Wednesday, August 1, 2018

Percutian ke Korea Selatan 2018

Assalamualaikum,

Kali ni lebih nak share tentang percutian kami sekeluarga ke Korea pada bulan Mac lepas. Dah berapa bulan pergi, tapi nak share jugak dengan semua sebab biar lah ada memori sikit kan dalam belog tuan tanah ni kan. Sekarang mood tengah rajin nak menulis entry, so kita nak share tips dan tempat yang kami pergi untuk panduan korang kalau ke sana. Amaran! Entri ni sangat panjanggggggg. Siap sedia jajan kat sebelah ya. :p

Hari Pertama

Kami naik penerbangan Korean Air dari KLIA turun di Incheon Airport Terminal 2. Dari airport, terus ambil bas no. 6011 (KRW 10 000) ke Sungkyunkwan Uni. sebab kami menginap di Bong House.

Lepas check in Bong House, kami terus jalan-jalan sekitar tempat penginapan. Area Hyehwa. Saya memang suggest untuk siapa-siapa yang first timer datang Seoul untuk menginap di sini. Lokasi di sini sangat strategik sebab berdekatan dengan subway Hyehwa station hanya lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Terdapat juga deretan kedai-kedai lain seperti Daiso, Starbucks, Convenience Store, Bundle Store dan macam-macam lagi. Pendek kata, lokasi yang dekat, mudah dan senang akses ke semua tempat tourist. Done promote tempat/kawasan penginapan. Hehe.


Kemudian kami pergi ke Gyeongbokgung Palace, istana lama terbesar di Seoul. Memang tempat wajib pergi. Boleh tengok senibina istana yang sangat cantik. Lepas tu, boleh juga tengok acara Royal Guard Changing Ceremony. Dia ada masa-masa tertentu, pukul 10 pagi, 1 ptg dan 3 petang. Berdekatan istana tu ada National Folk Museum dan Bukchon Hanok Village. Tapi memandangkan kami sampai istana tu pun dah lewat petang, jadi tak dapat nak pergi dua tempat tu. Haa lagi satu, bila nak datang sini boleh cari kedai HANBOKNAM iaitu kedai sewaan baju Korea ataupun mana-mana kedai sewa baju area situ . Ada tempoh sewaan berapa jam yang kita nak. Pastu boleh la korang melaram dengan baju tu jalan-jalan kawasan istana. Kalau pakai baju tradisional ni, boleh masuk istana free je.

Kedai sewa Hanbok









Malam tu pulak kami pergi ke Dongdaemun. Kami bercadang untuk makan malam di kedai ikan bakar yang sangat femes di situ. Rata-rata orang Malaysia yang ke sana memang akan suggest makan ikan bakar di situ sebab murah hanya KRW7000 untuk satu hidangan dan portion makanan nya banyak. Memang tempat wajib singgah dan cuba. Nama tempat dipanggil Dongdaemun Grilled Fish Alley (Nama kedai Ho nam Jib tutup pkul 9 malam) Menu special Samchi Gui (Japanese Spanish Mackerel) dan Godeungeo Gui (Saba Fish) and Sambal Sotong!!

Lepas dinner, kami terus pulang ke hotel dan berehat.

Hari Kedua


Hari kedua ni kami sekeluarga pergi ke Everland. Everland ni macam Disneyland tapi versi Korea. Kalau ke Everland ni memang kena spend satu hari di sini. Tu pun tak cukup sebenarnya untuk nak naik ride dia semua, tapi memandangkan kami ada bawak baby, so takde la nak naik semua ride. Yang mana sesuai untuk Zarif je la.
















Zarif pun nampak happy sangat datang sini. Yelah memang decoration dan ride yang ada semua sesuai untuk dia. Bagi dia macam playground yang besar, memang seronok tak terkira lah dia. Memang itu pun tujuan utama kami bawak budak-budak ni sekali, sebab boleh explore Everland ni.
Tahun lepas dah merasa Disneyland di Hong Kong, so tahun ni merasa yang Everland ni pulak. Untunglah kau nakkk. Mama dulu kecik-kecik pun tak dapat merasa main macam-macam.

Memandangkan kami dah penat seharian kat Everland, malam tu kami cadang berehat dan masak sendiri sahaja di hotel. Masak apa yang ada je lah. Nasi Brahim instant, sardin and so on.

Hari Ketiga

Hari ni memang kami tak sabar sangat sebab nak pergi Pulau Nami!! Selalu dengar orang asyik sebut je nama pulau ni. Terbayang-bayang kecantikan pulau tu. Pulau Nami ni kan femes sebab ia merupakan lokasi shooting cerita Korea tu. Untuk ke Pulau Nami ni, saya beli pakej Tour di KLOOK. Dia ada pakej tour round transfer ke Pulau Nami dan Petit France. Memandangkan kami bawa budak kecik so memang cadang beli je pakej tu sebab senang direct naik bas. Kalau jalan sendiri, macam payah pulak nak tukar-tukar naik train dan public transport.

So awal pagi hari tu kami kena berkumpul di area Seoul Station, dan bas kami akan pick up di situ. Tiba di jeti, kami semua turun bas dan ejen akan bagi tiket feri ke Pulau Nami. tunggu feri di Naminara Republic Immigration. Korang jangan panik, tak ada pegawai kastam atau imigresen yang akan check korang. Nama glemer saje imigresen, tapi sebenarnya jeti. Hehe. Naik feri hanya dalam 10 ke 15 minit macam tu je.


Tiba di Pulau Nami tu, boleh jalan jalan sendiri je. Sebab pulau nya kecil je tapi sangat cantik, boleh round dalam sejam dua jam gitu. Tapi sebab banyak tempat nak stop dan ambik gambar, tu yang jadi berjam-jam. Haha. Ada mini train, boleh naik. Ada juga tempat burung ostrich. Dan ada juga deretan restoran juga surau. Untuk muslim dont worry, surau pun senang nak cari, berdekatan library kanak-kanak dan Asian Cuisine Restaurant. Memang kat situ jumpa orang Malaysia saje. Nak cari tempat makan pun senang jugak sebab Asian Cuisine tu memang restoran halal di situ. Apa yang menarik sekali kat Pulau Nami ni sebab pemandangan dia yang cantik dan ada deretan pokok-pokok yang tersusun je sepanjang pulau tu. Boleh juga kalau nak berbasikal pusing-pusing satu pulau. Ada tempat sewa basikal disediakan di sana.












Habis je makan, solat dan round pulau, kami naik feri semula ke jeti tempat turun bas awal-awal tadi. Kami naik bas semula untuk ke hentian seterusnya iaitu ke Petite France. Tempatnya lebih kurang dalam sejam dari pulau Nami tadi. Petite France ni macam Mini Perancis. Ada mini Eiffel Tower dan jugak banyak rumah-rumah kecil yang ada pameran. Setiap rumah/bilik ada tema pameran tertentu. Perkampungan ni pun sangat cantik, seolah-olah kita berada di Perancis sebenar gitu. Cuma kawasan dia agak berbukit-bukit curam, dan kalau bawa stroller anak memang agak mencabar la jugak bila nak tolak naik bukit curam tu.









Kat sekitar kawasan Petite France ni ada ramai peniaga yang jual buah strawberi di sepanjang jalan. Boleh beli di situ sebab harganya amat murah dan rasa strawberi dia manis. Buahnya juga boleh tahan besar-besar. Memang puas hati. Lepas dah habis pusing di situ, kami terus balik ke Seoul. Dalam bas memang budak-budak ni dan mak bapak nya lena terus sebab penat ya amat.


Hari Keempat

Hari ini kami bercadang untuk jalan santai-santai sahaja di Myeondong Market, Namdaemun Market dan juga singgah makan di Itaewon. Jadi kami tak ada la rushing sangat pagi-pagi keluar hotel. Pagi tu kami sarapan dulu di hotel dan kemudian dalam pukul 10 pagi baru keluar. Kami ke Itaewon dulu sebab memang bercadang nak solat di Masjid Seoul di sana dan juga makan tengah hari di Eid Restaurant yang femes tu. Tiba di Itaewon, terus buka map kat phone dan search restoran yang kami nak tuju iaitu Eid Restaurant. Pakai google map sahaja. Kawasan di Itaewon berbukit-bukit. Lencun jugak la nak menapak dari stesen subway ke arah restoran. Fuhhhh.

