Tuesday, January 31, 2012

Still as ever

 



Bila dengar je lagu ni, terbit 1001 rasa dalam hati. Fikiran terus melayang. Lagu ni mengingatkan saya tentang satu perkara., satu tempat, satu kisah, satu orang..err? Actually 'perkara' tu tak de tinggalkan kesan yang besar dalam hati saya, cuma bila terdengar lagu ni, ia mengingatkan saya, tentang DIA. Yang paling penting, Jang Geun Suk tetap di hati! =p Enjoy!

p/s: u say it okotaiko..its otokajo..*senyum dalam hati..* =)

Monday, January 30, 2012

Voucher RM200 labur kat mana?

 


Memandangkan saya masih bergelar student, maka saye layak utk dapat voucher 200 hengget yang kerajaan bermurah hati nak bagi kat student2 IPTA. *terima kaseh kerajaan!* =p Tapi jumlah 200 hengget tu sangat banyak sampai saya tak tau nak beli ape sbb student master macam saye ni bukannye ade nak guna buku reference tebal2 macam zaman degree dulu. Yela, student postgrad biasenye banyak refer journal, tesis2 dan ebook je. Nak bagi kat orang, rase macam sayang. heee =p

Pikir punya pikir, why not time ni bagi can kat diri sendiri pi belanja adik2 belikan buku2 latihan dan rujukan untuk diorang. Maka sesi mentekedarah  memborong buku pun berlaku. yang adek2 bajet kakak die macam tokey kedai baru menang loteri, pakat dok sonok amik barang masuk dlm bakul tak tgk harga dah. =.='

Borong punya borong buku banyak2 plus stationery, voucher yang berjaya guna 150 hengget je. Punyela banyak membeli, penuh satu raga sampai ade makcik tegur, 'beli banyak2 ni nak buat bagi hadiah ke?' ..Saya senyum pastu jawab, 'belikan buku untuk adek2..guna voucher yang student dapat tu..' =)

Then, balance lagi 50 hengget tu simpan je la kot2 nanti ade nak beli buku untuk bacaan personal ke ape ke kan. Lagipun expired nya lambat lagi. Dalam hati sebenarnya dah plan nak beli apa2 buku utk diri sendiri kalau singgah kat MPH Alamanda. *punye pack  gile orang kat MPH Alamanda tu. terus spoil mood tak jadi nak beli buku kat situ*

Rabu baru ni, saye pegi Skudai sebab ade training kat UTM. Sempat jenjalan kat Jusco taman Universiti dan tak sangka ade MPH dalam Jusco tu. Terus la rembat buku2 yang saya rasa menarik.









 

Belum abes explore lagi segala contents dia. Baru selak2 sikit. So far, memang sangat2 teruja dengan isu2 yang dikupas dalam buku2 tu. tak sabar nak khatamkan. InsyaAllah nanti saye akan share ilmu2 yang dapat tu kat sini ok? ^__^






Monday, January 23, 2012

Semoga cepat sembuh.

 

Semalam dapat berita buruk tentang coursemate & juga ex-ofis mate saya, Farhan yang kemalangan motorsikal. Berita yang saya terima, rahangnya patah dan tadi baru dapat hapdet dari kawan saya ,berlaku pendarahan dalam otak. Dan sekarang dia berada di Hospital Putrajaya.


Keadaan Farhan di Hospital Putrajaya. Kredit gambar to kawan silat Farhan

Di sini saya mohon pada semua kawan2 , followers & readers agar dapat mendoakan Farhan kembali sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sedekahkan Alfatihah dan Yasin moga dia terus diberi kekuatan untuk sembuh.

Doa kalian semua amat diharapkan . Syukran Jazilan.

Update 1:
Pendarahan dlm kepala farhan da stop. And pendarahan dlm otak pun doc ckp jadi makin sikit.. keajaibanyg Allah tunjuk berkat dari doa2 smua.. Pkul 8 malam ni kalau pendarahan memg da xde, doc akan betulkan bahagian muka.. Truskan berdoa.. Sedikit demi sdikit keajaiban yg Allah tunjukkan.. InsyaAllah Farhan selamat..
Update 2:
Pkol 8 mlm ni, doc akan buang semua ubat2 yg dberi kpd Farhan sebab telah ckup 48 jam bdn farhan dtampung dgn ubat tidur.. Doc akn tgk mlm ni sama ada Farhan sedar atau x.. kalau Farhan igt family dia, tu mkna nya dia sedar.. kalau dia x igt family, tu bmkna dia x sdar lg.. n kalau x sedar lg, doc akn bt citiscan blk dan check problem.

