Monday, June 25, 2012

Keliru? Jalan terus atau u-turn?


Memang susah nak melontarkan rasa pedih dalam hati. Terguris dalam jiwa. Itu belum dikira tekanan perasaan, emosi. Setiap kali terfikir, dan setiap kali tu juga menimbang tara keputusan yang patut dibuat.

Keliru.

Patutkah memilih jalan itu? Atau perlukah saya meneruskan perjalanan yang sedia terbentang?

Dua2 perlu diukur dari segi rasional. keputusan harus diambil kira dari pelbagai sudut. Berat untuk memilih dan membuat keputusan.. Kerana setiap keputusan yang bakal dibuat akan memberikan impak yang besar. Terutamanya pada diri sendiri. Masa hadapan. Entahlah. Sekian lama perkara ini bermain-main dalam kotak fikiran. Kadang-kadang terasa hilang punca. Selalu mempersoalkan kenapa..bagaimana.. kalaulah.. urrggghhh!

Tekanan.

Orang sekeliling mungkin tak pernah sedar segala rintangan yang dilalui. Segala kepahitan yang sedang dirasai. Pandangan mereka hanya berkisar pada luaran semata-mata. Bagi mereka, perjalanan saya sangat mudah. Sangat teratur. Tapi tahukah mereka, setiap hari diri ini sentiasa berperang dengan hati dan emosi ?

Bibir melakar senyuman, tapi hati meraung keperitan. Jika diturutkan perasaan, sudah lama diri ini kecundang. Tapi akal masih waras. Fizikal masih kuat bertahan.  masih boleh melawan anasir2 yang cuba mengganggu matlamat yang disasarkan sejak awal.


Tapi, sampai bila? Sampai bila diri ini boleh bertahan? Adakah hati ini boleh menjadi perisai yang kebal melawan setiap bisikan-bisikan nakal itu?

Atau

Harus membuat U-turn kearah destinasi lain yang mungkin menjanjikan 'maksud hidup' yang lebih baik.

Siapa tahu?

 p/s: Maaf. Entry kali ini berbaur emosi .. Penulis mengalami ketidakstabilan emosi yang maha kritikal.

2 comments:

aimannuha said...

ohhh sayanggg,mengapekahh? moga Allah permudahkan urusanmu! ^^

misz Levinda said...

biaselaa..dugaan hidup..huhu~ btw, thanx cayang! :)