Tak pasal2 dicop 'lesbo' pulak nanti. Haha! Rilek2.. Actually, jejaka bertuah tersebut adalah....... Encik Mimpi! Siapa dia Encik Mimpi ni? Dia ni lah pencipta ending lagu Cinta Muka Buku.. Korang dah dengar? kalau belum, korang boleh dengar video ni.


So, amacam? Siyesly, first time  saye dengar lagu ni, terus macam......OMG sedapnya suara diaaaa~!! Then bila baca komen2 kat fb, rupa2 nye dia ni youtuber. Terus search kat youtube and dengar semua lagu2 dia kat situ. Diulangi.. SEMUA lagu~ and saye baru tau jugak dia ni salah sorang blogger jugak. Bila tengok post2 dia, dia tak selalu hapdet sangat tapi followers dia......dah cecah ribu riban tu..

Dalam banyak2 lagu, saye suke dengar lagu Selamat Malam Cinta ni. Lagu ni memang original dia create sendiri. Kalau dengar lagu ni before tido, memang boleh termimpi2 Encik Mimpi ni.....kot? =p

 


So, kalau rasa nak berkenalan2 lagi dengan Encik Mimpi ni, boleh serang belog dia 


 


atau kalau korang nak dengar lagu2 Encik Mimpi yang lain, boleh singgah youtube kat sini


 




Oraittt! Have fun listening to his song~ Saye Nak sambung dengar lagu2 lain sambil buat keje.. =)

p/s:Masuk ni dah berapa kali tah asek repeat lagu Selamat Malam Cinta tu.. The song really....touch me~ ^_^

Tuesday, October 4, 2011

Kerja atau belajar?

Salam..
 
Baru balik dari CAIRO (Centre of Artificial Intelligence & Robotic) UTM kl.. Actually  pegi jumpa lecturer utk interview GRA position (Graduate Research Assistant)..Jadi RA + sambung master sekali. Interbiu tak interbiu sangat la, just borak2 biasa. Lecturer tu pun tadi briefing sikit tentang projek2 yang bakal dijalankan. Mudah2an ade rezeki kat situ. Amin..

Lepas tu tadi ada dapat call dari satu kolej swasta kat sepang, diorang nak panggil interbiu utk position IT lecturer. Siap suruh prepare untuk present lagi. Means, apa2 tajuk berkenaan IT @ sains komputer la. Yela kan, mesti la nak tengok skill2 mengajar yang ada dlm diri kan. Semoga dipermudahkan segalanya..

InsyaAllah sekarang ni tengah fokus untuk sambung belajar balik.. Nak amik master.. Samada nak belaja full time atau part time sambil keje, i'm not decide it yet. Tapi, siyesly memang tak sabar nak masuk belajar balik. why? entah.. Semangat saya tiba2 tinggi nak sambung belajar balik bila tengok student2 master n phd time konvo aritu. Rasa macam seronok bila dapat sambung belajar tinggi2.. yela, bukan untuk orang lain, tapi utk diri sendiri jugak kan. 

Time muda2, zaman2 single mcm ni la kene rajin belajar.. otak tengah fresh.. still senang nak grab ilmu n cepat nak pick up ape yang belaja..nanti dah berumur, dah kawen beranak pinak, dh banyak komitmen lain.. Dah susah nak spent time..Bukan tak boleh nak sambung belajar time tu, boleh, tapi fizikal n mental kene kuat.. yeaahh, dats true! =)

Orait. Perut da berkonsert ni. nak gi makan jap. Thanx for droping by!
Salam..
^__^

Sunday, October 2, 2011

Jom terjon KLCC ramai-ramai hari ni!

Salam..

ENtah kenapa, dua tiga hari ni fikiran sangat berserabut. Nak kate tensen sangat dengan keje, its juz only a little part of it. Actually, ada perkara lain yang sentiasa menari2 dalam kepala otak ni. Macam2 sangat fikir. Tentang keluarga, diri sendiri, life, future.. Dunno exactly kenapa rase stress sangat dengan mende2 ni.

