Wednesday, November 18, 2015

Promosi Servis Mekap 2015!!

Assalamualaikum..

Fuhhhh.. lama tak berhapdet kan. Yela, sekarang ni nak hapdet apa-apa dah ada platform yang lebih mudah dan cepat. Macam instagram / fb / twitter. So takyah nak taip panjang2 macam belog. Tapi even macam tu pun, still orang suka cari maklumat dengan baca belog2 kan. Yela, kalau kat ig / fb dan seumpamanaya mcam susah sikit nak cari info guna kata kunci yang kita cari tu kan.

So, berbalik pada tajuk asal. Sekarang ni saya dah mula berjinak2 dengan dunia mencantik2kan diri dengan kata lain bidang mekap. Sebenarnya dah lama suka mekap2 kan orang sejak dari zaman matrikulasi dulu. Tapi saja2 mekap untuk kengkawan la. Lepas tu masa sambung degree kat UKM pun kekadang ada mekapkan kengkawan jugak. Tapi tak serius sangat. Cuma tolong2 kawan mekap untuk dinner macam tu la. So bila dah habis belajar dah takde nak mekap2 orang sangat just untuk diri sendiri je suka beli barang mekap dan mekap diri sendiri bila pegi kenduri ke atau majlis2.

Mula tahun lepas baru macam timbul rasa nak join kelas mekap dan belajar mekap dari profesional. Yela, selama ni macam belajar secara tak formal je dari youtube dan online. So nak belajar la dari orang yang berpengalaman supaya kita boleh la nak belajar secara komunikasi dua hala kan. Boleh tanya apa yang tak faham masa tu. Boleh belajar tips dan trick direct dari makeup artist tu sendiri. Bila dah masuk kelas mekap ni baru la tahu banyaaaaakkkk info tentang mekap yang tak pernah tahu sebelum ni. Tutorial bagaimana nak pakai foundation, nak guna berus, belajar kenali jenis kulit wajah, bentuk muka, jenis-jenis mekap/eyeshadow/warna yang sesuai dgn kulit/wajah dan macam2 lagi.

Awal2 tu macam konfiden tak konfiden je kan nak mekapkan orang. mula mekapkan kawan2 dulu, sedara/family. Lama2 baru la dapat asah skill sikit2. Benda2 yang gunakan skill ni memang kena praktis selalu baru la kita akan dapat flow yang sepatutnya. Seriusly i tell u!


Jadi sekarang ni baru la berani nak open servis mekap ni untuk orang luar. Sekarang ni saya ada buat promosi hujung tahun sepanjang november dan disember 2015. Servis mekap untuk pelbagai acara dan majlis HANYA RM50 sahaja!!!!! Jom cepat2 book slot korang! Tempat terhad je ni. Setakat ni tinggal beberapa date je lagi yang masih kosong untuk diisi. Kalau nak book untuk 2016 pun bolehhh...Untuk info/booking boleh contact/Whatsapp 017-2680428..