Tuesday, December 24, 2013

Day 2: Travelog di Adelaide & South Australia

Assalamualaikum..

Adoii.. Banyak pulak nak hapdet travelog pegi Aussie haritu. Nak share cerita tapi malas nak taip panjang-panjang. Korang tengok gambar je boleh? Hehe.. Ok ni pulak hapdet untuk hari kedua kat sana.

1. Mt. Lofty Botanic Garden & The Summit

Pagi-pagi lagi kitorang dah siap-siap nak keluar berjalan. Lepas siapkan makanan untuk lunch, terus kitorang pergi Mt. Lofty naik kereta yg dipandu kakak ipar. Sampai je sana, terus daki bukit menuju ke Mt. Lofty. Rupa-rupanya Mt. Lofty ni ada dua. The summit dan jugak Botanic Garden. Kitorang jenjalan kat Botanic Garden ni dulu tapi tak larat la pulak nak perabis round. Besar kot. Macam Taman Botani kat Putrajaya tu. Cuma lagi advance sebab berbukit-bukit dan curam.


















 











2. Hahndorf (Germany Little Town)

Lepas je penat mendaki Mt. Lofty ni (daki la sangat..daki guna kereta je..hewhewhew), kitorang singgah pulak Hahndorf. Hahndorf ni dikenali sebagai German OldTown atau pekan lama german. Memang comel-comel je kedai dan bangunan kat sini. Cantik-cantik pulak tu. Memang English Style gitu.































3. Urimbirra Wildlife Park

Dah puas pusing-pusing pekan Hahndorf sambil jenjalan makan aiskrim, kitorang singgah pulak park nak tengok cik koala dan cik kangarooo!! hehe.




















 Selain dari cik koala & kangaroo, ada jugak haiwan lain kat park ni.






Kelawar tengah tidoq











4. Victor Harbour (Granite Island)

Persinggahan terakhir kitorang haritu adalah di Victor Harbour dan jugak Granite Island. Kat Granite Island ni tempat penguin-penguin berkumpul. tapi memandangkan kitorang datang waktu petang, takdela penguinnya. Saje datang untuk hirup udara laut dan tengok pemandangan yang sangaaattt cantik. Tak dapat nak diungkap dengan kata-kata. Subhanallah..



Jambatan menuju ke Granite Island

Granite Island dari kejauhan



Tak dapat jumpa penguin betul, arca penguin pun jadik la.





Gambar-gambar ni semua fresh from oven kamera tau. Takde pakai Camera360 ke, edit-edit ke. Subhanallah.. Cantik kan? Masa kitorang tengah jenjalan sini, ade terserempak jugak ramai orang malaysia. Memang tempat ni untuk release tensen. Majoriti org malaysia yang jenjalan sini adalah student yang study sini. Sempat jugak nampak diorang sembahyang berjemaah kat tepi pantai tu. Alhamdulillah..Rasa sebak pun ada, Islam tu mudah kan.. Ibadah boleh dilakukan di mana-mana, pada bila-bila masa.

Spot kereta Wira kat sini. Proton di mana-mana. hehe.




So selesai dah travelog untuk hari kedua. Tunggu next hapdet untuk cerita hari kedua terakhir di Adelaide. Jenjalan di Adelaide City dan North Terrace. Tata.

1 comment:

Muhammad Shazni said...

salam akak. saya interested nak pegi adelaide. nak pegi sana for 4 days, and saya nak sewa kereta nak pegi ke tempat tempat yg akak pegi dalam blog. Boleh akak share any good suggestions on where to rent a car which is trustworthy and maybe affordable? kindly reply akak. thank u