Monday, April 29, 2013

Tinta dari Jepun: Touchdown di Tokyo

Assalamualaikum..

Hai orang kampung alahaiii orang kampung! Ewaahhh! Pekabar uolss? Rindu pulak nak merepek2 kat sini. Tiap2 hari memang saya jengah sini tapi for sure la tak sempat nak hapdet ape2. So, saya buat apa sekarang? Di mana? Ehem..tengok tajuk pun dah tahu saya kat mana kan. :p

Alrite. Sekarang ni saya berada di bumi sakura Maria Ozawa . Lebih tepat lagi, dekat Tokyo. Dah 2 bulan lebih kat sini. Baru nak hapdet kat belog. Nampak tak?Nampak tak? kekonon busy sangat tak sempat nak hapdet. =.=  Tiga hari lepas nikah haritu terus terbang sini. Honeymoon dengan incik superman hubby plus menghantar saya untuk buat attachment research kat sini. Sambil menyelam skuba makan megi, orang kata. Eh?

Turun je kat Haneda Airport, terus menggigil sebab musim sejuk kan. Sampai dalam pukul 10 malam. Suhu masa tu mencecah 2 - 3 degree jugak. tapi memang dah prepare pakai baju winter. Tapi still sejuk, tambah2 bila angin menampar2 pipi. Pehhhh! Lepas je imigresen, memang dah ada kawan lab sekampus yang jemput, Abul. Dan kebetulan dia jugak incharge untuk Malaysia Student House kat Tokyo, maka saya & hubby memang dah decide nak bermalam disitu sementara nak tunggu check-in hostel esok hari.

Thanks abg tolong bwk beg besar2 ituhh..hehe

Terkial2 nak beli Passmo kat mesin


Tilam & Selimut

Almari & tilam.. Tidur kat bawah. Sebijik macam bilik Nobita. Tengok almari ni teringat macam tempat tidur Doraemon..Comeyyyy! Hikkss!


So malam tu, kitorang tidur dengan kesejukan, kepenatan, kelaparan dan...sebagainya. Tapi tak kisah la, rasa mengantuk dah mengatasi semua tu. Seriusly tidur menggigil sebab heater tak berapa nak panas. Nasib baik ade 'heater' semulajadi kat sebelah. Hikksss ! :D

Esok hari pulak, bangun awal sebab nak check-in hostel dan nak mendaftar kat kampus. Macam student baru gitewww.. ;)  Sebelum nak keluar, sempat jugak la snap2 gambar dalam bilik student house tu. Memang berbaloi la bermalam kat sini. Selesa pun selesa. Lagipun bayaran untuk bermalam satu malam kat situ agak murah berbanding nak stay kat hotel2. Bukan agak murah, tapi MEMANG MURAH! Hanya 1000 yen satu malam!! Lebih kurang RM30 laa.. berbaloila kan?

Pose dekat pintu sliding. Dalam bilik pun sempat lagi nak pose. Adehh~


Sempat jugak snap
Lepas tu, Kitorang terus naik tren sampai Hiyoshi. Dari situ naik teksi untuk pergi ke hostel. Lepas je check-in hostel, Abul bawak kitorang pergi kampus Keio (Yagami Campus) untuk proses pendaftaran.

Muka excited first time naik teksi Japan

Dalam teksi di Hiyoshi

Pemandangan di hadapan kampus Keio Univ.

Fuhhh..So, ni je dulu santapan untuk hari ni ye dek non. InsyaAllah saya akan kongsi lagi perjalanan hidup kat sini. Till then, babai.

Salam Sakura. <3 br="">

1 comment:

Cik Sara said...

Eheh.. Comot¡! Dah nak blk malaysia baru hapdet ek? Buzy sunggun puan superman ni..