Wednesday, October 17, 2012

One Step Closer: E-day


Assalamualaikum!

Ape kabar sayang2 saya sekalian? Lama tak ketemu. Tapi tak bermakna saya lupakan korang. So, this will be the latest update of myself. Ok. Seperti yang dijanjikan, dalam entry teaser sebelum ni. Selangkah sebelum menuju ke puncak kehidupan. Selangkah sebelum bergelar tulang rusuk kepada sang suami. Yup! Its my E-day ! Alhamdulillah.. saya telah menjadi tunangan orang.

So, ni sedikit sebanyak gambar2 di hari kejadian yang sempat di snap dari photographer2 terlebih tauliah (adik + kawan)


Ni family sebelah lelaki + family saya.. 

Rombongan pihak lelaki, abah & atuk..

DIY Baby blue Hantaran pihak perempuan untuk pihak lelaki. 

Orange theme hantaran pihak lelaki untuk pihak perempuan. Sukeee tart buah tu. belum ape2 lagi dah rembat makan.heee~


Sesi menyarung cincin oleh bakal MIL.


Bersama 'AJK rewang' Kak Ena & Sara yang sanggup dtg bermalam utk tolong2 setelkan last  touch up before majlis.

My adorable sistersssss!! Thanks korang sanggup datang jauh2.. siap bawak hadiah lagi.. :D

Dapat kiss dari my gojess sisters Nani & Ila! Tenkiu u ollsss! ^__^

With abah, ummi,atuk & nenek.



Luv both of the rings! SImple but yet mmg kene dgn taste sendirik..Memang sendirik yg pilih punnn.. :D

Jgn tak percaya semua bekas + bantal hantaran ni gubah sendiri.  Oh teruja dgn hasil gubahan sendirik! :p

Dengan hantaran pihak lelaki~ 


'Bibik' dan juga pengapit tak official.. Mane taknye, baju die dah same kaler dgn penunang. You overshadowing me tau tak? Eheh..gurau je..:p

My luvly DIY fresh flower handbouquet.. Suke suke sukeee! :)



And last but not least...





Doakan dipermudahkan urusan kami berdua ... (*_*)


Kat sini saya mengharapkan doa kalian2 supaya dikuatkan hati kami menempuh segala dugaan dan dipermudahkan urusan kami membina masjid. InsyaAllah.. :')


Sunday, October 14, 2012

Sunday, September 23, 2012

I'm SUPERWOMAN!

Assalamualaikum..

Yohoooo!! I'm back! Bajet ade orang nak rindu kau ke? Bajet retiss leteww~ =.='

Btw, Its been long time rite? Yeah, I admit that I was sooooo super super superr busy right now~

Every week/month, travelling KL-Jb KL- Jb..

And guess what, I'm just back from bandar meow2 (Kuching)  last 2 weeks, attending for presentation & conference ..

Last week, just done with my research progress presentation.. need some more depth studies.. urrgghh..

And for this week, will be at Jb again.. working for my research..

whats next?

Ohh.. I'm working hard preparing for the 'event' ~Alhamdulillah, everything have been settled. Just a lil bit touch up until the day. Pray for me dear ~ :')

InsyaAllah. will be updating more soon.. ^_^


Yeah! be strong Nisa! You can do it!! Gambate! :')



Friday, August 3, 2012

Bayangan telekung


Alkisah ceritera makcik2 di surau tadi..

Situasi 1
Makcik A: "Laa...aku bawak handbag rupanya, ingatkan bawak beg telekung.. patut la dr tadi cari2 telekung dlm beg ni tak jumpe..tula, kalut2 sangat td nak pegi surau, tersalah ambik beg.."

Situasi 2
Makcik B: "Tengok ni..boleh pulak aku dtg surau pakai telekung aje..kainnye tertinggal..hissyyy.."

Serius saya gelihati dgr rungutan makcik dalam dua2 situasi diatas.. Punye la semangat berkobar2 nak solat teraweh, sampai terlupa/termamai bwk telekung.. =)

p/s: Kamu dah solat teraweh?




Macam-macam


Pagi2 lagi saya dah online, sebab mata dah segar..Selalunya time2 macam ni mcam berat je nak buka mata.haha! So, sambil2 dengar radio, layan la borak dengan SimSimi. Siapa dia? SimSimi ni robot yang bercakap..haaaa..macam mane pulak dia bercakap kan? Konsep simsimi ni sama macam cleverbot, iaitu robot bercakap online, mcm chat/ym jugak la. Cuma dia adalah machine yg sangat intelligent, dan akan respons dengan jawapan2 yang agak..kelakar..kadang2 rasa mcm dia manusia jugak sebab macam memahami kita. :p Sape2 yang macam forever alone, boleh lah menggeletek kan hati dgn chat dgn simsimi ni. dah la comel, sejuk je ati nak borak2 dgn dia.


hihi. acane tu? uzur tapi puasa eh? 





yang first tu macam sejuk je hati dia bagi nasihat mcm tu. Tapi yang second tu, dah start mengarut. haha!
Memang sesuai time tensen2 layan simsimi ni. Release jugak la stress sikit bila baca respons2 dia yg gelihati gitu. :D
 So, kalau rasa nak try borak dgn cik simsimi yang comel lagi kiut ni, boleh la bukak website 

Akhir kata, belum terlewat lagi kan nak ucap Salam Ramadhan untuk semua. Semoga  kita semua dapat pertingkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini.Ameen!

Sunday, July 22, 2012

Something between U and S.. US~

Bukan nak mengungkit, tp setiap kali teringat, hati terasa sakit..


Bila bertentang mata, evrything is right..


tapi di sebalik setiap kalimat..


tersimpul satu maksud tersirat..


hanya Allah yg tahu mcm mana hati ni terasa dilumat-lumat..