Lets go for a trip!

 


 Dari Disneyland California USA..mempersembahkan........






jeng..jeng..jeng..








































eh..eh.. jangan salah sangka. Saya bukannya pergi bercuti di sana. Ni hanya trip dalam bayangan *hope saya dapat menjejakkan kaki lagi di tanah tempat darahku ini..ameen*..

Entah kenapa otak mereng sikit malam ni tiba2 teringin nak pergi sini. Teringin nak tengok watak2 dalam buku english fairytale ni wujud di depan mata. Di alam realiti.

Selama ni time kecik2 hanya mampu baca ulang2 kali cerita fairytale ni sambil dalam hati kagum dengan dress princess yang cantek2 tu. Tak sangka dress2 tu berjaya di accomplish oleh Disney di alam realiti. *kantoi. Bukannya teruja dgn watak fairytale, tapi teruja dgn DRESS! =p *

Picture credit to Disneyland and Tangled

p/s: I love Rapunzel~ <3  ^__^

Saturday, January 21, 2012

Kegemaran

 
Tiba2 rasa teringin nak makan masak tempoyak ikan patin. Kalau saya masak, saya suka letak cili padi banyak2, bagi pedas menggila. I like! Pastu, bila dah abes makan, saya akan jadi orang paling last tinggalkan meja makan sebab nak hirup perabeh kuah masak tempoyak tu. Mabelesss! ^_^

Dah lame tak masak lauk ni, ingat2 lupa je resepi nye. Terus search kat pacik Google. Pada sape2 yang nak jugak resepi masak tempoyak ikan patin ni, boleh tengok kat bawah ni ok?

Resepi masak tempoyak Ikan Patin

Sumber pacik Google


  • 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1/2 inci kunyit (tumbuk)
  • 13 biji cilipadi (tumbuk)
  • 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
  • 1 mangkuk kecik tempoyak
  • daun kesom seikat
  • air secukupnya
  • ikan patin sederhana besar 
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi. 
  2. Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
  3. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
  4. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
  5. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
  6. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
  7. Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
  8. Kemudian boleh di hidang.
  9. P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak.ok?

     Sumber

    So, apelagi? Jom masak! =)

Bila dengar lagu best.

One Last..

 


Tadi sambil2 mengedit2 belog nih, sambil layan tweet2, sambil2 dengar lagu yang di download haritu. Tak tau kenape, suke sangat dengar lagu ni. One Last by Taufik Batisah.  Rase macam calm je.. Boleh dikira lagu romantik laa. *mode jiwang malam2..aauuuww! =p

 

Korang boleh try dengar lagu ni. Khas untuk orang yang sedang menjiwang2 kan diri. Kalau tak jiwang pon, boleh try test market dengar, kot2 boleh tangkap jiwang sat sambil2 release tensen.. =)  Peminat lagu rock kapak boleh pegi main jauh2 yer.. Untuk yg mendengar, Selamat menjiwangan..ehh?

Till then,
xoxo.


Wednesday, January 4, 2012

Changes.

Percubaan untuk menjadi lebih...

.. MATANG

..SOLEHAH

.. BERSYUKUR

.. SABAR

.. RAJIN

InsyaAllah..

Pray for me! 

^_^

New Year, New Hope, New Promises..

Salam..

Still belum terlambat lagi nak ucap Happy New Year 2012 untuk semua readers kat sini. *people say better late than never rite? =) *

AHLAN WA SAHLAN 

2012

Ni merupakan entry pertama di tahun 2012. Alhamdulillah.. Syukur kerana dapat menjejakkan diri di tahun baru ini. Tahun baru, Harapan Baru, Azam Baru, Semangat Baru, Umur Baru..

2011 dah pergi meninggalkan kita dengan 1001 kenangan, pahit dan manis. Semoga tahun 2012 ni memberi lebih sejuta makna dan kebaikan buat diri ini. InsyaAllah.