Monday, June 25, 2012
Keliru? Jalan terus atau u-turn?
Memang susah nak melontarkan rasa pedih dalam hati. Terguris dalam jiwa. Itu belum dikira tekanan perasaan, emosi. Setiap kali terfikir, dan setiap kali tu juga menimbang tara keputusan yang patut dibuat.
Keliru.
Patutkah memilih jalan itu? Atau perlukah saya meneruskan perjalanan yang sedia terbentang?
Dua2 perlu diukur dari segi rasional. keputusan harus diambil kira dari pelbagai sudut. Berat untuk memilih dan membuat keputusan.. Kerana setiap keputusan yang bakal dibuat akan memberikan impak yang besar. Terutamanya pada diri sendiri. Masa hadapan. Entahlah. Sekian lama perkara ini bermain-main dalam kotak fikiran. Kadang-kadang terasa hilang punca. Selalu mempersoalkan kenapa..bagaimana.. kalaulah.. urrggghhh!
Tekanan.
Orang sekeliling mungkin tak pernah sedar segala rintangan yang dilalui. Segala kepahitan yang sedang dirasai. Pandangan mereka hanya berkisar pada luaran semata-mata. Bagi mereka, perjalanan saya sangat mudah. Sangat teratur. Tapi tahukah mereka, setiap hari diri ini sentiasa berperang dengan hati dan emosi ?
Bibir melakar senyuman, tapi hati meraung keperitan. Jika diturutkan perasaan, sudah lama diri ini kecundang. Tapi akal masih waras. Fizikal masih kuat bertahan. masih boleh melawan anasir2 yang cuba mengganggu matlamat yang disasarkan sejak awal.
Tapi, sampai bila? Sampai bila diri ini boleh bertahan? Adakah hati ini boleh menjadi perisai yang kebal melawan setiap bisikan-bisikan nakal itu?
Atau
Harus membuat U-turn kearah destinasi lain yang mungkin menjanjikan 'maksud hidup' yang lebih baik.
Siapa tahu?
p/s: Maaf. Entry kali ini berbaur emosi .. Penulis mengalami ketidakstabilan emosi yang maha kritikal.
Monday, June 4, 2012
Suara hati
Santapan diri di tengahari. Buat renungan 'kamu' dan juga ingatan utk diri sendiri.
Kadang-kadang memang kita tak sedar kita telah membuat orang di sekeliling terluka. Terluka dengan sikap kita. Terluka dengan kata-kata kita. Dan kadang kadang kita tak sedar yang sikap & kata-kata itu membuatkan mereka menyisihkan kita. Satu persatu. Kita tak sedar. Sehingga sampai satu masa di mana kita tersedar yang mereka tiada lagi di sisi kita, di saat kita perlukan mereka. Saat itu, baru kita terfikir akan kekhilafan diri kita di masa lalu. Jangan gundah, masih ada peluang dan ruang untuk menebus kekhilafan itu. Ya, masih ada!
Subscribe to:
Posts (Atom)