Friday, December 13, 2013

Day 1: Travelog di Adelaide & South Australia (Part 1)

Assalamualaikum..

Haaaa~. Dari haritu lagi nak hapdet tak terhapdet2. Kengkonon busy leteww. :p Sebenarnya baru-baru ni saya dan tuan hasben pergi holiday + honeymoon di Adelaide, Australia. Sebenarnya takde la istilah honeymoon sangat cuma nak ziarah kakak ipar yang belajar kat sana. So kira macam 3 in 1 lah kan. Sambil jenguk kakak ipar sambil berjalan, bercuti berholiday berhoneymoon. Eh banyak pulak. Hehe.

Tuan husband dapat beli tiket Air Asia promo 2 bulan sebelum travel tu. RM800++ tiket return untuk seorang. Total kitorang berdua dalam RM1600++ pergi balik. Mau tak murah kannnnn?? So rajin-rajin la tengok website AirAsia tu selalu untuk kejar harga tiket yang promo. Dia la semangat book tiket sebab katenye takde pegi mane-mane cuti sekolah ni. So why not la pegi jenjalan luar malaysia kejap dengan harga tiket yang berbaloi-baloi.Tak gitu? Kite ni setuju ajer la dah orang nak sponser kan. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Hihikk. :D

Kitorang pergi sana untuk short holiday je. Pergi 5 hari 4 malam macam tu. Kat sana kitorang tak risau pasal penginapan sebab tumpang duduk rumah kakak ipar. Bab makan pun tak pening kepala sebab boleh masak kat rumah pastu bawak bekal je.

So, here we are. Kitorang naik flight dari KL midnight dan sampai Adelaide airport keesokan pagi. Kakak ipar, Kak Nina datang jemput kat airport. Dia dah siap-siap sewa kereta untuk bawak kitorang jenjalan. Waaahhhh~ terharu sangattt. :')


So, lepas je touchdown kat airport tu, dengan tak habis jetlag lagi, kepala pening-pening tu, kitorang singgah rumah kejap. Bersihkan diri. Lepas tu terus keluar semula untuk jenjalan. First stop kitorang adalah :

1) Kilang Coklat Melba's di Woodside SA.



Depan kilang Melba's



Masuk je kilang tu terus rambang mata tengok coklat yang macam-macam bentuk dan flavour. Tak percaya? Cuba la tengokk. Haaaaa....



Coklat ni ada macam-macam inti. Ada inti kacang, inti jeli, inti buah.











Coklat berbentuk nombor







Coklat sebagai goodies






Coklat bentuk tahi lembu..Berani makan?? Euwwww.. haha :p






Coklat sempena krismas
 Kemudian, dari kilang Melba's di Woodside, kitorang menghala pula ke The Toy Factory kat Gumeracha SA.



2) The Toy Factory: The Big Rocking Horse





Kat sini ada Biggggggg Rocking Horse yang tersangatlahhh besarrr.. Apa tu rocking horse? Alaa..macam kuda permainan budak-budak yang selalu ada kat taman tu. Yang boleh jongkang jongket tu. Dah nama pun big, memanglah besar kan. Rocking Horse ni tersenarai dalam Guinness World Record sebagai World's Biggest Rocking Horse.




DI hadapan The Big Rocking Horse.
Haaaaa..memang besorrrrr kann? tapi jangan korang naik horse ni pulak untuk main. Nak naik tu boleh, tapi untuk tengok view dari atas je la. Bukan untuk main jonkang jongket. Kalau nak main boleh naik rocking horse yang kecik tu. nampak tak? nampak tak? Belakang rocking horse yang besar tu. Comeyy je kan. hehe.

Kat sini jugak ada binatang-binatang jinak yang dipelihara dalam taman yang luas sebagai tarikan pelancong. Binatang-binatang ni semua tak diletakkan dalam kandang ke ape. memang lepas camtu je. So, kita boleh jalan-jalan sambil bagi makan kat diorang. Ada ayam, itik, burung kakak tua, kambing, Alpaca daaannnnnnnn.... guess what?? Cik kangarooooooooooo!! :D












Kangaroo ni jinak tau. Selama ni ingat diorang akan kejar orang. Tapi tak. Dia akan duduk diam-diam kat tempat rehat dia. Bila ada orang datang keluarkan makanan, baru la dia bangun pergi kat orang tu. Nak kate pemalas pun boleh la. :p Sebab nak tunggu orang datang kat dia baru dia nak bangun makan. Bila bagi makan tu, tangan diorang akan pegang tangan kita sambil dia makan. Alolololo suweetttt.



Merak ni bising . Asyik berbunyi je. Satu teman tu riuh sebab bunyi dia aje.



Si janggut putih.


Burung kakaktua yang bisinggg. Asyik bercakap aje.
Lepas dah habis pusing-pusing taman tu, kitorang masuk la kedai souvenir yang ada kat situ. Macam-macam ada. patung koala, kangaroo, penguin dan macam-macam binatang yang taktau nama. Hoho.




























Itu saje untuk entry ni. Ada lagi tempat yang kitorang pergi masa hari pertama ni. Tapi akan disambung dalam part 2 pulak la ye. Rasa macam berjela la pulak kalau nak sumbat semua dalam entry ni. Huhu.

Till then.

Babai ^__^









2 comments:

aydan said...

alaaa. comelnyaa cokelat nomborrr tu. buh kat depan ghumah best jugak. aaaaa~

nisachik said...

aaa..jangaaannn..nnti tak sampai sehari dah cayaq nombor tu..kikiki