Friday, December 30, 2011

Imbau kenangan.

Salam..

Malam Sabtu minggu lepas, sehari sebelum krismas, alumni sekolah saya organize satu dinner untuk para alumni. Then, saya dan membe2 kamceng sekolah dulu plan nak attend dinner tu. Even kene la jugak bayar kalau nak attend, tapi kitorang sanggup sebab dah lame kot tak open table same2 kan.

Even time pegi kenduri kawen membe2 sekolah pon, bukannye selalu dapat jumpa sekaligus. Ade yang datang awal, ade yang dtg kemudian. Timing masing2 dtg kenduri tak sama. So, bile ade event macam ni, baru la terkinja2 datang nak jumpa geng.

Beberapa minggu sebelum tu, otai kitorang Sazoh yang bertungkus lumus paksa menginvite kitorang utk join dinner ni. Punye gigih dia nak kumpul geng kitorang nak open table sekali tu. memang tabik spring la dengan dia sampai kan kitorang punye group chat kat fb berderet2 panjang berjela dgn msj melayan kerenah kitorang yang ngada2..Hoho~  =p

Lepas dah confirmkan sape yg nak join, dah setelkan bayaran semua, excited nak tunggu malam dinner tu. yela, tak sabar nak jumpe diorang sume kan. ^__^


Bila tiba hari kejadian, here we are................

Dari kiri: Na, Aten, Sazoh, Mada
Ain, Me *ehem* , Pana, Man



Yeahh 8 of us~! Honestly, masa mula2 masuk dalam dewan ni, Dewan Al-Syafie, terus saya terimbau kenangan time sekolah dulu.. Dewan ini banyak menyaksikan kisah suka duka, tawa nangis kitorang sepanjang zaman sekolah dulu.. Memang rinduuuu sangat zaman2 kegemilangan muda remaje dulu. sob..sob.. T___T

Kat dewan ni lah kitorang selalu gather beramai2 time perhimpunan bulanan sekolah. Kat dewan ni jugak tempat kitorang bersama2 susun tray dan makanan kalau ada makan malam asrama. kat sini jugak tempat kitorang organize dan balik ke asrama waktu tengah2 mlm kalau time Minggu Srikandi. Dewan ni jugak pernah menyaksikan krisis yang berlaku antara kawan2 saya sampai mengalir air mata *sampai sekarang still ingat 'sesi' tu*..Kat dewan ni jugak saya dan ex-bf pernah main jeling2 time seminar PMR! oppssssss~!!! =p Paling penting, dewan ni tempat kitorang sama2 exam SPM enam tahun dahulu..2005~ memang banyak sangat kenangan kat sini..yeaahhh sweet memories among us will never fade~

*eh ni entry nak cerita pasal zaman sekolah ke pasal dinner alumni??* haha. Sory terpesong kejap. Now, kite mulekan dengan acara membaham makan2.. Ni antara menu2 yang ade~


Nyum3~! *tibe2 rase lapar pulak tengok makanan2 ni sumer.. T__T


Ade nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam *yang lain luper*, air sirap limau dan yang paling best ade Kambing golekkkkkkkkkkkk~!! nyum3~! memang makan darah mentekedarah la kitorang malam tu. Tak lupe, atas setiap meja ade serve kek coklat *yang dalam tupperware tu*

muke masing2 excited nak makan.. =p



Actually kitorang makan kejap je, pastu mule la masing2 buka cerita. Masa time makan tu, ade la persembahan2 oleh alumni, ex2 Mirwana dan Mirwana sendiri. Ops lupa nak bagitahu, kumpulan nasyid Mirwana tu memang berasal dari sekolah kitorang. Kalo nak tahu lagi, Bob Lokman, Yasin (penyanyi), dan Wardina jugak ex sekolah kitorang, SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Bak kata orang, maahad ni memang pengeluar artis..errrrr...saya tak cakap, orang lain yg cakap.. =p

Ok sambung main topic semula. Lepas makan, bergosip sikit2 *eh sikit ke?? * pastu bercamwhore pulakk.. gambar2 bersepah kat cameraman dinner tu, dan kamera Sazoh. Saya tak de kamera canggih nak bawak, mengharapkan kamera henset 'canggih' saya yang 2MP ni je la. Gambar2 kat sini ni pon curik dari fb Sazoh. kredit to Sazoh. *Sory sazoh, tapi ko dah tag gambar tu, kire ko izinkan la kan? kan? =p

Now masa untuk pulanggggg... Terus kitorang cari port best time zaman2 sekolah dulu. Port yang memang wajib amik gambar kat situ. Kat mane??
peace yawww~!


yeah kat tangga dewan~! tu memang hotspot dan tempat wajib zaman muda2 dulu kalau nak bergambar kt area dewan. Kenapa? entah. Mungkin sebab lokasi tangga tu strategik, dan gambar jadi cantik sebab nampak sebijik sejibon muke masing2 dalam gamba.hoho~ =p

Eh mesti korang tertanye2 dari tadi kan ape benda sticker oren terang benderang kat tudung kitorang tu kan? tu nametag spesel utk alumni yang datang, siap ade tulis nama dan batch bila. So that boleh berkenalan dengan alumni batch2 lain dgn lebih...konfiden..mungkin~

Last but not least..
Tuan belog pon nak enterprem jugak..=.= *dush!*

Apa pon, thanks korang yang sudi join dan datang. Serius rasa macam tak puas sebab jumpa kejap je, dan macam banyak lagi yang tak digosipkan. whooppss~! Takpe2, next will be another gathering. Trip~! Looking forward for this guyz~! ^__^

till then.
xoxo.
^__^

Terima kasih ummi. I luv you.

Salam..

Sempena hari kelahiran saya baru2 ni, my beloved mom gave me this..


Guess...apa isi dalam beg ni?? =)

Taraaaaaaaaaa....



Dari kiri, buku motivasi yang ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar.*baru khatam beberapa helai.. *
Next, Novel Biarkan Ia Pergi *saya khatam bace 1 malam je..woohoo~*
Then, novel yang meletop debom bom di zaman sekolah menengah dulu, Ombak Rindu.. *even penah baca dulu pinjam novel kengkawan, tapi teringin nak baca lagi skali after tgk movie ni..Thanx ummi! ^__^ *

Yeahh she knows that her princess ni mmg suka sangat baca novel.. *baca jurnal malas pulakkk..errkkk!*..

And then, Dekat wrapping bag tu, umi ade selitkan birthday card yang kiutttttttt~! ^___^

Here it is...
Siap ade lurve2 timbul2 lagikk.. =)

Lepas tu, semalam umi belikan kek. My all time favourite..Chocolate Indulgence from Secret Recipe~!!


So shuweeet la wish atas bezday cake tu. Siap ade smiley and tabur colourful bijik2 tu.. * tak tahu nama 'bijik2' tu ape~ =.= * bercinta la nak abeskan kek ni..Ada lagi dalam peti ais..Ade sape2 nak?? =p

Thanx a lot Ummi~!!! I luv u more lahhhh~ mmuuaaaxxx~!! ^________^

till then.
xoxo.

Status Update!

Salam..

Memandangkan dah lame tak hapdet pasal per-kembang-an tuan empunya teratak, ni nak hapdet sikit la status saya sekarang. 

Now saya dah tak bergelar seorang pekerja lagi. Kontrak di Kementerian *** hari tu dah tamat, dan sekarang Alhamdulillah saya sedang sambung study di UTM IC Kuala Lumpur. Ambil course yang sama macam degree cuma fokus kali ni lebih ke arah networking.. Berbeza time degree dulu lebih ke arah system development.

Kat UTM ni saya ambil master by research, dan memang takde nak kene attend kelas la. Cuma nak kene selalu datang lab and attend research seminar/training or watever yang ade kene mengena dengan tajuk research saya. So far so good and selama sebulan lebih kat sini, saya slow2 cuba untuk adapt dengan new environment kat sini.

