Thursday, January 27, 2011

bukan untuk kurus, tapi SIHAT..

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak.

Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.

Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda

boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.

Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.

Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran.

Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan peru t , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i.Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk

beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif.

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.

Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini

dapat mencantik dan merampingkan peha.


kredit to:nabila humaira


p/s:hargailah nikmat sihat..kerana kite akan sangat2 menghargainya apabila kite..sakit~ ^___^

Monday, January 17, 2011

jatuh cinta pandang pertama..again!


orang selalu kate,jatuh cinta pandang pertama.
tapi saye,jatuh cinta makan asek nak termakan2 aje..
ouhh..
jatuh cinta dengan donuts kat sini..


Welcome to JCo!!!





Donuts yang sangat lembutttttt + sodappppp~~!!!





Strawberry Yogurt Freeze yang sangattt awesome~



T___T



.semua pic ihsan dari prof google.



p/s:selalu buat sye merajuk eh?xpe..senang je nak pujuk..dah ade solution kat atas ni..
heee ^__^




Sunday, January 16, 2011

Sile jangan bace entry ni~~



Semalam saye pegi buat Body Detoxification + Eye treatment dekat Mary Chia ..Mary Chia ni dah 28 years experience dalam bidang slim dan beauty..HQ Mary Chia ni dekat Singapore dan diorang ni baru je bertapak kat Malaysia 3 tahun..So semalam saye pegi outlet die yg based dekat Pavilion KL..

Tempat ni sangat2 menarik dan service die very da tip top! harga service dia pon,TIP TOP la jugak kan.. Tapi memandangkan saye ahli Groupsmore ,so dapat la diskaun banyak~ Actually treatment yang saye buat ni ,kalo ikut harga asal RM33o,tapi saye bayar HANYA RM 49 jerrrrrr~~!!!! Sangat3 berbaloi kan?~ ^___^

2 jam kat dalam spa ni,memang sangat2 satisfied dengan service dia..Sebelum tu,beauty consultant die ade la consult macam mane nak jage pemakanan harian,ape yang menyumbangkan toksin dalam badan kite n etc lah..

Ok.Korang semua mesti nak tau macam mane saye boleh jadi ahli Groupsmore dan dapat diskaun yg sangatttttttttt hebat ni kan?Boleh klik kat sana ======>>GROUPSMORE

kat situ korang boleh bace apa tu Groupsmore,n bla..bla.. dan boleh register jadi ahli kalo teruja nak dapat diskaun n promotion macam yang saye dapat tu~~ ^___^

Actually groupsmore ni adde macam2 promotion tak kire dari segi produk,makanan,tempat percutian,beauty n health n macam2 lagi...

So,tunggu ape lagi??Cepat2 daftar GROUPSMORE!!!!~~
(^_~)

p/s: Ouhh..terbayang2 Donuts yang lembut dan Freeze Strawberry Yogurt di JCo !!!~~sangat2 mabelesssss!!~~ T__T

Friday, January 14, 2011

Si debot~


terbayang2 lagi gelagat anak buah gurlfren saye iLa,si Farisya ~
dengan ketembaman nye yg sangat3 ..
rase nak geget2 pipi dierr!!!~~
ditambah2 dengan gelagat die yang baru mendapat 'kaki',,
memang tak duduk diam~
eeeiiiii..
geram sangat tengok dierr~
@_@

teringat2 die menari2 gerak2 kan badan sambil dengar lagu dari 'kukkuu'..
kukkuu si ayam mainan yang akan berbunyi2 lagu bile dipicit button nyerr..
pastu si debot ni jugak sangat bijak sebab sangat cepat pikap utk meniru gaye2 orang yang die tengok..
cite banyak pon tak gune..
meh layan kesomelan dan ketemboman si debotttttttt~~!!
^__^




ok.dah2..
tak boleh letak pic die banyak2..
nanti korang sumer ngigau malam2..
hehe~~
tiut kan dierr?~
^__^

so sape yang pasang angan2 nak culik dierr,
sile simpan saje angan2 kamu sebab atuk die seorang polis!
tak pasai2 korang masuk lokap kang~~!
[motippp????]
=p

Thursday, January 13, 2011

comelnye adek ni..

Ok.saye x tau nak cakap mcm mane.Layan je la ceritera berepisod ni..

Episod 1

Perbualan di antara saye dan my 'other half ' (MOH) ..


MOH:hemm..awk ni macam budak2 la..dah la kecik comel je..Bile jalan same2 rase mcm jalan dengan adek je..

Saye: Biasela..Saye kan awet muda.. ^__^
(dalam hati:Urrggghhhh!!nampak tak matured sangat ke aku neh??huuu~~)


Episod 2

Perbualan antara saye dan sorang coursemate lelaki (H) time malam AJL 25.

Saye:ko tak layan AJL ke?

H:aku baru nak tanyer ko sape menang~

Saye:Aku tak tgk..Kat bilik ni..Kalo nak tengok kene pegi foyer atau kafe..Malas la,mesti ramai punyer..

