Tuesday, June 23, 2015

Bundle of joy!


Assalamualaikum..

fuhh fuhhh..memang bersawang wang wang teratak ni. Tebal dah habuk. Kekonon dari dulu nak merajinkan diri update belog, tapi kesibukan kerja tak mengizinkan saya nak bermanja manja dengan belog ni. Tambahan pulak dah jarang bukak laptop kat rumah. harapkan mengadap laptop masa kat ofis jer, tapi tu pun memang komited la konon tak sempat nak bukak menatang belog ni. 

So, back to the topic. Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan zuriat pertama saya & encik superman pada 12 April 2015 yang lepas. Its a boy! Welcome to the world Amsyar Zarif sayang...semoga membesar menjadi anak yang soleh ye. 😊



Masih terbayang bayang lagi suasana masa nak bersalin haritu. InsyaAllah saya akan kongsi pengalaman bersalin di post akan datang. Jumpa lagi k!

Monday, October 6, 2014

Rezeki & Anugerah

Rezeki.

Yang dinanti.

Kadang-kadang bila kita meminta, 

mungkin belum masanya untuk Allah memberi.

Tapi bila kita menggapai redha dan berserah sebagai asas tunjang diri, 

rezeki akan datang tanpa diduga.

Alhamdulillah.

Untuk ANUGERAH TERINDAH ini.

^____^

Monday, July 14, 2014

Nak jauh dari encik M??

Assalamualaikum..

Doa ini boleh diamalkan untuk mengelakkan diri daripada sifat M besarrr. MALAS. Juga bagus diamalkan bagi dijauhi dari perasaan sedih, lemah, takut dan hutang piutang. Actually kalau perasan,doa ini ada dalam Ma'thurat. Dulu time zaman sekolah duduk asrama memang tiap2 petang baca Ma'thurat ni beramai-ramai di Musolla asrama. Sampai boleh hafal keseluruhan isi Ma'thurat ni. Tapi itulah, nak istiqamah baca tu yg kena pupuk dalam diri. Moga-moga kita semua dikuatkan hati untuk jadikan sebagai amalan harian. :)


Sunday, July 13, 2014

New Month

Assalamualaikum..

Asyik derhaka je kat belog ni. Kata nak update, tapi lama pulak menyepi yeee. Haha. Forgive me. Anyway, memang ada je benda nak update kat sini, tapi mengenangkan nak kena buka laptop, on windows, pastu login blogger..bla..bla.. Terus terbantut nak update.

Saya mencari-cari jugak apps blogger yang sesuai untuk update blog direct dari phone. Tapi semua macam tak kena dengan jiwa. Format dan setting apps yang tak user-friendly. So, memang tak berupdate lah sampai ke sudah.. Sampai kerajinan menguasai diri untuk on lappy, then baru update la.. Time tu cerita pun dah basiiiiiii..hehe
Selfie with my MIL di Bukit Tinggi

Alhamdulillah.. New month. New Job. Sekarang ni saya dah bekerja. Baru je start kerja awal Julai hari tu. Still working in IT industry tapi job scope saya takde la ngadap benda2 teknikal IT. Lebih kepada Project Management. Ofis di Cyberjaya. Memandangkan sekarang ni ada projek dengan sebuah agensi kerajaan, maka nya saya pun duduk kat opis kerajaan tu kat Putrajaya. Tak lah jauh sangat dari Kajang. Dan memang masa apply keje dulu, memang berharap dpt area putrajaya/cyberjaya instead of KL. Dah muak ngadap jem KL almost 3 tahun. So nak beralih arah tempat yg 'clear' sikit.

Kerja so far so good. Kawan-kawan pun ok. Bos pun baik. Suasana kerja pun best. Seronok. Hopefully semuanya baik-baik aja.

Ok. Till then. Mata dah ngantokkkk.

Sambung next entry.

Salam :)

Friday, May 30, 2014

Short escape!

Cuti sekolah dah start!

Lets short escape!

Okey, will update more soon.

(^_^)