Eid Restaurant ni dimiliki oleh pasangan Korea Muslim dan mereka juga ada buka cawangan di Malaysia di area Bangi. So far kami belum pernah cuba lagi makan di restoran cawangan bangi tu. Hidangan yang wajib cuba di Eid ni adalah Bulgogi. Masa kami pergi Eid di Itaewon ni, staf nya adalah pelajar Malaysia yang belajar di Korea. So tak ada masalah nak order dalam bahasa melayu pun.

Menu chicken ape tah tak ingat :|

Menu Bulgogi

Lepas makan tengah hari di situ, kami singgah solat di Masjid Seoul. Masjid ni memang dekat je dengan deretan restoran-restoran halal di situ. Saja nak merasa suasana solat di masjid korea. Tempat wudhu dan bilik air memang satu tempat. Tapi nak enapak ke tempat solat wanita boleh tahan tinggi sebab kena naik tangga tingkat atas. Tangga pulak sunyi je dan gelap. Kalau sorang-sorang naik tangga memang dah fikir macam-macam. Ruang solat wanita pun tak la luas sangat. Memandangkan masa saya sampai tu kebetulan sekali dengan trip orang Malaysia ramai-ramai, jadi tempat nak solat tu agak terhad la. Ruang dia tak besar cuma memanjang.




Selesai solat, kami kemudian berjalan- jalan di sekitar Itaewon. Memang banyak restoran halal di sana. Kalau pelancong muslim yang taknak pening kepala cari tempat makan halal, boleh cari tempat penginapan area Itaewon ni. Sempat jugak la kami merasa bongeo-pang kat situ. Bongeo-pang ni macam roti berbentuk ikan, dan ada filling red bean paste. Sangat sedap makan panas-panas gitu. Kalau kat Jepun panggil Taiyaki.

Kemudian kami terus gerak ke Myeongdong. Di sini korang boleh cari souvenir atau barang-barang kosmetik korea yang murah Ni tips untuk pelancong yang nubis kubis, kalau pergi luar negara sendiri tanpa menggunakan travel agent, sila susun itinerari untuk pergi tempat shopping pada hari-hari terakhir. Ini untuk mengelakkan korang dari terlebih berbelanja di awal travel atau kata mudahnya "overspent".


















Kat Myeongdong Market ni macam-macam ada. Kami sekeluarga memang aim pergi situ bukan untuk shopping sangat tapi nak makan street food yang banyak kat sana. Ada traveller yang suggest souvenir beli dekat Namdaemun sebab lagi murah berbanding di Myeongdong. So sebab tu datang Myeongdong hanya untuk merasa street food tu je.Macam-macam ada. Memang terliur dan kebanyakan memang muslim friendly. Boleh tanya dulu dengan peniaga tu sebelum beli apa bahan yang dia guna.









Lepas tu dah kenyang merasa macam-macam street food, kami gerak pula ke Namdaemun Market. Kat sini baru la nak shoping sakan. Beli souvenir keychain, fridge magnet, t-shirt, set sudu garpu Korea. Boleh tahan murah la berbanding di Myeongdong. Ada juga kawan-kawan suggest kalau nak beli kain atau produk tekstil boleh pergi dekat Kwangjang market. tapi memandangkan masa pun dah suntuk, dan ni merupakan hari terakhir kami sebelum nak fly balik Malaysia esok, so tak sempatla nak jengah Kwangjang. Lagipun tak da aim nak beli barang kat situ.

Hari Kelima

Ayuhlah kita pulang ke pangkal jalan. Memandangkan waktu flight kami pun petang, jadi kami check out dari Bong House tengah hari dan terus ke airport. Flight dalam pukul 4 petang, so nak kena check in luggage awal. Memang tak sempat nak singgah mana-mana. Sekian sahaja coretan percutian ke negara oppa unni ahjumma ahjusshi. Next trip ke mana pula kita? Dah boleh kira duit tabung. (^_^) Saranghae!

Prayer Room di Incheon Airport Terminal 2