Alhamdulillah.. Dah sebulan lebih menggalas tanggungjawab baru, membantu kerajaan kutip hasil negara (kononnya :p). Saya dah tamat latihan awal Jun lepas. Kursus asas yang memakan masa 8 minggu ni ( 11/4/2016 hingga 3/6/2016) memang mengentalkan jiwa lagi2 kami para mak-mak yang kena berkorban tinggalkan anak suami keluarga semua. Huhu. Toksah citer la malam2 dok nangis kat bucu katil (oke tipu :p)
Bermula dengan dua minggu pertama dengan aktiviti kawad sepanjang hari dari pagi sampai ke petang. Masing-masing muka dah hangit weii.. Minggu seterusnya kami masuk kelas pulak belajar modul-modul yang ada dalam kastam ni (GST, Penguatkuasaan, Penjenisan n etc. ) Bila stat kelas ni mula la memasing semua layu layuan je dalam kelas. Kitorang siap mcm bukak kedai runcit dah bwk bekalan makanan (gula-gula, keropok,kerepek,biskut) segala macam la kengkonon taknak tido. Selain tu, ada jugak aktiviti berkumpulan (lakonan, boria, nyanyian) dan individu (public speaking). Masa ni main taram je speaking tah hape2. 5 minit je punn..
Kemudian, minggu seterusnya sambung pulak dengan aktiviti kokurikulum. Ada kelas senjata api, berenang, SMDK (seni mempertahankan diri kastam) dan KAWAD (lagi???).. ada jugak hari sukan kitorang kena involve. Acara sukan standard la macam bola sepak, bola tampar dan bola jaring. Masa hujung minggu kitorang ada jugak aktiviti khidmat masyarakat bersihkan kawasan kampung. Lepas tu ada jugak aktiviti Kembara medan di Selandar. Camping 3 hari 2 malam di hutan oiii.. >.<
Kemudian minggu terakhir tu ada Program Transformasi Minda. Masa ni kena masuk kelas macam sebelum ni belajar lah modul2 berkaitan pentadbiran negara dan macam2 lagi. Pejam celik pejam celik dah habis 8 minggu. Akhirnya tiba lah hari yang dinanti2 kan. Majlis Tamat Latihan. yeaaaayyyy!!
Alhamdulillah for everything.. Thanks hasben & family yang banyak bagi moral support kat kiter sepanjang kita berkursus. Tanpa diorang, takkan mungkin berjaya habeskan kursus ni dengan jayanya.. Yelah, macam2 cabaran & dugaan jugak semasa berkursus ni..
Ok lah. Sambung lain kali pulak.
Salam.
2 comments:
Salam... Akak... Camna akak skrg dh kerja kan? Akak bhgian mana ek?
Salam... Akak, skrg akak ditempatkan ke caw mana ek? Dan mcm mana tugasanya akak?
Post a Comment