Bila duduk sorang2, mule la layan perasaan sendiri, berperang dengan feeling tak abes2.. Pastu, bile stress sorang2 mule la rase nak buat perkara paling 'bahagia' dalam hidup .COntohnye, nak jerit kuat2 dari atas bukit yang tinggi. Issshhhh!!! tak cukup bahagia lagi tu.. lagi best kalo terjon bangunan kerr...hantuk2 kepala kat dinding sampai berterabur ..pastu kutip balik, sambung2 balik, pastu hantuk balik kepala kat dinding..amacam? best kan? =p

Thats why kadang2 bila dalam situasi macam ni, saye lebih suke kalo ade sumbody yg boleh saye rely on. Tak kesah la siapa pon, asalkan die dapat mereleasekan stress saye pada masa tu. Time2 camni mule lah saye cari hp pastu open contacts, then scroll cari name skandal  membe2 @ bf yang bakal menjadi mangsa peneman/peng'release' tensen saye time tu..lebeh kurang macam main game 'kita tengok sapa yg kenaaaaaa'..bertuah lah org yg kena layan saye time tuh..hahaha!!

Alamak. Kepala dah extra ting tong dah ni. Tak boleh bebel panjang2 lagi, satgi lagi merapu/meraban entah hape2 lagi. So, acara mencari sugar daddy peneman utk tlg mereleasekan stress saye ni sikit. Kita tengok sapa yang kenaaaaaaaaaa..Hehe..Orait, babai korang. ^_^

p/s: sory atas ketermerapuan dlm entry ni. need a rest rite now.

Friday, September 30, 2011

Need a rest



Sangat2 tak bersemangat..


Sangat2 perlukan kata-kata semangat..


Sangat2 mahukan kata-kata perangsang..


Sangat2 serabut kepala otak sekarang..


Ya Allah.. Bantulah hambaMu ini..

Permudahkan lah segala-galanya..

Ameen...


Wednesday, September 28, 2011

2 in 1 in a week



 Assalamualaikum..

Ouh last week my life sangat havoc dan busy sebab......sebab ape? Yeah the 1st one sebab my adik dapat offer sambung belajar di Beijing, China. So, last week busy la die nk packing2 brg sumer and prepare ape yg belum d setelkan lagi. Then hari selasa malam kitorang satu family dgn atuk n nenek, dan jgk my auntie n uncle pg hantar die kat KLIA. Of course drama sedu sedan mesti ader. Yela, entah bile pulak nak tunggu die balik mesia pulak kan. 5 tahun nanti kat sane. sob..sob..


me & him..[org slalu terkonfius yang die anak sulung n saye adek die..alalalala kiuttnye adek die! =P]

And then, the second one nye, saye busy berKONVO last week!! yeaahhh! Tahniah untuk diri sendiri kerana telah bergraduasi. Yang paling memorable nye konvo dis year sebab saye bukan je dtg untuk konvo diri sendiri, tapi dtg jugak untuk meraikan sahabat2 yang lain yang berkonvo hari lain. 

Yela, memandangkan kitorang lain2 fakulti, dan berlainan sidang dan waktu, so bile dtg majlis konvo diorang, rase seronok. Lagipon, sekali dlm hidup kot. sebelum2 ni, tak penah lagi attend konvo sape2.. So dis year macam meriah sebab kawan2 lain konvo sekali.. =)

So, just nak share sikit gamba2 yg sempat di snap2 time konvo tu. Jom Cekidauttt! =p


My strength..  





Him.. Mr. Superman~ <3





sweet hearts~





Mereka jauh di mata, tp dekat di hati~ =)




Actually, kalau diikutkan memang baaaaaannnyaaaaakkkkk lagi gambar yg kitorang snap. Tapi, tak larat kot nak haplod sume kat sini. Beratus2 kott! Sape2 yang ade fb saye boleh la tgk gamba the rest kat fb.. Kat sini just letak 2 3 keping pun cukup la kan. Karang kalo letak banyak2, takut ade yg muntah @ dengki ngan gamba kami2 yang kiut nihh..opppsssss!! =p Bak kate omputeh, Less is better~ [pepandai je saye ni..ade ke pepatah ni? =p]

oraitt.. thats all for today . Thanx for drop by.
^__^

Tuesday, September 27, 2011

Rasa ini



  • Rasa Ini


    ku tak percaya kau ada disini
    menemaniku di saat dia pergi
    sungguh bahagia kau ada disini
    menghapus semua sakit yang kurasa

    mungkinkah kau merasakan
    semua yang ku pasrahkan
    kenanglah kasih..

    Reff :
    ku suka dirinya, mungkin aku sayang
    namun apakah mungkin, kau menjadi milikku
    kau pernah menjadi , menjadi miliknya
    namun salahlah aku, bila ku pernah merasa ini



Lirik Vierra - Rasa Ini :
ku tak percaya kau ada disini
menemaniku disaat dia pergi
sungguh bahagia kau ada disini
menghapus semua sakit yang kurasa

mungkinkah kau merasakan
semua yang ku pasrahkan
kenanglah kasih...

ku suka dirinya, mungkin aku sayang
namun apakah mungkin, kau menjadi milikku
kau pernah menjadi, menjadi miliknya
namun salahlah aku, bila ku pernah merasa ini

Wednesday, September 21, 2011

Saturday, September 17, 2011

Kamu penyebab kawan/sahabat menangis ??

Assalamualaikum..

Hai koranggg~ Buat ape arini? Busy lagi ke pegi openhouse kawan2? Almaklumlaa..Syawal pun dah nak sampai penghujung kan. Semua sibuk nak beraya ke sana sini. Saye pon same. Jemputan openhouse sane sini. Cuma larat x larat nak pegi je..Eh salah statement. Nak pegi larat, cume makan je tak tau larat ke tak..hee~

ok2. Back to the topic.Oh Noooo~!! Kamu penyebab kawan/sahabat menangis ??

Pernah tak korang mengalami perkara macam tu? Samada korang yang menjadi penyebab kawan korang menangis? Atau pon..korang yang menangis disebabkan kawan korang ..

Bagi yang menjadi penyebab kawan korang menangis, apa yang korang dah lakukan sampaikan kawan korang tu menangis? Tikam kawan dari belakang? Kawan makan kawan? Atau ada sebab2 yang memang korang tak boleh nk elakkan ...

Korang yang pernah menangis disebabkan perbuatan kawan korang pulak, apa yang diorang dah lakukan pada korang sampai korang menangis? Adakah sebab korang dah lama bersabar dengan dia, n then sampai satu masa yang korang tak tahan sangat dengan kelakuan kamu tu, korang menangis.. Atau, kawan korang tu dah memusnahkan kepercayaan korang? atau kawan korang tu mengeluarkan kata2 yang cukup pedih sampai menusuk hati, jantung,usus korang semua? atau kawan korang tu sanggup pinggirkan korang di kala die senang atau..atau..atau....

Tak kire lah macam mane situasi nya pun, sesiapa yang pernah menangis disebabkan kawan mesti tau macam mana pedihnya hati bila kawan yang dipercayai, melakukan sesuatu yang telah mengguris/melukakan hati..kan? Saye pernah mengalaminya, bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali2... dan sampai sekarang, 'dia' tak pernah tahu 'dia' acapkali buat saya menangis kerana perbuatannya..



Yeaahhh! Life must go on. Walau ape pon yang kawan kite pernah lakukan pada kita, kita tetap menerimanya sebagai seorang kawan. maybe ada antara korang yang cakap 'eeuuwww~ baiknye u ni. Membe u dah wat u macam2, u still nak maafkan die? kalo I, no wayy! ' Yup! memaafkan itu lebih baik daripada berdendam rite? Tapi, memaafkan tak bererti kite melupakan..ngeee~ =p

Ok laa. Malas nak bebel panjang2 lagi. So kepada sape2 yang pernah wat kawan2 terasa/terluka ke apa ke,samada secara sengaja tau tak, mintak maaf banyak2 la pada mereka..Yela, kadang2 kita sendiri pun tak sedar kita dah melukakan hati seorang kawan kan? So, its better kalau kita maaf dan memaafkan .. Tak luak pun maaf tu.  Lagipun  sekarang bulan Syawal ni, elok lah kita bermaaf2an sesama sendiri.. orait? =)

Oh penatnye tulis panjang2 ni. Cadang tadi nak bebel sikit je tapi dah meleret2 pulak.hihi. Ok la gurlz sekalian. Thanks la sudi bace entry yang tak seberapa ni. Huhu. Jumpe lagi next entry k?

Babai. Salam.

^__^






Tuesday, September 13, 2011

Bibir seperti Angelina Jolie ?


Dah dua tiga hari. Bibir sakit. Bengkak dah macam Angelina Jolie dah. Mule2 tu juz ade biji2 yg ade air bisa je. Then bile die pecah, air bisa tu keluar..rase die urrrgggggggghhhh!!! Pedihnyerrr!

Lepas tu sekarang dah mule berdarah dan keluar nanah sikit. Uuuuuu~ sakitttt~ umi suruh pegi klinik tapi yela i kan busy kalah pacik menteri, tak nyempat2 nak pegi klinik.. Tadi saje search2 kat pakcik google symptom2 ni. Umi kate takut infection ke hape. Memang pon, bile bace2 kat tenet rupe2nye bibir saye ni maybe terkene bacteria infection. Sebab nye bibir saye ni selalu kering, jarang minum air. Thats why senang kene infection..huu~

Kengkawan kat opis ramai dah tegur pasal bibir jolie saye ni. Makin ditegur makin menjuih la saye..haha! Ade akak yg gatai dok cakap kene cium ke bibir ni? bengkak dua macam je.. Saye jawab, ha'a kene cium dgn dinding! =p


Alaa memory card reader rosak pulak kalau tak boleh haplod gamba bibir seksi angelina jolie saye nihh..hehe..Hadoila terase2 kepedihan bibir ni..Ni asek dok ulang minum air suam dari tadi. Tu la, time sehat tak nak minum air banyak2, bile dah menjuih macam ni, baru ngengade nak minum air. Padan la dengan muka Angelina Jolie saye ni.

Sape2 yang rase nak bibir macam jolie boleh la bermalas2 minum air, sampai bibir kering dan kamu akan mengalami bibir juih macam saye alami skarang..Ade berani try?? =p

p/s: tak kire lepas ni kene pg klinik jugak~ sakit + pedih tahap dewaaa~ uuuuu~ =(





Friday, September 9, 2011

Alhamdulillah.. bertukar status akhirnya~

Assalamualaikum..

Korang sumer.. Ape kaba? Lame sungguh belog ni di anaktirikan sampai habuk2 berterbangan sumerr.. Habuk kat umah sempat jugak di lap2 sebelum raye tapi habuk kat teratak seindah nur malam ni, tak sempat nak di lap.. Sory yer cayang2 sekalian~ Lately sangattttttt busyy~ oh asal saye lame tak hapdet je, bagi alasan busyyyyyyyyyyyyyyyyyy ngalahkan Pakcik Menteri u ollsss~ Tapi siyes..memang BUSY. Tak tipu. 

Yeaaahh! Akhirnye..status diriku berubah jugak..Alhamdulillah..Eh, bukan status Bujang/Berpunya/Berkawen/Janda Berhias or yang sewaktu dgnnye tau! no no no~ Kalau status 'Married' tu, coming soon la..doakan yer kawan2.. =) Yang sebenarnye nak bagitau yang saye dah bertukar status dari 'penganggur terhormat' kepada 'pekerja terhebat'~

waahhh~ status kemain lagik..terhebat konon~ takpe2.. bagi semangat utk diri sendiri utk kerja kuat.. hehe.. Alhamdulillah, akhirnye dapat keje kat  Kementerian **** Putrajaya sebagai pegawai IT. [name opis tpakse disensoredkan..soryyy~ =p ] even bukan jawatan tetap, kontrak je tapi kire ok la kalo just nk get xperience kejap.. yela, smentare nk tunggu sambung master next intake , ape salahnye cari duet sket utk support blaja nnti ye dak..
*cewahhh kemain nak kumpul duet belaja tah2 nanti joli sakannn...errkkk.. =p

so far, baru tiga minggu keje kat sini, environment pon ok. Kawan2 opis pon sumer havoc2 ..Takde la rase macam lone ranger kat sini..ok la, malas nak bebel panjang2 kat sini. Actually ade macam2 nak citer lagi, tapi karang macam karangan tidak melebihi 1000 patah perkataan macam zaman sekolah pulak. Tau korang bukan suke nak bace pjg2 berjela sangat khennn. Takpe2, nanti I story2 kat next entry okeh? Citer 1st dayy yang tuutttt... kenape tuuuuuuttt?? tungguuuuu... ^_^

Idaman Kalbu

Assalamualaikum..

Currrently teringin sangat nak makan pecel lele kat seksyen 4 Bangi & Bubur nasi kat bakery pusanika UKM. Very the letopps tau! Bukan maknenye korang makan, badan akan meletop pop pop gitu. Tapi both makanan ni, memang my feveret. 


Takde pulak gambar kat pakcik google nak letak sini. Ade gambar dlm hp tapi tak boleh nk amik sebab memory card reader wat hal + kabel USB takde. huuu~

Bubur nasi pusanika memang the BEST bubur yang penah saye makan. Sangat sedappp, plus kalo letak sambal banyak2~ mabelesssss rase dier! Lagi satu suke makan sebab die banyak air2 gitu. Bubur mcD pon x sesedap bubur pusanika ni. Believe me! Harga pon murah, dua hengget je satu mangkuk. Memang tak penah miss beli tiap2 hari selama 3 tahun kat ukm. ^__^ *waahhh! promote gitu! =p



Lame dah tak makan bubur ni since dah abes blaja + start keje ni. Yup! Saye dah keje.. Keje ape? Next entry i roger2 u ollss kayh? =)

Pecel lele tu pulak, bary je try2 makan about 3 months ago. ACtually, kakak membe yg ajak makan kat situ and then terjatuh cintun pulak ngan pecel lele kat situ. Location die kat seksyen 4 Bangi, sebelah Petronas, belakang car wash. Sambal die memang ohsem gitu! Dah la banyakkkk sambal die.. Satu set harga die enam hengget. Ade ulam (pucuk ubi + timun), tempe goreng, ikan lele, keropok udang..ohhh~ memang dah terbayang2 nampak pecel lele + bubur menari2 depan mata..


Tak kire! Lunch ni nak pegi cari jugak dua bende ni. Hoho~ 

Babai..Salam ~

Wednesday, September 7, 2011

Salam Lebaran 1423/2011

Salam..


Rasanya belum terlambat lagi kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kan? Ala, raye kan sebulan..hehe..

Ok la, kat sini saye nak mohon maaf zahir batin kalau ade tersalah, tersilap kat mane2, yang menyinggung perasaan korang atau ape2.. Halalkan segala makan minum n segala2 nye..kalau ade sape2 yang saye berhutang ape2, boleh la roger2 saye kayh~

Salam Aidilfitri dari Miss Lavender & keluarga. ^__^

updated!

Nak update.. 

nak update..


nak update..


nak update..


ok dah update blog!


yeaaayyy!!


p/s: abaikan kecelaruan minda ni.. new entry will coming soon~ tungguuuu~ ^__^

Saturday, July 30, 2011

Selamat Hari Tua!

Salam..

Hari ni 30 Julai , bezday one of my silat mate kat UKM, Azani. So, geng2 kamceng kitorang nak la celebrate bezday die sbb tak pernah lagi celebrate bezday die same2 b4 dis. Tapi, tadi sorang lagi membe kitorang, Miza  tak dapat join sbb die jauh nun kat melaka. So, kitorang celebrate bertiga je la kat KFC Kajang . 

Actually, takde la nk celebrate meriah bagai, juz makan2 n then beli kek 3, 4 slice ~ kitorang juz dpt spent mase same2 sejam dua je, sbb Haida pon nak rush balik johor, n then adek saye yang kecik tu yg ikut skali pon x berape sehat, asek muntah2. So, lets cekidaut pic2 yg sempat d snap2!! ^_^



Pilih..pilih... muke eksaited nak mkn kek..hoho~ =p






saye n miza suke knekan diorang berdua ni..haha~!




