Saturday, January 21, 2012

Kegemaran

 
Tiba2 rasa teringin nak makan masak tempoyak ikan patin. Kalau saya masak, saya suka letak cili padi banyak2, bagi pedas menggila. I like! Pastu, bila dah abes makan, saya akan jadi orang paling last tinggalkan meja makan sebab nak hirup perabeh kuah masak tempoyak tu. Mabelesss! ^_^

Dah lame tak masak lauk ni, ingat2 lupa je resepi nye. Terus search kat pacik Google. Pada sape2 yang nak jugak resepi masak tempoyak ikan patin ni, boleh tengok kat bawah ni ok?

Resepi masak tempoyak Ikan Patin

Sumber pacik Google


  • 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1/2 inci kunyit (tumbuk)
  • 13 biji cilipadi (tumbuk)
  • 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
  • 1 mangkuk kecik tempoyak
  • daun kesom seikat
  • air secukupnya
  • ikan patin sederhana besar 
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi. 
  2. Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
  3. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
  4. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
  5. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
  6. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
  7. Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
  8. Kemudian boleh di hidang.
  9. P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak.ok?

     Sumber

    So, apelagi? Jom masak! =)

No comments: