Wednesday, March 16, 2011

Suka minum air berais ??








Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.


Siapa kat sini yang nak wajah awet muda ?? Tinggalkan lah minuman berais. Bukan tak boleh minum air berais langsung . Kalau kadang2 tu teringin nak minum yang berais ,boleh la minum. Tapi jadikan amalan minum AIR SUAM sebagai rutin harian kita kerana ia akan membuatkan wajah nampak seri nya. 


Selain itu,  AIS juga akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan. Dengan mengamalkan minum air yang suam , kesihatan akan lebih terjamin dan wajah akan sentiasa awet muda & berseri2 selalu.


Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!


Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...


p/s: Dengan cuaca yang panas terik sekarang ni ,  sedapnye kalo dapat minum cendol selalu . Slurrrppp!!! ^_^





2 comments:

AdaNaz87 said...

adeh! nape makin tak gemuk-gemuk ni. =.=

M!$$ LaVeNdeR said...

miss Lavender pun tgh cube menggemukkan badan.. =)