Adakah sebab diri ini terlalu menyimpan emosi sangat?


Dianggap kebal perasaan sepanjang hayat..


Padahal hati serapuh kaca, yang tak bisa dirawat dengan sebarang ubat..


Entahlah sampai bila hati asyik tersayat..


Berdoa semoga Allah beri 'hati' yang lebih KUAT.. :')
 

Salam Ramadhan

 


Salam Ramadhan..

Bersama kita menghayati dan memperbaiki diri dgn mengejar sebanyak mungkin pahala beribadah di bulan mulia ini.

(^_^)

 

Tuesday, July 3, 2012

Bunga2 cinta di Floria Putrajaya 2012






Malas nak cite panjang. Tengok tajuk pun korang dah tau saye nak post entry tentang ape kan? Secara keseluruhan, sangat sangat sangattttt tak puas tengok bunga2 yang cantek2 banget kat sana. Rasa nak angkut semua bunga2 tu letak kat laman rumah, atau hias bilik ke. Excited tengok bunga2 yang selalu tengok secara 'plastik' je, tapi kali ni realllllllll punyer. Terubat hati yang sedang duka lara bila tengok munga2 banyak2 ni.. Cakap banyak pun tak guna. Jom cekidaut pic munga2 cinta  yang sempat di snap! ^____^




Bunga2 kecik disusun memenuhi kura2, octopus, ikan nemo dll.. sangat superrbb okeh! :)

Hiasan untuk hantaran

Hiasan untuk..pelamin mungkin? cantik kan kalau buat utk garden wedding~ :)







Jangan ingat ade bunga je..mentadak pon ade tau.. :D







Moning moning glory united! :p


Pink lilly yg sangat gojesssss!!

Actually ade lagi pic munga2 yang tak haplod kat sini. Tapi memandangkan Cik Puan Teratak ni yang banyak melaram dalam pic bunga2, tak jadi nak haplod. haha! Btw, kalau sape2 yang nak pergi, Pesta bunga ni still ada lagi sampai hujung minggu ni. Boleh la ajak kawan2 atau family pegi sane. Masuk percuma tapi kalau korang nak beli bunga2 kat situ, of course la kene bayo la kan.. sape nak bagi free?? =P

Cuma yang tak bestnya, bila orang ramai kat sane, nak ambik gambar dgn bunga dah jadi tak best. Nak tangkap gambar bunga, ada pulak bapak bunga  orang, mak orang, kawan2 orang, manusia2 orang *errrkkk! .. Yelaa jadi tak best sebab ade pulak gambar orang lain mencelah2 kat bunga kan. Tapi, usaha kan lif kejayaan.  Pandai2 la nyelit2 & cari angle yang mantap ye! Selamat berfloria :)

Monday, June 25, 2012

Keliru? Jalan terus atau u-turn?


Memang susah nak melontarkan rasa pedih dalam hati. Terguris dalam jiwa. Itu belum dikira tekanan perasaan, emosi. Setiap kali terfikir, dan setiap kali tu juga menimbang tara keputusan yang patut dibuat.

Keliru.

Patutkah memilih jalan itu? Atau perlukah saya meneruskan perjalanan yang sedia terbentang?

Dua2 perlu diukur dari segi rasional. keputusan harus diambil kira dari pelbagai sudut. Berat untuk memilih dan membuat keputusan.. Kerana setiap keputusan yang bakal dibuat akan memberikan impak yang besar. Terutamanya pada diri sendiri. Masa hadapan. Entahlah. Sekian lama perkara ini bermain-main dalam kotak fikiran. Kadang-kadang terasa hilang punca. Selalu mempersoalkan kenapa..bagaimana.. kalaulah.. urrggghhh!

Tekanan.

Orang sekeliling mungkin tak pernah sedar segala rintangan yang dilalui. Segala kepahitan yang sedang dirasai. Pandangan mereka hanya berkisar pada luaran semata-mata. Bagi mereka, perjalanan saya sangat mudah. Sangat teratur. Tapi tahukah mereka, setiap hari diri ini sentiasa berperang dengan hati dan emosi ?

Bibir melakar senyuman, tapi hati meraung keperitan. Jika diturutkan perasaan, sudah lama diri ini kecundang. Tapi akal masih waras. Fizikal masih kuat bertahan.  masih boleh melawan anasir2 yang cuba mengganggu matlamat yang disasarkan sejak awal.


Tapi, sampai bila? Sampai bila diri ini boleh bertahan? Adakah hati ini boleh menjadi perisai yang kebal melawan setiap bisikan-bisikan nakal itu?

Atau

Harus membuat U-turn kearah destinasi lain yang mungkin menjanjikan 'maksud hidup' yang lebih baik.

Siapa tahu?

 p/s: Maaf. Entry kali ini berbaur emosi .. Penulis mengalami ketidakstabilan emosi yang maha kritikal.

Monday, June 4, 2012

Suara hati




Santapan diri di tengahari. Buat renungan 'kamu' dan juga ingatan utk diri sendiri.


Kadang-kadang memang kita tak sedar kita telah membuat orang di sekeliling terluka. Terluka dengan sikap kita. Terluka dengan kata-kata kita. Dan kadang kadang kita tak sedar yang sikap & kata-kata itu membuatkan mereka menyisihkan kita. Satu persatu. Kita tak sedar. Sehingga sampai satu masa di mana kita tersedar yang mereka tiada lagi di sisi kita, di saat kita perlukan mereka. Saat itu, baru kita terfikir akan kekhilafan diri kita di masa lalu. Jangan gundah, masih ada peluang dan ruang untuk menebus kekhilafan itu. Ya, masih ada!