Monday, December 26, 2011

Bila dah jadi retisss...

Salam..

Actually entry ni sepatutnya post time musim hangat bola sepak final sukan SEA haritu. Tapi memandangkan saya kan super duper busy, baru ni nak publish entry ni. takde ape sangat nak citer cuma nak publish tentang orang yang baru naik jadi 'retiss'.. ehh..ke bajet retiss? haha~! =p

Sape?? Ape kene retis dengan bola sepak sukan SEA tu pulak?? haa ni habaq mai kat hangpa semua. Last November, my mr. superman mengeringkan hati mengentalkan jiwa pegi Jakarta nak tengok final bola sepak sukan SEA between malaysia and Indonesia. Dah la decide last2 minit nak pegi sane. bayangkan malam tu decide nak pegi, esok nye trus beli tiket dah nak fly pegi sana. Memang hard core betoi~
 
Actually, masa dia inform saya kata nak pegi sana, saya dah cuak & risau. yela, mane tak cuak, dgn keadaan supporters Indonesia yang macam tutttt.... *paham2 sendiri la ye*, pulak tu sanggup nak bergadai nyawa pergi sana. Memang hati kering betul la dia ni. Dia pergi sana dgn geng2 ultras dia.

Sepanjang dia kat sana, memang lansung tak dapat nak kontek. yela, roaming kat sana mahal, n memang dia tak on number die kat sane. Saya memang risau giler, dah la tak tau ape cite die kat sane. Online pon kadang2 je. saya on9, die off. Die on9 saye pulak off. Huu~

Then nak dijadikan cerita, masa mlm final tu memang satu umah tengok bola termasuk lah saya. Time game tu, saya tengok2 jugak kat tv tu, kat view tempat duduk supporters, kot2 nampak muka dia masuk tv. Sekurang2 nya lega laa sikit hati saya kalau nampak dia. Tapi tu konon2 mcm angan2 yang tak kan tercapai la sebab, tak kan la boleh nak nampak muka dia dalam kelibat supporters2 indonesia yg ramai giler berasak2 dlm stadium bung karno tu kan. macam mustahil!

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... memang TAK MUSTAHIL! tengah2 tengok bola, tiba2 boleh pulak live camera tu record kat area2 supporters malaysia. Memang nampak die sebijik sejibon depan tv. Saya yang tgh tengok bola dpn tv tu tergamam. Eh macam kenal. Ke salah orang? Tapi memang camera tu lama jugak record aksi2 dia kat tempat supporters tu, and highlight kat dia je. 

Memang tak salah! sah dah tu dia! Ape lagi, heboh lah satu umah saye bising2.. Yang member saye sorang tu boleh pulak buat ayat " Sekurang2 nya kita tau dia tak curang kat sana. Nasib baek die tak duduk sebelah awek indon" .Cissss~! 

So, ni antara gambar dia yang sempat di print screen kat tonton masa game sukan SEA tu..




Lepas je adegan n aksi2 dia ni keluar kat tv, terus bertalu2 hp saya berbunyik. Ada yang call, ada yang mesej bgtau pasal mr. superman saya keluar kat tv. Ohoiii~ ramai jugak yang perasan rupanya.

Bila on9 pulak, tengok kat fb dia, berderet2 kat wall dia ramai yang post pasal kuar tv tu. Hoho~ Pastu, kebajetan retis dia tak terhenti sampai situ je. Then, mr. superman ada haplod pic dia kat stadium gelora bung karno tu, and tak sangka pic tu tersebar meluas gile kat serata fb. Ramai yang share pic tu. Sebab gambar tu nampak mcm cool n menunjukkan semangat kepatriotikan la.


Malaysia Boleh~!! aAAuummm~!! ^__^

Lepas je gambar ni di share and tersebar, memang ramai giler yang add dia kat fb.. memang retiss la mr. superman oii~ bertuaahhhh badan =p

Tak cukup dengan tu, awal disember hari tu, Majalah 3 ade buat review tentang bola sepak malaysia. And of course, superman retis mesti ader.






ok cukup. Mesti korang pon dah tak lalu nak tengok banyak2 pic ni kan.haha~! Ok2..yang ni last..




kami satu geng *him with joe flizzow*


lepas ni tunggu la single terbaru mr. superman feat joe flizzow next year. hoho~  =p

btw, thanx korang yang sanggup baca entry berjela ni sampai habis. biasela dah simpan berkurun baru nk publish..macam2 la setori mori nyerr ..^_^


lebiu guyz <3
xoxo.
 

No comments: