Monday, March 28, 2011

Ape yang terbaik dan membahagiakan ??

Hadiah Terbaik :

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Orang yang bahagia itu akan selalu :

*menyediakan waktu untuk membaca
*kerana membaca itu sumber hikmah...
*menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa.. *menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
*menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itupangkal kejayaan

Wednesday, March 23, 2011

Graduate Aptitude Programme


The “Graduate Aptitude Programme is a fully paid 2 week programme by MOHE and UKM designed especially for UKM students which will:
    1. Prepare you with key employability skills so that employers will find you to be an asset to the company.
    2. Help you prepare yourself to serve a global economy
    3. Equip you with professional core values to meet the aspirations of the Nation’s New Economic Model.

This programme will be conducted after your final examinations. Accommodation and meals will be provided throughout this 2 week training programme.
We will be organising a Career Fair with many Multi-National companies and industry leaders upon completion of this programme. This will enable you to find the job of your choice with pre-qualified employers who are able to provide you with an enriching career path.
UKM’s delivery partner, Scicom Academy, has a track record of placing 98% of its graduates in MNC’s. Close to 70% of the graduates are now earning RM 2k and above.
All you need to do now is attend the briefing to secure your place in.


The briefing session has been scheduled as follows:

Date : 24 March, 2011 (Thursday)

Time : 3:00 PM
Venue: Dewan Multimedia, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM.
Please contact us at 03 2176 4888 if you have any questions.



p/s:Kawan2 TK Final Year FTSM, jom ramai2 kite pg briefing n join program ni~ ^__^ 


 

Tuesday, March 22, 2011

Masih ada yang sayang

Salam.

Dah seminggu saye demam (on-off) , batuk & selsema. Selama  seminggu la jugak saye menahan diri dari kesejukan + batuk2 yang menyeksa diri + selsema yang mengganggu pernafasan. Dan sepanjang minggu memang saye tak sentuh minuman yang sejuk.Setakat minum seteguk dua menumpang air membe tu ade la jugak. Memang lately asek minum air suam @ air limau suam. Saye tak pegi klinik sebab kalau pegi klinik mesti dapat ubat. Dan saye memang tak suka makan ubat. Last week memang tak balik rumah sebab keje2 yang menimbun. So memang family pun tak tau saye tak sihat.

Tadi singgah balik rumah kejap sebab nak ambik barang dari umi. Bila salam je umi, terus umi tegur.
"Sihat tak ni? Demam ke? Panas je rase~ "

Tak tau kenapa hati saye tersentuh sangat bile umi tegur macam tu. Terus menitik air mata. Dalam hati saye, still ade jugak insan yang take care pasal diri saye. 

Bile nak balik ukm tadi, umi pesan pegi klinik, mintak antibiotik kat doktor. Abah pun sama, pesan suruh pegi klinik.

Lagi sekali saye terharu...















Masih ada yang sayang..... =)





Sunday, March 20, 2011

Who's ur LOVER ?

Salam..

bila hati gundah gulana, ingat lah Allah.
bila hidup di dalam kesempitan, ingatlah Allah.
bila diri dihimpit tekanan @ masalah , ingat lah Allah.




Tapi, janganlah kita seperti kacang lupekan kulit. Di waktu senang , langsung tidak mendekati @ mengingati Allah. Bile dalam kesusahan , baru nak mengaji, berzikir, mengingati Allah. Allah s.w.t itulah kekasih kita yang sebenarnya.Yang perlu diingati setiap masa dan ketika. 24/7 ~



p/s:saye bukan ustazah yang boleh berbicara & mengupas tentang agama panjang lebar. Saye cume share ilmu yang saye tahu kepada korang . Hope dengan entry yang ringkas macam ni memberikan kite semua sejuta kebaikan dalam hidup. Ameen~ ^__^  

 

Saturday, March 19, 2011

Berdebar - debar


Berdebar - debar. 
Setiap kali tengok gambar empunya diri ni.
Berdebar - debar , 
setiap kali tengok dia muncul kat tv.
Berdebar - debar ,
bila nampak status die keluar kat news feed fb saye.

sangat mengharap dapat berjumpa face to face with him. 
sangat. 
mengharap.


T_T

Friday, March 18, 2011

PENGSAN di petang hari


Sape yang belum baca entry before this tentang my twin Fatin Liyana , boleh bace kat SINI. 
Lepas tu tadi saje la check komen kat belog. 
Ape yang saye jumpe ??







