Monday, May 2, 2016

Penangan Singapore!

Assalamualaikum..

Ni sebenarnya entry dalam draft yang dah lama berkepuk. Lupa nak publish. Then ada pulak yang tanya pasal pegi USS. So,layan la cerita 2 tahun lepas punya cerita nihh.. Huhu
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Yeahh..cuti sekolah baru je melabuhkan tirai. Dan orang yang paling sedih adalah saya kerana..terpaksa jauhhhhh dengan suami. Cuti sekolah merupakan 'syurga' buat kami berdua sebab masa ni lah nak dating enjoy puas-puas berdua. Yelah, dah sorang kat sini, sorang nun jauh kat borneo sana. Lagi sikit je dia berenang dah boleh sampai Filipina. Haha!Jauh kan? Camtu lah kisahnya hidup ber-PJJ nih.

So cuti sekolah baru ni kitorang pergi la jalan-jalan obesi. Obesi la sangat. Pergi Singapore je. Selama ni asyik berulang KL-JB-KL masa belajar. tapi tak pernah nak jejak negara sebelah tu. So kali ni baru lah berkesempatan nak pergi. Actually mula-mula plan nak pergi Bandung lah. Vietnam lah. Pastu bila kira-kira balik ongkos semua, rasa nak pergi bercuti yang paling bajet je. So, Singapore lah jawabnye! Sebab apa? Sebab pergi sana drive je. Duit minyak, duit tol, tambah tolak darab bahagi kira jimat lagi berbanding kalau naik flight. Cuma penat la sikit kan nak drive jauh-jauh dari sini sampai sana.

Kitorang pergi sana drive sampai JB. Then menginap hotel kat JB. Esoknya, naik bas dari JB ke Universal Studios Singapore. Actually kat JB memang melambak kaunter tiket bas jual sekali dengan tiket masuk USS. Korang boleh google je pakej-pakej ni. Takpun search je kat fb. So pakej yang kitorang ambik ni harga seorang rm199 (pengangkutan JB-USS-JB + tiket USS). Kira okay la kan.

Kat JB, kitorang menginap di hotel Zoom In. Hotel Zoom inn ni berhampiran dengan Tune Hotel Danga Bay. Kitorang saja menginap kat situ sebab bas yang akan kitorang naik pergi USS ni akan tunggu depan Tune Hotel. So tak lah jauh sangat nak gerak dari hotel kitorang tu. Kenapa tak menginap kat Tune Hotel? Haha. Kitorang ada alasan tersendiri tak nak menginap kat situ. Malas nak mention kat sini. :p

Kitorang pergi JB sehari awal. Sampai sana dah malam pusing-pusing JB, pastu bawak hasben pergi makan tempat fav kat Skudai. Esok pagi, terus gerak dari JB ke Singapore naik bas yang kitorang dah book tu. Jauh jugak perjalanan dari JB nak sampai ke USS tu. Ade la dalam sejam lebih kot. Campur jem kat imigresen lagi. Memang tersengguk-sengguk sampai terlelap la dalam bas. Huhuuu..

So, bila dah sampai USS tu, benda palingggg wajib adalahhh..ni diaaa!! Hehe..





Tak sah kalau dtg USS tak amik gambar depan bumi nih..
 Memang. Sampai je USS tu terus macam jakun yg amattt. Hahah! Nampak je globe besaq tu terus excited nyeeee! Yelah. Selama ni dok tengok dalam gambar orang lain je. Kali ni tengok sendiri live depan mata globe tu berpusing. Sapa tak seronok kan??


Menunggu subway kat New York City. Hopefully ada rezeki nak tunggu subway betul-betul kat bandar New York sebenar. Ameeen!

Ancient Egypt. Ya. Saya tak tahu dalam tu ada roller coaster paling seraaammm dan menakutkan dlm dunia sebab kat luar takdek signboard. Main masuk je dalam ingatkan game rilek2 je. Rupa-rupanya indoor roller coaster yanggg------ rasa nak tercabut jantung peparu usus semua. Dah lah gelap gelita! Sumpah takmau masuk lagi!

Cute BumbleBee!

Another transformers!

Depan Istana Shrek~

Apa nama tah. Tapi cantekk!

Ahh! Kartun fav time kecik-kecik dulu~ Sesame street!

New York City.. terasa mcm betul-betul kat NY pulak..hikss

Godzilla menyeranggg!







USS merchandise store.. Mampu 'beli tingkap' je..

With Shrek & Princess Fiona!


Karakter yg sgt sporting. Ayu je madam tu..

Sekian sahaja jenjalan di USS Kota Singa haritu. Balik JB hari yang sama. Serius tak puas pusing2 USS tu.Tapi takpe next time nak dtg lagi bawak anak pulak.

Babai.








1 comment:

Cik Sara said...

Hahaha.. yes! Kami pun "termasuk" dalam roller coaster ancient series tu. Mampu menjerit ja sebab tak tahu what to expect dekat depan sana. Gelap gulita. Tak nampak apa. Tapi, best! hahaha