Yeah kat sini segala2nya memang NEW things to me. I got new lecturers, new friends, new university,new pak guard *perlu kerr??* ....Mula2 jejak kaki kat sini, saya terpikir boleh ke nak hidup and adapt dekat sini.  Life sebagai student master ni memang.......kene kuat. Trust Me!! * i dun mean 'kuat' kene ade muscle bagai tu yer * ..
 
Life as a master student totally different compare to degree student.everything you have to do on ur own. Nobody akan take care pasal u kat sini, and u have to take care of ur self. Alone. And then, satu perkara yang WAJIB ada pada diri kalau sambung study ni. RAJIN. Yup! kene rajin.

Saya mengaku, saya bukanlah student yang rajin sepanjang masa nak menelaah. Kalau time degree dulu, sepanjang 1 sem yang 3 4 bulan tu, boleh dikira dgn jari berapa hari je yang study nye. Sepanjang sem berhoya2, layan korea ke, muvie yg didonlod ke..*adek2 junior, please dun try this at home..or hostel* and Yeah of course saya mengamalkan last mnt study. Esok nak exam, malam ni baru terkial2 selak buku. Bukan tak pernah berazam nak buang tabiat last mnt study tu, tapi....memang tak boleh.. nanti kang hangat2 taik kucen je~ =.='

So bile sambung belajar ni, lagi2 saya amik research, memang lah kene menghadap dan menelan satu2 isi kandungan jurnal2 research sumer tu. Ouhh memang saya tak boleh. Serius. Dah la awak tu memang bukan jenis yang rajin study sepanjang masa. Study last2 minit. Pastu, boleh pulak nak telan sumer contents jurnal tu. Memang saya lemah la baca benda2 facts ni. Lagi2 dengan tajuk yang sangat baru bagi saya. Habuk pun tara paham wooo~

memang mula2 rasa fedap and nak give up je. Tapi, is it reasonable? Kadang2 bila tengok student lain yang lagi berumur dan dah berkeluarga, sanggup berkorban macam2 utk sambung study. Tapi awak?? Belum ape2. baru diduga dengan sekecil2 masalah, dah nak give up.

Bila terfikir macam tu, terus saya bersemangat nak belajar. At least, sekarang ni saya belum ada apa2 komitmen besar yang perlu digalas. Yela, takde lagi komitmen utk suami atau anak ke. Jadi, gunakan lah peluang yang saya ada ni sebaik2 nya.

Lagipun, family saya banyak bagi support untuk saya sambung belajar lagi. tak kirela dari segi moral support.. money support..
*errrr..* n everything..Memang Allah tu dah rancang yang terbaik untuk setiap manusia kan? So, juz follow the flow~ ^__^

O mak ai. Panjang berjela dah kak oii. Dok bebel ape ni. haha~! Tula bile tak berhapdet berbulan, tangan ni gatal je nak menaip panjang2.Sori ye korang. =)

btw, thanx jugak la sanggup bace berjela nih. Jom tido!

till then.
xoxo
^_^

Monday, December 26, 2011

Bila dah jadi retisss...

Salam..

Actually entry ni sepatutnya post time musim hangat bola sepak final sukan SEA haritu. Tapi memandangkan saya kan super duper busy, baru ni nak publish entry ni. takde ape sangat nak citer cuma nak publish tentang orang yang baru naik jadi 'retiss'.. ehh..ke bajet retiss? haha~! =p

Sape?? Ape kene retis dengan bola sepak sukan SEA tu pulak?? haa ni habaq mai kat hangpa semua. Last November, my mr. superman mengeringkan hati mengentalkan jiwa pegi Jakarta nak tengok final bola sepak sukan SEA between malaysia and Indonesia. Dah la decide last2 minit nak pegi sane. bayangkan malam tu decide nak pegi, esok nye trus beli tiket dah nak fly pegi sana. Memang hard core betoi~
 
Actually, masa dia inform saya kata nak pegi sana, saya dah cuak & risau. yela, mane tak cuak, dgn keadaan supporters Indonesia yang macam tutttt.... *paham2 sendiri la ye*, pulak tu sanggup nak bergadai nyawa pergi sana. Memang hati kering betul la dia ni. Dia pergi sana dgn geng2 ultras dia.

Sepanjang dia kat sana, memang lansung tak dapat nak kontek. yela, roaming kat sana mahal, n memang dia tak on number die kat sane. Saya memang risau giler, dah la tak tau ape cite die kat sane. Online pon kadang2 je. saya on9, die off. Die on9 saye pulak off. Huu~

Then nak dijadikan cerita, masa mlm final tu memang satu umah tengok bola termasuk lah saya. Time game tu, saya tengok2 jugak kat tv tu, kat view tempat duduk supporters, kot2 nampak muka dia masuk tv. Sekurang2 nya lega laa sikit hati saya kalau nampak dia. Tapi tu konon2 mcm angan2 yang tak kan tercapai la sebab, tak kan la boleh nak nampak muka dia dalam kelibat supporters2 indonesia yg ramai giler berasak2 dlm stadium bung karno tu kan. macam mustahil!

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... memang TAK MUSTAHIL! tengah2 tengok bola, tiba2 boleh pulak live camera tu record kat area2 supporters malaysia. Memang nampak die sebijik sejibon depan tv. Saya yang tgh tengok bola dpn tv tu tergamam. Eh macam kenal. Ke salah orang? Tapi memang camera tu lama jugak record aksi2 dia kat tempat supporters tu, and highlight kat dia je. 

Memang tak salah! sah dah tu dia! Ape lagi, heboh lah satu umah saye bising2.. Yang member saye sorang tu boleh pulak buat ayat " Sekurang2 nya kita tau dia tak curang kat sana. Nasib baek die tak duduk sebelah awek indon" .Cissss~! 

So, ni antara gambar dia yang sempat di print screen kat tonton masa game sukan SEA tu..




Lepas je adegan n aksi2 dia ni keluar kat tv, terus bertalu2 hp saya berbunyik. Ada yang call, ada yang mesej bgtau pasal mr. superman saya keluar kat tv. Ohoiii~ ramai jugak yang perasan rupanya.

Bila on9 pulak, tengok kat fb dia, berderet2 kat wall dia ramai yang post pasal kuar tv tu. Hoho~ Pastu, kebajetan retis dia tak terhenti sampai situ je. Then, mr. superman ada haplod pic dia kat stadium gelora bung karno tu, and tak sangka pic tu tersebar meluas gile kat serata fb. Ramai yang share pic tu. Sebab gambar tu nampak mcm cool n menunjukkan semangat kepatriotikan la.


Malaysia Boleh~!! aAAuummm~!! ^__^

Lepas je gambar ni di share and tersebar, memang ramai giler yang add dia kat fb.. memang retiss la mr. superman oii~ bertuaahhhh badan =p

Tak cukup dengan tu, awal disember hari tu, Majalah 3 ade buat review tentang bola sepak malaysia. And of course, superman retis mesti ader.






ok cukup. Mesti korang pon dah tak lalu nak tengok banyak2 pic ni kan.haha~! Ok2..yang ni last..




kami satu geng *him with joe flizzow*


lepas ni tunggu la single terbaru mr. superman feat joe flizzow next year. hoho~  =p

btw, thanx korang yang sanggup baca entry berjela ni sampai habis. biasela dah simpan berkurun baru nk publish..macam2 la setori mori nyerr ..^_^


lebiu guyz <3
xoxo.
 

Kena sabotaj dengan Pizza Hut!

Salam..

Dah lama tak menulis. Rindu. Yup! Rindu sangat. Memandangkan hari ni hari lahir saya, dan kebetulan macam2 yang happen on this day. So, ni nak share cerita tentang saya di sabotaj. Kena sabotaj dengan sape??

Back to the topic, yes i am. Kene sabotaj dengan Pizza Hut! Alkisahnya macam ni.. Family nak belanja makan, i'm asking my mom nak makan pizza hut yang ultimate cheese 7 tu. Yang iklan die punye la banyak guna cheese tuh. Mula2 ingat nak pergi beli time lunch, then my mom said yang tgh hari tu kena attend kenduri kahwin. So fine. kalau dah attend kenduri, xde nye nk makan lain dah kan. Perut dah kenyang. So postpone la, ingat petang2 sket baru nak order delivery je. Untuk dinner.

Then bila maghrib tadi, dah decide2 nak order ape, then call la pizza hut delivery tu. Yang 1-300-88-tupai tupai tu.. Pastu macam biasa operator die tanya no phone n address. Bile bg address, operator tu cakap cenggini "Eh, ni area kajang kene call no lain". dalam hati saya, pulak dah. Nombor mane pulak. Then operator tu bg la nombor 1-300-82-2020..

So, saya pun call la nombor tu pulak. Oh rupa2 nya tu number Pizza Hut delivery (PHD). Ape beza PHD dgn pizza hut delivery yang biasa tu pun saya tak tau. Pastu, alkisahnya bila saya order pizza hut ultimate cheese tu, terus operator tu jawab " minta maaf, Pizza tu kami tak de delivery. kene walk-in". What???

Terus letak telepon. Pastu termenung jap, sambil tengok jam dinding. Pukul 7.45 mlm. Pikir nak pegi ke tak. Actually malas nak keluar umah, nak kene salin baju la ape la. Then pikir2 balik, dah teringin sangat dari semalam dok teringat2 cheese kat pizza tu, memang dah tak sabar nak tunggu esok. So, cepat2 tukar baju terus pegi Pizza Hut yang dekat Tesco Kajang.

Dugaan lagi~!! Sampai2 je kat tesco, dah parking sume, bila masuk2 je tesco, tup2 sampai depan Pizza Hut tu, pizza Hut TUTUP~!! Aaaaaaaaaa~!!! kenapa la dugaan sangat nak makan pizza ni..sob..sob..sobb~ Bila baca notis kat situ, Pizza tu dah closed terus, kiranya dah tak bukak2 dah.. Kesian bezday gurl sorang ni.. Huhu..

Pastu, apelagik~ terus la drift pegi pizza hut yang dekat kajang tu. yang kat sebelah KFC berdekatan Metro Point. Alhamdulillah, berjaya jugak order pizza akhirnyaaaaa~ setelah mcm2 dugaan di'sabotaj'.. ape nasib kene sabotaj, on my birthday~ T__T

So dats it the kisah of the sabotajing. Akhirnya dapat jugak makan pizza ultimate cheese tu, tapi saya order yang cheesy pepperoni.. Sory tak sempat nk snap pic, dah abis licinnn..heee~




Sunday, December 25, 2011

Selamat..selamat..



Salam..

Alhamdulillah..Hari ini genap 23 tahun saya bernafas di muka bumi ini.. Syukur masih diberi peluang untuk hidup sehingga ke hari ini. Terima kasih pada yang mengingati hari ini, juga yang memberi ucapan selamat dan mendoakan saya. Semoga Allah memberkati kalian.

Selalunya bila tiba hari lahir, semua akan menyenaraikan segala wishlist masing2. Saya? Kalau nak disenaraikan memang banyak, tapi cukup lah kalau sekadar mengharapkan segala yang terbaik untuk diri di masa akan datang.. dapat perbaiki diri menjadi insan yang lebih beriman, bertaqwa kepada Allah s.w.t dan diberikan peluang untuk berbakti dan memberikan segala yg terbaik untuk insan2 di sekeliling saya selagi hayat dikandung badan .. InsyaAllah ^__^

p/s: i'm craving for this cake..red velvet cake.. anyone yg sudi nak belanje?? .. =p