Wednesday, February 9, 2011

Bagaimana untuk naikkan berat badan 1kg seminggu

entry ni diambil dari blog susu sejat.Banyak tips2 kesihatan kat situ.So,memandangkan saye ni dari golongan yg 'tulang belulang' xdek isi,so mmg nak cari solution jgk nak gain weight.Meh cekidaut ape yang kene highlite kat sini. =)

Mohd. Sufian Kesepian (bukan nama sebenar) adalah seorang yang kurus. Walaupun sudah hampir 5 tahun meninggalkan alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, beliau masih bertubuh kurus. Rakan-rakan seperjuangannya yang lain ketika di sekolah sudah lama memboroi dan menternak sel-sel lemak di sekeliling perut. Tapi Mohd. Sufian Kesepian masih begitu. Dia saling tak tumpah seperti rupanya ketika berumur 15 tahun, berlengan kecil, bertubuh keding; yang beza cuma wajahnya yang sudah berjanggut dan berambut panjang. Mohd. Sufian Kesepian menjadi rungsing dan resah, kerana imej maskulinnya kini diambang bahaya, umpama telur di hujung tanduk.

Pada suatu hari, datanglah seorang rakannya yang bernama Susu Sejat (bukan nama sebenar) kepadanya lalu memberikan suatu tips emas, “Wahai Mohd. Sufian Kesepian, kamu ikutlah 5 prinsip ini, nescaya kamu tidak akan kesepian kurus lagi selepas ini ”

1Minum 1L Susu Lembu Segar (Fresh milk) setiap hari, kerana manusia yang kecil itu (bayi la) juga membesar dengan meminum susu. Pecahkan ia kepada 4 hidangan, 250ml setiap hidangan, satu ketika sebelah pagi, satu ketika tengahari (lepas makan), satu ketika petang, dan satu lagi sebelum tidur.

Sekotak besar susu Dutch Lady Fresh Milk ini adalah bersamaan dengan 1L. Minumlah satu kotak besar susu ini sehari.

2Makan 3 genggam kacang campuran (gajus/macadamia/kacang tanah/almond) setiap hari, satu di sebelah pagi, satu di sebelah petang, dan satu lagi di sebelah malam.

3Bersenamlah kamu seperti Iron Man. Lakukan senaman yang melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan keting, atau sekurang-kurangnya lakukan “push up“, “pull up“, “sit up“, “lunges” atau “squat“. Senaman yang melibatkan kekuatan ni penting agar otot-otot kamu sentiasa mendapat signal bekerja untuk beban, sekaligus menggalakkan pertumbuhan otot. Kamu tidak mahu kalori yang terlebih tu hanya ‘tersadai’ di perut dan punggung kamu bukan?


4
Buat seperti biasa, maksudnya kamu masih makan dan minum (dari pagi sampai malam) dengan cara dan kuantiti yang sama seperti hari-hari sebelumnya. Contohnya, jika kamu makan nasi 2 kali sehari, maka ketika mengamalkan 5 prinsip ini, pun harus makan dengan cara yang sama. Jangan tiba-tiba kamu skip satu meal pula. Ingat, makan makanan yang lain seperti biasa!

5Rehat, rehat, dan rehat. Rehat kena cukup, maka tidurlah kamu seperti seorang bayi, sekurang-kurangnya 8 jam sehari, secara berterusan (bukan tidur 2 jam, lepas tu terjaga, kemudian tidur balik).


Nota Kaki
: Dengan mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya telah mengambil kira-kira 1180kcal lebih daripada apa yang kamu selalu makan (kalori surplus 1180kcal sehari). Sepatutnya, kamu akan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 1kg seminggu. Ingatlah, sesudah kamu mencapai berat badan impian kamu, kamu boleh berhenti daripada mengamalkan 5 perkara ini. Amalkanlah, wahai sahabatku yang “skinny”..

p/s:Lalink syg hyeda,kamu juga blh amalkan nihh..jom same2 membesar~!!! ^__^

2 comments:

~S.H.A.I~ said...

sy memang tertarik tajuk ni kat dashboard n terus klikk!!!~~
esok juga beli susu nih manyak30x...
thanks laling!!~~
=)

superman88 said...

d most importnt thing is exercise k..:)