Saturday, September 17, 2011

Kamu penyebab kawan/sahabat menangis ??

Assalamualaikum..

Hai koranggg~ Buat ape arini? Busy lagi ke pegi openhouse kawan2? Almaklumlaa..Syawal pun dah nak sampai penghujung kan. Semua sibuk nak beraya ke sana sini. Saye pon same. Jemputan openhouse sane sini. Cuma larat x larat nak pegi je..Eh salah statement. Nak pegi larat, cume makan je tak tau larat ke tak..hee~

ok2. Back to the topic.Oh Noooo~!! Kamu penyebab kawan/sahabat menangis ??

Pernah tak korang mengalami perkara macam tu? Samada korang yang menjadi penyebab kawan korang menangis? Atau pon..korang yang menangis disebabkan kawan korang ..

Bagi yang menjadi penyebab kawan korang menangis, apa yang korang dah lakukan sampaikan kawan korang tu menangis? Tikam kawan dari belakang? Kawan makan kawan? Atau ada sebab2 yang memang korang tak boleh nk elakkan ...

Korang yang pernah menangis disebabkan perbuatan kawan korang pulak, apa yang diorang dah lakukan pada korang sampai korang menangis? Adakah sebab korang dah lama bersabar dengan dia, n then sampai satu masa yang korang tak tahan sangat dengan kelakuan kamu tu, korang menangis.. Atau, kawan korang tu dah memusnahkan kepercayaan korang? atau kawan korang tu mengeluarkan kata2 yang cukup pedih sampai menusuk hati, jantung,usus korang semua? atau kawan korang tu sanggup pinggirkan korang di kala die senang atau..atau..atau....

Tak kire lah macam mane situasi nya pun, sesiapa yang pernah menangis disebabkan kawan mesti tau macam mana pedihnya hati bila kawan yang dipercayai, melakukan sesuatu yang telah mengguris/melukakan hati..kan? Saye pernah mengalaminya, bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali2... dan sampai sekarang, 'dia' tak pernah tahu 'dia' acapkali buat saya menangis kerana perbuatannya..



Yeaahhh! Life must go on. Walau ape pon yang kawan kite pernah lakukan pada kita, kita tetap menerimanya sebagai seorang kawan. maybe ada antara korang yang cakap 'eeuuwww~ baiknye u ni. Membe u dah wat u macam2, u still nak maafkan die? kalo I, no wayy! ' Yup! memaafkan itu lebih baik daripada berdendam rite? Tapi, memaafkan tak bererti kite melupakan..ngeee~ =p

Ok laa. Malas nak bebel panjang2 lagi. So kepada sape2 yang pernah wat kawan2 terasa/terluka ke apa ke,samada secara sengaja tau tak, mintak maaf banyak2 la pada mereka..Yela, kadang2 kita sendiri pun tak sedar kita dah melukakan hati seorang kawan kan? So, its better kalau kita maaf dan memaafkan .. Tak luak pun maaf tu.  Lagipun  sekarang bulan Syawal ni, elok lah kita bermaaf2an sesama sendiri.. orait? =)

Oh penatnye tulis panjang2 ni. Cadang tadi nak bebel sikit je tapi dah meleret2 pulak.hihi. Ok la gurlz sekalian. Thanks la sudi bace entry yang tak seberapa ni. Huhu. Jumpe lagi next entry k?

Babai. Salam.

^__^






No comments: