Perlu ke hapdet status fb setiap jam,minit dan saat?
Perlu ke buat status fb yang emo2 plus perli orang yang kita tak suka dengan harapan 'dia' akan baca dan tau ape yang kita tak suka pasal dia?
Perlu ke buat luahan perasaan panjang berjela dekat status fb dengan harapan satu dunia tau kau ade masalah dgn si polan + kawan2 join sekaki komen kat status tu?
Amaran: Statement di atas takde kena mengena dengan siapa2 tok nenek sepupu sepapat samada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Kalau ade sape2 yang terasa atau dirasa2 hatinya, sila buang perasa tambahan tesebut. Sekian. peaceNoWar! ^_^
Entry ni di post sebab saye sendiri kadang2 konfius dengan situasi2 macam statement kat atas tu. Yelah, kadang2 dalam hidup kita ni memang lah ade je perkara yang tak mampu nk puaskan hati semua orang kan? Tapi, perlu atau tak sebenarnya post2 status yang ber'emosi' macam tu?
Actually, benda2 macam ni kita boleh fikir secara rasional. Ape kesan nya? Ape akibatnya pada orang sekeliling? Kadang2 tu kita terus je bertindak tanpa berfikir. Saye pon bukanlah seorang yang perfect segala segi.Yelah, kita ni kadang2 tak sedar diri kita diuji dan saye pon tak terlepas dari perkara2 yang membabitkan hati dan perasaan ni. Tapi, same2 lah kita saling ingat2 kan kawan2 mane yang baik, mane yang buruk.
Contohnya, kita tak puas hati dengan sape2, then pakat nak sembur je terus kat status fb. Perkara2 macam ni sedikit sebanyak dah mencalar personaliti diri kita sendirik. yela, selama ni kita dikenali dengan karakter yang positif then bila terjadi perkara2 yang emo macam ni, agak2 apa pandangan orang kat sekeliling kita?
Sebagai contoh, seorang pekerja ofis, si P ni, nampak baik je sepanjang kat ofis. tapi bile kat fb, macam2 carutan + maki2 orang tak tentu pasal. Cuba kalo bos dia baca status tu,agak2 macam mana pandangan bos tu terhadap personaliti si P?
Then, cuba fikir jugak. Bila kita dah post status berbaur amarah + ketidakpuashatian macam tu, tak ke macam kita dah mengaibkan saudara kita sendiri? Maksud 'aib' yang saye maksudkan ni,macam ni. Contohnya si A tak puas hati dengan si B dan si A pon post status2 yang boleh menggambarkan karakter2 si B.
Contohnya, " geramnya aku ade room8 yang panjang tangan ni. Jam tangan ESPIRIT aku dh ilanggg!! Habis almari aku dia selongkar!! Gerammmm!!"
See? Bila tengok status macam tu orang2 sekeliling akan tau la siapa yang dimaksudkan tu. Lagi2 bila orang2 lain sebenarnya tak pernah tau tentang perangai si B yang 'panjang tangan' tu. So, perkara ni dah mengaibkan nama si B tu sendiri. Biarlah kita sorang je yang tau perangai buruk seseorang tu. Tak perlu lah nak mengaibkan dia sehingga satu dunia tahu. Tak baik tau. Nanti kat akhirat Allah buka semua keaiban kita kat dunia ni depan orang lain. Lagi malu. Nak ke?
Maybe ade yang kate, ape salah nye kite post status2 emo macam tu. Yelah,boleh tegur perangai dia secara indirect. Tapi bagi saye, nak tegur someone, perlu ada caranya jugak. Nak menegur biar dengan cara yang berhikmah, ye dak? Terserah la pada korang. Ni semua hanya pendapat saye semata2. No offense k. Bagi korang pulak macam mane? feel free to drop ur comment here guys. Babaii~ ^__^
5 comments:
pada sy tak perlu nak emo2 sgt dlm fb...kdg2 tak paham jugak kenapalah setiapmsaat..setiap minit berupdate status fb tuh...huhuh.......
bukan nak cakap apa la kan. bila dorang buat camtu,nampak beno la tak matangnye. melempiaskan amarah dengan status yang 'woww garang macam mak nenek belakang ghumah aku'. serius. nampak sangat tak matang. dan mengaibkan si mangsa juga. so so and so,manfaatkan lah pesbuk anda dengan sebaeknyeee ^^
hihi..betoi2...tak payah la nak kutuk mutuk org dalam fb..sound direct lagi berkesan kan..ckp secara berhemah, insyaAllah akan faham..=)
@anna lepak: kan? kdg2 tu mmg mcm annoying jgk asek tgk bderet2 update status. Ape la salahnye pg update status kat twitter ke, xde sape annoying.. =)
@nadya:yup3! manfaatkan lah 'buku muka' ituhh dgn sebaiknyerrr~ btw, i really miss ur belog lah darling.. bg la ur new blog url..huu~
@putri alam: tula.. any prob ckp je direct trus dgn cara yg betul..x pyh nk expose2 kt fb.. makin pjg pulak ceritanya nnti..
betul tu klu tak puas hati pi sound direct kt inbox dia..tak de siapa tau..hnya anda & org itu shja..klu ye pun blh tukr style luahkn perasaan tu cth kes jam tgn hilang..mybe leh wt announcement, sapa2 yg jumpa atau terambik jam tgn jenama sekian sekian, rupa sekian sekian, sila pulangkan kembali pada tuannya..or leh tmbh sikit, ikut hukum hudud sapa mencuri leh ptong tgn ni.. nmpk lbh bijak & berhikmah..
klu nk update status lbh baik kongsikan kata2 hikmah dr para ilmuwan..atau petikan ayt quran & hadis, lbh bermanfaat kn.
Post a Comment