Sunday, July 13, 2014

New Month

Assalamualaikum..

Asyik derhaka je kat belog ni. Kata nak update, tapi lama pulak menyepi yeee. Haha. Forgive me. Anyway, memang ada je benda nak update kat sini, tapi mengenangkan nak kena buka laptop, on windows, pastu login blogger..bla..bla.. Terus terbantut nak update.

Saya mencari-cari jugak apps blogger yang sesuai untuk update blog direct dari phone. Tapi semua macam tak kena dengan jiwa. Format dan setting apps yang tak user-friendly. So, memang tak berupdate lah sampai ke sudah.. Sampai kerajinan menguasai diri untuk on lappy, then baru update la.. Time tu cerita pun dah basiiiiiii..hehe
Selfie with my MIL di Bukit Tinggi

Alhamdulillah.. New month. New Job. Sekarang ni saya dah bekerja. Baru je start kerja awal Julai hari tu. Still working in IT industry tapi job scope saya takde la ngadap benda2 teknikal IT. Lebih kepada Project Management. Ofis di Cyberjaya. Memandangkan sekarang ni ada projek dengan sebuah agensi kerajaan, maka nya saya pun duduk kat opis kerajaan tu kat Putrajaya. Tak lah jauh sangat dari Kajang. Dan memang masa apply keje dulu, memang berharap dpt area putrajaya/cyberjaya instead of KL. Dah muak ngadap jem KL almost 3 tahun. So nak beralih arah tempat yg 'clear' sikit.

Kerja so far so good. Kawan-kawan pun ok. Bos pun baik. Suasana kerja pun best. Seronok. Hopefully semuanya baik-baik aja.

Ok. Till then. Mata dah ngantokkkk.

Sambung next entry.

Salam :)

No comments: