Thursday, July 18, 2013

Antibodi lemah

Assalamualaikum..

Beberapa bulan kebelakangan ni, antibodi sangat lemah. 
Asyik kena penyakit tiga serangkai je.
Batuk, selsema, demam.
Bila stress je demam.
Bila banyak keje je demam.
Bila kena hujan sikit je demam.
Bila terlebih sejuk duduk dalam aircond pon boleh demam.

Rasanya sebab dah lama tak buat aktiviti2 meregangkan badan dan penyingkiran peluh.
So badan pun jadi lomaaahhhh je la hai.
kalau dulu masa aktif silat, lari berapa round padang tak kisah.
Bertendang, bertumbuk, tergolek kat padang pun still maintain je tak sakit.
Pastu buat regangan badan.
Badan pun rasa fresh je.
Sekarang ni dah lama tak bersilat tu yang badan lembik je.
Adehh..

Nak kena start balik aktiviti2 yg berpeluh ni.
Bagi badan fit balik macam dulu.
Pegi jog kat tasik celaka cempaka bangi ke..
Panjat Broga ke..
Anyone nak join?
Jom!


p/s: Masa kat jepun tenaga banyak. kemana2 hanya jalan kaki saje tanpa mengeluh. Balik Malaysia ngengade nak drive ajer kalo boleh nak park sampai masuk bangunan fakulti. Punyela malasssss nak jalan. =.=

2 comments:

Haidah Hyedah said...

broga pelish! :P

nisachik said...

yukk! nak kene plan nihh..hehe