Fatin Liyana datang jenguk & komen entry pasal twin tu !!!!!!



*PENGSAN* 



Teruja okeh. Sangat !!



*PENGSAN balik *

^__^

Kamu cantik ??

Salam.

Hoh!! Laju je korang bila tengok tajuk entry ni kan?? Perasan cantik betul korang ni. hehe. takde lah , gurau je. Memang setiap ciptaan Allah itu semua cantik belaka. Cantik tu kan perkara subjektif. Terpulang pada setiap individu untuk tafsirkan konsep 'cantik' yang macam mane. ^_^ 


Tadi terjumpa satu artikel yang sangat menarik dari iluvislam.com . Artikel ni mengupas tentang isu 'cantik' yang sedikit sebanyak membuatkan kite banyak berfikir tentang kebenarannya. Saye fokuskan artikel ni untuk kaum wanita @ gurlz sebab memang golongan macam kite ni la yang sinonim dengan kecantikan rite? =) *kalo lelaki ade yang panggil cantik ke?? awwww nyahh!! =p  Ape yang ade dalam artikel ni? Jom cekidauuttttt !!!! (^_~)

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.




gambar ehsan prof google




Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.


Cahaya iman mungkin?


Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa


Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.


Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.


Cantik sebagai ujian


1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata



Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.


Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!


Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.



gambar ehsan prof google


Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.


Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.


Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.


Artikel iluvislam.com

p/s: same2 lah kite renungkan ~ peaceNoWar ^_^

Thursday, March 17, 2011

The day i met my twin..

Salam.

Ni saye ade cite hot panas letopz2 nak cite kat korang. Actually saye baru perasan tentang ni dua tiga hari lepas. Nak tau apa die ?? Saye jumpe kembar saye !!!!! memang lah sebelum ni pernah dengar kita kat dunia ini ada 7 orang yang muka seiras dengan kita. Tak sangka pulak saye jumpa kat dunia blogging ni jer. nak tau siapa ???

 jeng jeng jeng !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


TARAAAAAAA!!!!!!!



See ?? I told u..She's at the left side , yg pakai tali pinggang keledar.  ^_^

Ok la .Yang sebenarnye kembar 'fesyen' je. Jangan marah yer korang. Kenal tak dat gurl yang saye state kat atas tu ?? Ape tak kenal ?? Korang ni duduk bawah tempurung ke reban ayam ? hehe. Gurau je . Ni la Fatin Liyana , ala bloggers yang pemes & stylo tu. Nak kenal die lebih dekat boleh singgah kat belog die ni .




Ok. Dah kenal die dah ? meh sambung citer balik. Actually gambar saye kat atas tu , memang tak sangke pun akan SEJIBIK SEJIBON macam Fatin Liyana tu . Dah lah kaler shawl pun sama , style pulak ala lebih kurang je. Dengan spek itam tu yang tak boleh blah. Design spek pun sama pulak tu ! Gambar tu saye ambik time lepas shooting2 dengan cousemate kat fakulti . *Gile selekeh kan saye ? Haha! Saye pedulik ape. Saye bukannya Fatin Liyana yang pandai bergaya & bijak mix n match tudung dan baju yang die pakai. Sebab tu saye suke sangat tengok gaya2 Fatin Liyana tu. nampak simple tapi meletopz! 


So nak dijadikan cerita , time saye blogwalking blog fatin Liyana ni ,terjumpa lah gambar kat atas tu. Jangan salah faham ye kawan2 . gambar kat atas tu saye edit & combine konon2 nampak macam kitorang naik satu kereta. Tengok ?? Same2 amik gambar dalam kereta pun kebetulan jugak. Agaknya memang takdir nak menemukan saye dan Fatin Liyana ni kat alam maya. ^__^ * sile jangan anggap saye lesbo okeh !


Hehe. Tapi even macam mana nampak serupa pun , tapi kitorang still tak sama. Yela, tahun kelahiran pun lain . Saye kakak , die adik. *eh ade rupa macam kakak  ke saye ni ? =p . Dia pandai jaga penampilan & bergaya . Saye ?? hanya pandai makan dan bergayut ! Hahaha! =p


Ok la .Stop merepeking ok ~ keje belambak2 tak nak buat , asek nak hapdet belog jer. Huhu.

