Tuesday, July 12, 2016

Kursus Asas Penguasa Kastam Siri 1/2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Dah sebulan lebih menggalas tanggungjawab baru, membantu kerajaan kutip hasil negara (kononnya :p). Saya dah tamat latihan awal Jun lepas. Kursus asas yang memakan masa 8 minggu ni ( 11/4/2016 hingga 3/6/2016) memang mengentalkan jiwa lagi2 kami para mak-mak yang kena berkorban tinggalkan anak suami keluarga semua. Huhu. Toksah citer la malam2 dok nangis kat bucu katil (oke tipu :p)



Bermula dengan dua minggu pertama dengan aktiviti kawad sepanjang hari dari pagi sampai ke petang. Masing-masing muka dah hangit weii.. Minggu seterusnya kami masuk kelas pulak belajar modul-modul yang ada dalam kastam ni (GST, Penguatkuasaan, Penjenisan n etc. ) Bila stat kelas ni mula la memasing semua layu layuan je dalam kelas. Kitorang siap mcm bukak kedai runcit dah bwk bekalan makanan (gula-gula, keropok,kerepek,biskut) segala macam la kengkonon taknak tido. Selain tu, ada jugak aktiviti berkumpulan (lakonan, boria, nyanyian) dan individu (public speaking). Masa ni main taram je speaking tah hape2. 5 minit je punn..




Kemudian, minggu seterusnya sambung pulak dengan aktiviti kokurikulum. Ada kelas senjata api, berenang, SMDK (seni mempertahankan diri kastam) dan KAWAD (lagi???).. ada jugak hari sukan kitorang kena involve. Acara sukan standard la macam bola sepak, bola tampar dan bola jaring. Masa hujung minggu kitorang ada jugak aktiviti khidmat masyarakat bersihkan kawasan kampung. Lepas tu ada jugak aktiviti Kembara medan di Selandar. Camping 3 hari 2 malam di hutan oiii..  >.<



Kemudian minggu terakhir tu ada Program Transformasi Minda. Masa ni kena masuk kelas macam sebelum ni belajar lah modul2 berkaitan pentadbiran negara dan macam2 lagi. Pejam celik pejam celik dah habis 8 minggu. Akhirnya tiba lah hari yang dinanti2 kan. Majlis Tamat Latihan. yeaaaayyyy!!




Alhamdulillah for everything.. Thanks hasben & family yang banyak bagi moral support kat kiter sepanjang kita berkursus. Tanpa diorang, takkan mungkin berjaya habeskan kursus ni dengan jayanya.. Yelah, macam2 cabaran & dugaan jugak semasa berkursus ni..

Ok lah. Sambung lain kali pulak. 

Salam.

Monday, May 2, 2016

Travel Wishlist

Bismillah..

Travel wishlist of my life. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, nak travel semua tempat2 ni. :)

Bandung, Indonesia

South Korea

New York, USA

Venice,Italy

Penangan Singapore!

Assalamualaikum..

Ni sebenarnya entry dalam draft yang dah lama berkepuk. Lupa nak publish. Then ada pulak yang tanya pasal pegi USS. So,layan la cerita 2 tahun lepas punya cerita nihh.. Huhu
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Yeahh..cuti sekolah baru je melabuhkan tirai. Dan orang yang paling sedih adalah saya kerana..terpaksa jauhhhhh dengan suami. Cuti sekolah merupakan 'syurga' buat kami berdua sebab masa ni lah nak dating enjoy puas-puas berdua. Yelah, dah sorang kat sini, sorang nun jauh kat borneo sana. Lagi sikit je dia berenang dah boleh sampai Filipina. Haha!Jauh kan? Camtu lah kisahnya hidup ber-PJJ nih.