H:la...dtg la bilik aku..blok aku ada astro....hahahahahahaha

Saye:laa..nape tak bagitau..Kalo tau tadi,aku dtg tgk kat blok ko je..Tapi,takut budak blok ko tenyeh2 mate tengok bidadari mane turun dari syurga nak tgk AJL ni..haha!!

H:saper bidadari????konfiusss...

Saye:aku tak cukup anggun ke jadi bidadari?hohoho~

H:saper? kau? hahahahahahahahahahaaha...aku takut jiran bilik aku tanya "wei! asal kau bawak adik datang sini? dtg melawat eh?" hahahaha!!

T_T


Ok.Fullstop.

p/s:Saye nampak macam budak2 sangat ke??huuu~~



Sunday, January 9, 2011

sayang..jom kawen~

when sumbody keep asking or telling u bout MARRIAGE,
u can simply answer it nonsense~
but when the 'sumbody' is ur ABAH itself..................
*answer it urself*


p/s: ya Allah..permudahkanlah jalan KAMI...Aminn~~

T__T

manis.mulut



ouhh..
tibe2 terase nak makan manis2 lagi..
terbayang satu benda jerr..


pic ihsan dari prof google~

okehh~~!
mari menuju ke daporr~~
^__^

Saturday, January 8, 2011

pray for him..

jam menunjukkan 12.04 tengah ari..
pada mase ni adek saye Abu Zar akan menjalani operation dkt Kajang Plaza Medical Centre..
Kat sini saye mohon pada semua readers @ followers untuk mendoakan yg terbaek utk adek saye supaye sembuh seperti sediakala..
Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua..
InsyaAllah..
T__T

Thursday, January 6, 2011

done!

proposal tesis dah siap~!
esok nk submit~
nak pegi binding jap~~!!
babaii~
(^_~)

Wednesday, January 5, 2011

.kesukaan .sangat2.



ouh..hari2 yang berlalu terasa sangat indah bile 'pojaan ati' saye muncul di fb..
die tersangat2 la bz skarang..
so sgt rare nak nampak update die kat fb..
then bile die berjaye menghapdetkan diri di fb,
saye tak akan terkecuali utk tinggalkan tapak kaki saye..
eh silap,tinggalkan jejak saye di page die..
^__^

siapakah gerangan pojaan ati ku ituhh????



ouhh..
kesukaan.ke'admire'an.kekaguman.
sangaaaaaattttttttttttttttt~~~~!!!
(^_^)

p/s:kalo jenjalan kt tempat artis2 slalu hang-out,selalu sedapkan ati kot2 tibe2 terkejumpaan pojaan ati saye ni..terkesukaan..terkontek2an..then,terbecintaan..oooppssss!!~~

berangan jela ko Nisa!!!
T_T


Tuesday, January 4, 2011

unchained melody

Lonely rivers flow to the sea, to the sea
To the open arms of the sea, yeah
Lonely rivers sigh, wait for me, wait for me
I'll be coming home, wait for me

Oh, my love, my darling

I've hungered for your touch
A long, lonely time

And time goes by so slowly

And time can do so much
Are you still mine?

I need your love

I, oh I need your love
God speed your love to me

Lonely rivers flow to the sea, to the sea

To the open arms of the sea, yeah
Lonely rivers sigh, wait for me, wait for me
I'll be coming home, wait for me

Oh, my love, my darling

I've hungered, hungered for your touch
A long, lonely time

And time goes by so slowly

And time can do so much
Are you still mine?

I need your love

I, oh I need your love
God speed your love to me

Monday, January 3, 2011

I CAN'T HELP FALLING IN LOVE WITH YOU

Wise men say only fools rush in
But I can't help falling in love with you
Shall I stay
Would it be a sin
If I can't help falling in love with you

Like a river flows surely to the sea
Darling so it goes
Some things are meant to be
Take my hand, take my whole life too
For I can't help falling in love with you

Like a river flows surely to the sea
Darling so it goes
Some things are meant to be
Take my hand, take my whole life too
For I can't help falling in love with you

p/s: what r u doin now dear?
sumbody is missing you...
T_T

Sunday, January 2, 2011

sepraissssss!!!~~

salam..
baru je balik dinner wit my kesayangan lalink hyeda, Azani & iLa..
plan asal nk dinner same2 selase malam sebab saye tgh busy buat proposal tesis..
tapi memandangkan saye sgt memerlukan kereleasan tensen,m2a terjadi lah dinner ni td..

saye dtg awal di kafe uo untuk order,takut nanti ramai sgt nk tggu order lame.
Cadang saye nak spent kejap dgn diorang then balik bilik cpat nak wat proposal.
Then,Azani pulak datang ...Sambil2 tunggu hyeda n iLa dtg,kitorg borak jap ~

Pastu,ternampak kelibat bulan iLa [oopppsss~~!! jgn mara ye cik dahan~~ =)] dan hyeda..
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~
ade sumting di tangan hyeda yang membuat saye curious~~
Hyeda dtg bawak beg kek secret recipe!!

OMG!!
nak sambut burfday sape plak ni??
Bezday masing2 sume da lepas..
Oh..semangat curiousity saye semakin tinggi yerr..
Pastu bile saye tanye, masing2 sume wat muke konon2 x tawu ape2 ~
=_=

Kitorang borak2 + makan2 yang dah di order..
then bile dah abis makan,baru tuka tempat cari port kat luar cafe nak bukak kek~
Bile dah bukak kotak kek...............................



TADAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!

*pic agak kekurangan kejelasan sbb diambil menggunakan kamera hp 'mahal' saye..


tak tahu ape name kek tu tapi rasa die bole tahan sedap ..
ade lapisan blueberry,cream cheese pastu ade buah..
tak tahu buah ape tapi rasenye mcm buah prune kot..
[ni la namenye tau makan je ,tak tahu name kek!]

ni pulak kerenah kitorang tyme before,semasa n after makan..
LAYAAAAANNNNN~~


*kek kat pinggan tu ila punyer makan x abesss~ =p



*ecececehh manje2 plak diorang ni..cumell~~ ^__^



*muke hyeda da perabes 1st round~



*giliran saye plak 2nd round..colet sket tu pon dikire 2nd round jgk kan??hihi







*sume da x larat nak perabes kek..ok simpan utk esokk!~

^__^


thanx a lot korang~~~!!
sangat2 terharuuuuuuu~~

T_T

sebab ni 1st time celebrate mcm ni dgn kawan2..
penah la dlu kecik2 celebrate dgn kawan2 kelas time darjah 3 kot..
tapi bile dah besar ni,dah lame x celebrate mcm ni dgn kawan2..
thanx again guyz~~!!
cyg korang ketat2~~
mmuuuaahhhh!!!~

tapi terasa jgk kekurangan sebab x cukup korum lagi sorang geng kitorang ..
lalink orennnnn~~~!!!
xpe2,pasni kite set tempat honeymoon same2,kali ni saye mesti join sbb aritu diorang honeymoon pegi pangkor saye x dpt ikuttt..
sob..sob..
T_T'

ok la..
babai korang..
nak siapkan keje~
^_^

p/s:still x tahu siapa yang sponsor beli kek tuhh...huu~~

=_='

ketidaksukaan

ok..
dah tukar template baru..
tapiiiiiiiiiiii...
lupe nak save n download template sebelum ni..
jadinye saye dah hilang kan yg template b4 dis...
sob..sob..

template baru ni...comel...
tapi mcm krg kemas la..
bile nak edit dkt layout,tak boleh plak..
uhuuu~~

xpe2..
dah la skarang ni saye agak take time nak jengah2 blog..
alamatnye lambat lagi la nak betulkan layout ni..
T_T

Saturday, January 1, 2011

say babai n hello~

gudbye 2010..
byk cerita suka duka tawa ria pahit manis di tahun ini..
yang lepas,biarlah lepas..
yg baik jadikan teladan,yg buruk jadikan sempadan..
semoga apa yang berlaku di tahun ini memberikan 1001 makna dalam hidup ini..

hello 2011..
ape azam tahun baru anda?
walau ape pon azam nye,semoga semua nya dapat dilaksanakan dgn semangat yang jitu~
(n_n)
sangat neves melangkah ke tahun ini..
sebab?
tahun ni merupakan tahun akhir pengajian saye dan juga semester akhir saye di ukm..
semoga tahun baru ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik2 nya..
insyaAllah..
(^_~)

Welcum 2011~~!!!

jelesnye dierr~~

ok..
die sgt jeles ngn saye yerr..
dengki jgk kot~
sape dierr???
jeng..jeng..jeng..


MASA!!
ya!!
die sgt jeles dgn saye..
sampai sy nk update blog x nyempat2..
x tau la knape..
bile nk update je,ade je bende laen yg terpaksa didahulukan..
so,utk mase skang ni,sy terpakse postpone jap cite yg saye hutang dgn korang dlm entry seblum ni..

Untuk pengetahuan korang,sem baru ni saye akan bz dgn projek semester akhir atau FYP (Final year project)...
kalau fakulti lain panggil tesis..
Lebih kurang la..
so, skarang saye tgh busy utk buat projek proposal..
Adussss~~
Tengah penin nak wat tajuk ape..
Ingat nk sambung wat sistem tyme LI dulu..
tapi nak kene pikir untuk advance kan lagi function2 die la..
Baru week 2,tapi dah terasa kebahangan busy membuat projek..
Dah la subjek laen pon de projek jgk lagikk..
Dush3!!
rase nk lempang + tumbuk2 dinding konkrit bilik nihhh~~!!!


Ade sape2 volunteer nak tolong saye wat projek,sile angkat jari kaki!!!!
=p


p/s:alone kat ukm..org laen yg umah jauh2 balik bercuti sempena new year,awak sorang2 kat kolej perah otak utk proposal tesis ,x blk umah even umah dkat sekangkang kera je..
sob..sob

T_T