Babai korang.

















3rd PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FIESTA 2011






Suke tak tengok belon2 floating tu ? 
Haa , kalau nak tengok yang real punye , 
jom ramai2 kita pegi tengok 17 - 20 mac 2011 ni kat precint 2 Putrajaya.


nak tau lebih lanjut tentang event2 yang akan diadakan dan macam mane nak beli tiket utk naik belon2 tu , boleh refer kat website ni :


Jumpa korang kat sana ok?




p/s: Saya suka belon. ^__^





Wednesday, March 16, 2011

Suka minum air berais ??








Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.


Siapa kat sini yang nak wajah awet muda ?? Tinggalkan lah minuman berais. Bukan tak boleh minum air berais langsung . Kalau kadang2 tu teringin nak minum yang berais ,boleh la minum. Tapi jadikan amalan minum AIR SUAM sebagai rutin harian kita kerana ia akan membuatkan wajah nampak seri nya. 


Selain itu,  AIS juga akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan. Dengan mengamalkan minum air yang suam , kesihatan akan lebih terjamin dan wajah akan sentiasa awet muda & berseri2 selalu.


Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!


Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...


p/s: Dengan cuaca yang panas terik sekarang ni ,  sedapnye kalo dapat minum cendol selalu . Slurrrppp!!! ^_^





Monday, March 14, 2011

5 perkara paling ANNOYING semasa berblogwalking

Salam..

Korang kat sini , tak kire lah bloggers ke , ataupon readers ke , mesti selalu blogwalking kan? Blogwalking tu hape kejadah?? Ia adalah sejenis belog yang mempunyai kaki dan suke berjalan2 merate2 tempat. =p takdela , ala bile korang selalu jalan - jalan dan singgah2 kat belog orang lain dan bace entry tu , di kira blogwalking la tuhhh . Ada Paham kak Limah ?? =p .

So mase korang berblogwalking tu mesti ade perkare2 yang korang sangat2 ANNOYING bile menjelajah kat sesetengah belog tu. Ok kat sini saye nak share sikit la perkara yang kadang kala buat saye sangat2 annoying semasa urusan singgah menyinggah belog ni.



1. Pasang lagu kat belog.

- Adoyaii.... Bila blogwalking kadang2 kita suka buka banyak2 blog kat new tab . Pastu, buatnye 2 3 belog yang pasang lagu , berkecamuk dah lagu2 tu. Bercampur2 sampai poning kopalo den ni ~ =_='

  Bukan la x boleh nak pasang lagu2 kesayangan kat belog u olz tuh. Boleh nak pasang. Tapi saye syorkan korang pasang la yang boleh wat playlist tu ataupon yang versi boleh play n pause. Senang nak pause kan lagu tu. Ni tak , bile dah berkecamuk lagu2 tu, alamatnye trus cancel nak bace belog n terus close belog tu.Tak ke korang rugi ?



2. Nak bace lagi ? klik "read more" !

-Ni satu lagi yang wat saye rase cam nak lempang laju2 owner belog tu sampai jadi  lempeng . Ye saye tau owner belog tu nak limitkan space dan nak suruh kite sume rajin2 klik kat situ kalo nak bace entry. TATAPI..[tatapi dah haaa..] saye tak tau la bloggers yang lain, tapi saye paling tak suke nak klik2 setiap kali nak bace entry. Lebih selesa kalo semua entry pada satu page yang same. Lebih memudahkan nak bace entry korang , tak gitu ? [ni mesti x blaja Human Computer Interaction ni.. ] 

Ade jugak kadang - kadang pengunjung belog macam saye ni yang signal tenet die 'laju' macam kura - kura n sipooottt. So , bile nak kne klik2 gitu , menambahkan lagi ke'siput'an loading belog beliau tuh.. urrggghh!!! T_T



3. widget di kiri , kanan , atas , bawah ,depan ,belakang belog~

-Ha ni lagi satu. Awak buat belog tu utk ape ? Nak tulis2 entry kan ? pastu nak buat ape ? Nak share2 dan bagi org bace kan ? dah tu? yang awak pegi letak widget penuh belog sampai tutup2 tulisan kat entry tu sape suruh ? Kesian kat orang yang nak bace entry awak tu. tsk.tsk.