So cuti sekolah baru ni kitorang pergi la jalan-jalan obesi. Obesi la sangat. Pergi Singapore je. Selama ni asyik berulang KL-JB-KL masa belajar. tapi tak pernah nak jejak negara sebelah tu. So kali ni baru lah berkesempatan nak pergi. Actually mula-mula plan nak pergi Bandung lah. Vietnam lah. Pastu bila kira-kira balik ongkos semua, rasa nak pergi bercuti yang paling bajet je. So, Singapore lah jawabnye! Sebab apa? Sebab pergi sana drive je. Duit minyak, duit tol, tambah tolak darab bahagi kira jimat lagi berbanding kalau naik flight. Cuma penat la sikit kan nak drive jauh-jauh dari sini sampai sana.

Kitorang pergi sana drive sampai JB. Then menginap hotel kat JB. Esoknya, naik bas dari JB ke Universal Studios Singapore. Actually kat JB memang melambak kaunter tiket bas jual sekali dengan tiket masuk USS. Korang boleh google je pakej-pakej ni. Takpun search je kat fb. So pakej yang kitorang ambik ni harga seorang rm199 (pengangkutan JB-USS-JB + tiket USS). Kira okay la kan.

Kat JB, kitorang menginap di hotel Zoom In. Hotel Zoom inn ni berhampiran dengan Tune Hotel Danga Bay. Kitorang saja menginap kat situ sebab bas yang akan kitorang naik pergi USS ni akan tunggu depan Tune Hotel. So tak lah jauh sangat nak gerak dari hotel kitorang tu. Kenapa tak menginap kat Tune Hotel? Haha. Kitorang ada alasan tersendiri tak nak menginap kat situ. Malas nak mention kat sini. :p

Kitorang pergi JB sehari awal. Sampai sana dah malam pusing-pusing JB, pastu bawak hasben pergi makan tempat fav kat Skudai. Esok pagi, terus gerak dari JB ke Singapore naik bas yang kitorang dah book tu. Jauh jugak perjalanan dari JB nak sampai ke USS tu. Ade la dalam sejam lebih kot. Campur jem kat imigresen lagi. Memang tersengguk-sengguk sampai terlelap la dalam bas. Huhuuu..

So, bila dah sampai USS tu, benda palingggg wajib adalahhh..ni diaaa!! Hehe..





Tak sah kalau dtg USS tak amik gambar depan bumi nih..
 Memang. Sampai je USS tu terus macam jakun yg amattt. Hahah! Nampak je globe besaq tu terus excited nyeeee! Yelah. Selama ni dok tengok dalam gambar orang lain je. Kali ni tengok sendiri live depan mata globe tu berpusing. Sapa tak seronok kan??


Menunggu subway kat New York City. Hopefully ada rezeki nak tunggu subway betul-betul kat bandar New York sebenar. Ameeen!

Ancient Egypt. Ya. Saya tak tahu dalam tu ada roller coaster paling seraaammm dan menakutkan dlm dunia sebab kat luar takdek signboard. Main masuk je dalam ingatkan game rilek2 je. Rupa-rupanya indoor roller coaster yanggg------ rasa nak tercabut jantung peparu usus semua. Dah lah gelap gelita! Sumpah takmau masuk lagi!

Cute BumbleBee!

Another transformers!

Depan Istana Shrek~

Apa nama tah. Tapi cantekk!

Ahh! Kartun fav time kecik-kecik dulu~ Sesame street!

New York City.. terasa mcm betul-betul kat NY pulak..hikss

Godzilla menyeranggg!







USS merchandise store.. Mampu 'beli tingkap' je..

With Shrek & Princess Fiona!


Karakter yg sgt sporting. Ayu je madam tu..

Sekian sahaja jenjalan di USS Kota Singa haritu. Balik JB hari yang sama. Serius tak puas pusing2 USS tu.Tapi takpe next time nak dtg lagi bawak anak pulak.

Babai.








Normal ke?

Assalamualaikum,

Sejak sejak hidup berumah tangga ni kan,saya perasan saya mengalami satu sindrom. Sindrom endah tak endah. Dulu sebelum kawen semua benda/perkara pasal diri saya susun dengan teratur. Tapi sejak dah kawen 3 tahun ni saya macam makin suka buat endah tak endah pasal diri sendiri tapi lebih fokus utk orang lain.Penyakit ni tambah lagi serius bila dah ada anak.