Adek saye, Amad x nak pandang kamera..sbb x de mood + x sehat~ kesiann die....

Btw, Selamat Hari Tua pakcikkkk!! Semoga cepat dapat jodoh! hehe.. To all ladies yg single kt luar sane, kalau teringin nk berkenalan dgn Zani ni, blh la kontek saye or thru Facebook die.. Saye berani jamin die boleh jadi bakal suami yg baik~ waaahhh gitu! *Zani, pas ni bg komisen sket kat aku.. dah tlg promote ko nihh,, haha!! =p *

Ok..that's all for todayy! Babaii korangg~ 

p/s: tak sbr tggu gathering buka pose plak.. Dis time will be more meriah n awesome!! ^__^


Thursday, July 28, 2011

Featured in Kosmo todayyyy!!!

Pagi2 lagi dah buat saye senyum sorang2 dalam tren.. Eh jgn salah anggap plak yerr ..bkn saye yg featured kat dlm paper Kosmo tu..Not me..not me.. Tapi si buah jantung pengarang hati..ehh? Buah hati pengarang jantung ginjal abdomen segale lahh.. Kalau mate korang sangat TAJAM, sile lah carik gerangan empunye diri tu~ hehe.. (^_^) 







hint: He's in front of all.. And wearing yellow scarf & bandage on his head... ^_^


Oversea?

Salam.. 

maaf..maaf..maaf..lame tak berhapdet blog usang ni~ lately tuan umah busyyyyyyyyy yang teramat. So, ape kabar korang sumer ?? Rindu kat sayer x? rindu x? *bajet macam ade ramai peminat yg rindu giler2 la tu..Perasan! * =.=  ..


Currently sayer tgh bz dgn training untuk Java Web Development certificate kat oversea. Ceh! oversea la sgtttt~ setakat over-the-sea tu ade la. over the lembah klang..hehe =p Training ni buat kat Boulevard office sebelah mid valley. Memang kalau lunch break & semayang , lepak kat mid je. Sampai dah bosan tiap2 ari ngadap mid valley tuhh~ Bosan tiap2 ari berhimpit terpenyek2 dalam tren KTM tu..*motipp??*


Tiap2 hari memang berulang naik tren dari kajang. Training nye mmg ikut timing macam opis hour. 9 pagi sampai 5 petang.. Tapi kadang2 abis kls awal, boleh balik 4.30 ptg..


Basically mcm tu lah rutin hari2 kuar umah 7.30 pagi, sampai rumah 7.30 malam.. Penat toksah ckap la.Ade lg 2 weeks je lg training ni..Actually, takde ape sgt nak citer.Saje nak hapdet sikit kebas2 habuk jap..Buat syarat la, sekurang2 nye ade la jgk entry yang bertambah after sbulan lbeh x post entry kan..Ok la. Mate pon dah terkedip2, bantal pon dah memanggil2 tu haa. Tido dulu yerr. Salam semua~ (^_~)


lunch with java classmate



Monday, June 20, 2011

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

4 PERKARA SEBELUM TIDUR
( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di
    hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Sekian untuk ingatan kita bersama. 

(^__^)


sumber:http://hajarpunyablog.blogspot.com

warna-warna cinta

Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta

Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata

Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta

Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Serahkan pada.....

Monday, June 13, 2011

My prince Charming

Rijal idamanku adalah seorang lelaki yang buta, bisu, bakhil dan papa...


Biarlah dia seorang yang buta…Buta kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi…Asalkan kedua-dua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.


Biarlah dia seorang yang bisu... Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran... Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.


Biarlah dia seorang yang bakhil... Bakhil dalam memberi senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya,Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya... Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya,Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia!


Dan biarlah dia seorang yang papa... Papa dalam melakukan perkara maksiat,Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat,Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah... Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan yang berfaedah lagi bermanfaat,Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia,Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi kesengsaraan hidup,Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!


Yang dicari bukanlah putera raja,tetapi seorang putera agama... Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata... Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani, sempurna hati... Yang diharap, bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat... Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam... Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia... Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi 

sumber:virtualfriends.net