Kalo widget yang boleh di minimise kan tu, boleh dimaafkan lagi. Tapi ni kalo widget yang floating2 seluruh alam , gamba anime la, tedy bear la. Maybe korang akan kate, ' lantak la aku punye belog suke ati aku la nak letak ape '..Ok fine. Tapi serius nampak MESSY sangat belog kamu tu.



4. Guna singkatan perkataan .

- Saye tak kate tak boleh nak gune singkatan perkataan tapi biarlah berpada2 nak singkat kan perkataan tu . Kalo sikit2 je nak singkatkan boleh la tapi kalo hampir 99.9% entry tu penuh dengan singkatan , rase jeluak tau dak ? *jeluak = jelik + muak . Ini bukan nye SMS nak singkatkan semua penggunaan bahasa @ ayat .



Contoh: Td sy jln2 p ps npk pck 2a mtk dm

Translate : Tadi saya jalan -jalan pergi pasar nampak pakcik tua minta derma . 


kan ke molek kalo gune ayat panjang berbanding singkatan ayat ?



5. Bahasa entry yang euwww..euuww..

Contoh : " Kat kelas tadieww kan adeww org ngorat kitewww . Kiteww pown cenyum2 pasteww kiteww pown gelak heww heww  "





**speechless **     T_T





Ok lah. Saye hanya mampu senaraikan 5 perkara je dulu. Mungkin ada di antara korang yang setuju dan tak setuju dengan statement yang saye mention kat atas . terpulang. Ni hanye pendapat saye. Anything to be add ?  Jangan segan silu tinggalkan kat komen yer . 
thanx.
Babai
^_^












Show Me Your BFF Contest



Salam.

Contest kali ni  oleh blogger Nurulbadiah. Macam excited nak join contest ni . Saje je mencuba nasib. ^_^ kalau nak tau syarat2 contest ni , korang boleh klik kat banner atas tu. So, antara syarat2 nye , kene buat hikayat entry yang bermula dengan " Dear Nurulbadiah Lai " . So, here we go~




Dear Nurulbadiah Lai ,

 Kitorang mula kenal masa 1st year kat UKM tapi start rapat time 2nd year . Yang pelik nye tentang kitorang ,  even masing2 mempunyai karakter  yang pelik2  berbeza ; sorang tu ayu dan sangat menjage gaya dan penampilan ,  sorang lagik berperangai selamber tak reti bersopan tapi dalam hati ada taman , yang sorang lagi pulak berkarakter 2 alam (luar nampak lembut , tapi dalam ade ganas ) ,  tapi kitorang still boleh kamceng n hoya2 bersama . ^_^ .  Suka duka tawa nangis gosip2 pon selalu same2 . SAYANG korang ketat2. muah! (^__~)

cheers alwayz!! peaceNoWar! (^_^)

Saye nak tag:


 Sekian.
Babai


Tuesday, March 8, 2011

Kisah 20 sen

Pada suatu hari, seorang Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan..Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!. 


Sumber:http://virtualfriends.net
p/s:Renungilah kisah ini. kadang2 kite terlampau leka dengan nikmat duniawi sehingga kite sanggup menggadaikan maruah agama Islam itu sendiri. Renung2 kan ye kawan2 ^__^

Monday, March 7, 2011

Hutang kene la bayar .. jangan buat2 lupe ~

Salam.

Yer! Saye tau saye bersalah. Saye telah berhutang dengan korang. Bukan sehari. Bukan 2 ari .Malah berhari2. Cerita yang sepatutnye saye hapdet last week , x terhapdet2 lagik.*rotan saye cepatttt!! Kalo sape2 yang belum bace entry  INI, maybe x faham . Ok lah. Sye dah janji kan nak hapdet cerita tu. So, ni nak bayar hutang citer kat korang.

Al kisahnye macam ni. Pada siang hari 28 februari 2011, my besties si nani n Ila ade bagitau saye yang invitation card utk dinner kolej diorang ade lebih. Sebab ade student yang cancel pegi dinner last2 minit. So maknenye ?? Daripada membazir makanan , lebih baik beri pada yang memerlukan. *Apekahh??

So..so..and so.. mereka pon mengajak la saye mengisi tempat kosong ituh memandangkan saye menepati ciri2 manusia yang sangat banyak makan n x kenyang2. *kawan2 saye sangat MEMAHAMI saye yang kuat makan ni yerr.. =_='  ..