Dulu kalau barang-barang saya sendiri, saya akan simpan terletak elok kat satu tempat dan senang nak cari. Dokumen - dokumen pulak susun dalam fail yg tersendiri dan simpan elok2 kat rak buku. Macam tu jugak untuk barang lain.

Tapi lately ni, saya mcm dah tak seperti dulu. Barang-barang saya main letak mana sempat je. Tah ke mana2. Dokumen pulak macam surat2 ke main letak je dalam fail mana2 tah pastu bila nak cari balik menangis bukak semua fail tak jumpaaaaaaa. Yang saya tau saya hanya ambik berat brg2 dapur, brg2 anak dan suami. Barang2 diorang ni kira saya tahu kat mana saya simpan & boleh nak cari. Tapi barang sendiri macam dah tak ambik kisah sampaikan kdg2 baju sendiri taktau letak mana, dokumen2 penting mcm slip gaji ke surat2 ke tak tau letak celah mana.

Terbalik pulak dgn encik hasben yang simpan proper barang2 dia. Pastu mula la kena bebel dengan dia bila simpan barang merata. Pastu saya perasan saya juga mengalami short term memory loss. Senang sangat lupaaaaa. Klau dulu sekecik2 benda pun ingat sampaikan ade kengkawan panggil saya PC bergerak sebab semua benda ingat.

Sedih. Serius sangat sedih dgn diri sendiri. Hidup macam tunggang terbalik.

Adakah ini normal ibu2 semuaaa?

T__T

Friday, March 18, 2016

Allah knows better.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur untuk segala rezeki. Baru-baru ni saya dah dapat tawaran kerja gomen. Di kala musim2 ekonomi tengah jatuh, musim majikan nak buang staf, musim kerajaan nak minimumkan belanjawan negara, rezeki datang tak putus-putus.

Tak pernah sangka dan tak pernah terfikir akan sandang jawatan ni. Jawatan beruniform pulak tu. lari jauh dari bidang belajar dulu. Dulu kengkonon plan nak kerja dalam bidang IT saja. Mohon jawatan dalam SPA pun pegawai IT F41 je. Tapi yela, kita ni hanya merancang, Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk diri kita.


Dulu pernah fikir nak keje dalam bidang akademik. Kot la dapat jadi tutor ke.. pensyarah ke.. apply merata.. sambung belajar amik master bagai ..Tapi, belum ada rezeki lagi nak masuk bidang akademik. Rezeki sambung belajar pun kecundang tengah jalan. Tapi yela, setiap yang berlaku ada hikmah nya kan.

SO, berbalik pada tawaran kerja gomen ni. Tak dinafikan memang saya minat bidang yang pakai uniform. Zaman sekolah dulu join kawad kadet bomba. Dari form 1 sampai form 5. Abes sekolah, kat matriks join pulak Kadet Remaja Matrikulasi, wakil matriks untuk pertandingan kawad KAKOM seluruh malaysia. Cuma bila masuk UKM, nak join PALAPES tapi tak kesampaian sebab..hujung minggu tak boleh balik rumah...hahaha..alasan tak munasarawak langsung :p

Jadi lepas graduate, isi borang online SPA, mohon la jugak jawatan Penguasa Kastam ni. Tak sangka pulak dapat untuk exam online. Lepas tu dapat pegi interview. Mungkin Allah buka kan hati panel untuk pilih saya. Saya terpilih untuk calon simpanan tahun 2014. So, tahun ni baru ada rezeki dipanggil masuk lapor diri. Alhamdulillah.. :)

Bulan depan lapor diri dan mula kursus di AKMAL Melaka. Kena tinggal baby 2 bulan. Sedih memang sedih tapi apa boleh buat. pengorbanan ...Doakan saya kuat ye kawan2.. dan semoga saya dapat galas tanggungjawab kerjaya saya dengan amanah dan penuh integriti. Cewahhh (^_~)