Then, kene plak malam tu temanya 'GLAM & GLITZ'. Saye memang la xde sangat baju glam2 nih, tapi ade saye kesahh ?? Pikir datang nak makan jer. Tapi , excited memang excited . Memandangkan tu adelah 1st time menjejakkan kaki ke Dinner kolej , *ye! sepanjang 3 tahun duduk kampus, x pernah join dinner kolej~  kesian x?kesian x? ..Saye pun capai je la baju ape yang ade dalam gobok buruk tu kann.

Before pegi dinner tuh , sesi bermekap2 an memang x boleh ditinggalkan. WAJIBUL GHUNNAH yerr~!! =p  ..mesti ade yang pikir , 'eh awak tu menumpang je join dinner , x payah la nak over2 sakan'. Oh! Saye tidak pedulik yer dan saye tak kesah orang nak cakap ape.Tak nak kalah jugak tu minah ni. Nak vogue de vassss jugakk !!  Ok saye syok sendiri. Abaikan.

Bile dah berdinner2 cenggitu , of course lah ade sesi potoshut2 bagai kan ? Gamba sangat banyak tapi x larat la nak tepek sume kat sini kan. Dekat2 200 pic jugak kot. So, ni antara gambar2 yang terpilih. Jom cekidautt~!! ^___^



 






Last but not least..












Even lepas dinner2 bagai tu, saye still lapar lagi .. T__T   

THE END.


Babai.

Saturday, March 5, 2011

masih ada desa di Kajang ??

Salam..

Jangan terkejut , jangan terkonfiussss , memang agak pelik , tapi benarrrr. Tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka. Ya!! masih ada lagi desa di tengah2 pekan Kajang yang sentiasa sibuk ni. Setiap tahun pasti akan ada pelajar2 yang akan membuat lawatan ke desa2 di Kajang ni. 'Desa' yang dimaksudkan kat sini tuan puan, adalah Acara merentas Desa yerr.. ^_^  Bukan desa yang suasana sawah padi , tepi pantai , ada kampung2 tu yerr.TIDAK yer.  

So malam tadi, sampai je kat umah, saye ternampak ade hadiah hamper besar kat ruang tamu. Rupe2 nye adek saye ,Rahman menang nombor 3 acara merentas desa di sekolah die semalam.Tahniah Rahman!!

Muke bangga tak menahan.. =p

Bertambah lagi koleksi piala. ^_^

Sape tau ape die tulis kat label piala tuhh ?? [ saye tau..Saye tau pon sebab tanye rahman..=p]

Oh lupe nak bagitau. Rahman bersekolah kat sekolah Cina since darjah 1 sampai sekarang darjah 4 . Sekolah dia ni satu2 nye sekolah cina di Kajang , SJKC Yu Hua. Die dan adek saye sorang lagi, Abu zar yang darjah 6, bersekolah kat situ jugak. Diorang memang boleh bercakap mandarin, tapi kat umah xde la nak speaking mandarin bagai. Speaking kat sekolah je ataupon kalau pegi shopping, bawak diorang suruh cakap cina dengan tauke kedai , supaya tauke kedai boleh bagi harga murah ! (^_~)

ok.Got to go~
babai!
(^_^)

Friday, March 4, 2011

Bile manusia dah berperangai macam ROBOT

3D Robot Soccer Simulator

Robot Soccer C++ coding






Hari ni kepala saye pening hanya kerana Robot Soccer tu. Bukan saya sorang , tapi sumer coursemate saye. Masing2 mengharapkan ade di kalangan kitorang yang berjaya buat coding robot utk lab report ni. Dah la kene submit petang ni n seriously saye x siap ape2 pon lagi ! waaarrrgghhh!!! Minggu yang sgt2 menensenkannn~ =_='


p/s:Nanti saye hapdet setori yang saye hutang ngan reader2 sume yerr. Sory x dpt nak hapdet skarang , sbb kepale dah jd macam robot daa~

Wednesday, March 2, 2011

5 hari macam 5 tahun..

Salam.




Sorry.

Rase mcm lame sangat x hapdet.Padahal baru 5 ari , bukn 5 tahun.
Quite bz lately.tak dapat nak hapdet entry baru . Cume dapat tunjuk pic je dulu as intro. Will be updating soon kayh~
(^__^)