Assalamualaikum..
Heh. Mood hari ini tak berapa ok. Yep. Gara-gara diskriminasi. D-I-S-K-R-I-M-I-N-A-S-I.. Seumur hidup tak pernah kena macam ni. Okey lah. This will be a loooooooooooonnggggg story. Moga sabar membaca sehingga habis. hehe. Alkisahnya macam ni ceritanya.
Pagi tadi pergi interview kat sebuah company kat KL Sentral. Saya namakan company H je la ye. International company. Banyak cawangan seluruh dunia. Kalau saya sebut nama company tu, mesti korang kenal. Huhu. Saya pergi interview tu untuk jawatan Eksekutif IT. Interview tu pukul 10, so dalam pukul 8 lebih saya dah keluar rumah, parking kereta di stesen Komuter Kajang dan naik tren sajo ke KL Sentral. Malas nak meredah jem pagi-pagi kat KL. Cukuplah selama 2 tahun lebih mengadap jem KL setiap hari pergi lab kat jalan Semarak tu. Muak dah.. >.<
Sampai KL Sentral dalam pukul 9 lebih. Terus pergi sarapan dulu. Kemudian baru berjalan kaki ke company H yang terletak di luar bangunan KL Sentral. Tak jauh pun. Sampai je kat company tu, terus pergi Bahagian Sumber Manusia kat level 7. Mula-mula kena isi borang permohonan dulu. Lepas tu ada test sikit. Simple English test je, nak tengok kita punye English proficiency macam mana. Lepas tu terus pass borang dan resume kat staf dalam bilik tu.
Staf tu ambil borang saya dan baca, kemudian dia tanya.
"Memang pakai tudung ke? Tak boleh buka?"
Terus saya tergamam. Terkelu lidah. belum pernah seorang pun tanya soalan macam tu pada saya.
"Err..Ha'ah. Memang pakai." Jawab saya. Dalam hati dah fikir mesti kena reject punya.
"emmm... kat sini sebenarnya tak boleh pakai tudung. Kalau bukak tudung tak boleh ke? Ada isu ke nanti? Lagi-lagi kalau unit IT ni, memang ada jumpa guest selalu." Jawab staf tu. Yang geramnya, staf tu perempuan melayu Islam, tapi tak bertudung la kan! Boleh pulak cakap macam tu.
"Memang tak boleh bukak. Kena pakai tudung! Sebelum ni saya kerja pun memang pakai tudung" Jawab saya lagi. Dalam hati dah berapi.
"hmm..takpe. nanti saya tanya staf lain macam mana. Boleh atau tak pakai tudung. So, nak terus interview jugak ke?" Soal staf tu lagi.
"Ha'ah. nak interview" Jawab saya. Saya nekad nak interview jugak. Sebab dah datang jauh-jauh bazir duit tiket tren, penat berdiri dalam tren, takkan saya nak balik macam tu saja kan? paling-paling pun ambil pengalaman interview je la.
So lepas tu, ada staf lain pulak panggil nama saya untuk masuk bilik interview. Staf ni non-muslim. Duduk je kat bilik interview tu, interviewer tu highlight tentang soal religious dan isu sensitif tu. Tapi interviewer tu bagus jugak, sebab dia memahami kita, perempuan melayu, bertudung dan yang penting, muslim!
Kata interviewer tu " Okey. I'm sorry and I do understand about malay ladies which are wearing tudung. I think that we, in Malaysia, are aware of this matter. I also understand, But this is international standard, so we have to follow."
"You have the qualification. If you ask me, I dont mind. But we have to follow the rule. During normal working hour, from morning to evening, I will not allow you to wear tudung, but you can wear during OT or night shift ." >> Nak suruh saya on off pakai tudung pulak? Ingat kejap dapat dosa, kejap dapat pahala ke, gitu?
"Besides, we also have F&B (Food & Beverages) area. We do have bar and they serve alcohol. I'm aware of your religion regarding this matter. Sometimes, we have to entertain the guest (whenever they have problem on network/pc) at their place or at the bar. Some more, you are a lady, and got married. Your husband also have to understand the workload and the work situation here. So, I'm telling you this earlier so that you understand the situation here. If you feel uncomfortable, then, its ok. I understand. (baca: saya faham kalau awak taknak kerja sini)
Sorry english tunggang terbalik. Tapi tu memang based ayat yang interviewer tu cakap.
Ada panjang lagi cerita interviewer tu tapi saya hanya highlight yang isu besar je kat sini.
Masa ni memang dah rasa down sangat. Tak sangka. Ya. Memang tak sangka macam ni punya diskriminasi terhadap kami, wanita Islam, di negara sendiri. Allahh...sedih sangat. Selama ni dengar cerita dari orang je, tapi kali ni kena batang hidung sendiri. Yang sedih nya lagi, saya tengok staf kat situ ramai Melayu. Entahlah.
Takpelah. Bukan rezeki saya di situ.Mungkin ada rezeki yang lebih
hebatttt menanti. InsyaAllah. MOga ada sinar yang lebih bercahaya di
hadapan.
Penguatkuasaan di negara kita masih rapuh untuk mempertahankan serta menegakkan hak dan maruah perempuan Muslim. Maka, terpulang pada diri masing-masing untuk pertahankan..dan fight for it! Sedangkan di negara bukan Islam pun mereka menghormati hak wanita Muslim, inikan pula negara yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi. Fikir-fikirkan..
(^__^)
Friday, April 25, 2014
Thursday, April 10, 2014
Surat Cinta
Assalamualaikum..
Petang-petang yang redup sejuk macam ni, lagi-lagi dengan dingin hujan yang baru turun membasahi bumi, memang buat perasaan ni terbuai-buai je kat rumah. Duduk dalam bilik sensorang, buka lappy, terus buka belog dan inilah...
Sebenarnya, terasa rinduuu dengan teman-teman jenayah di Jalan Semarak. Tapi, dek kerana kekangan waktu dan komitmen masing-masing, semua kini berjauhan. Demi meneguk secangkir ilmu untuk menggapai cita-cita setinggi langit.
Kamu..
Kamu yang berada jauh di negara matahari terbit. Kangen bangettttt sama kamuu!! Walau jauh di mata tapi kamu tetap dekat di hati. Terima kasih atas ingatan & kiriman poskad bumi sakura tu. Cantikk! Really appreciate it! 5 bulan dah berlalu.. Sunyi tanpa kamu..Partner gosip dalam lab ..Penasihat tak rasmi dari segenap aspek.. Research.. Isu Semasa.. Fesyen.. Retiss.. Belog.. Kraftangan.. etc..Teman jenayah hangout bersama.. Tension je, terbang KLCC.. Mood down je, tetiba ada kat Festival City ..Ohh.. Ayam penyet, Juiceworks, Taiwan Shihilin, Seoul Garden juga ~ =D Sekarang, terpaksa pujuk encik hasben gantikan kamu utk temankan pegi sana sana sana dan sinun. eheee..I'm sure you read this entry~ Pesan saya, Cepat siapkan tesis, cepat balik Malaysia, nanti kita celebrate eh! ^__^
Kamu..
Kamu yang nun jauh di selatan.. Dengan hasben terchentaaa.. Menunggu hari untuk bertemu 'ulama kecil'.. Tiap-tiap hari menjadi 'telinga' kamu.. Kadang-kadang rasa kelakar dengan ragam kamu.. Matangnya seperti seorang kakak (mmg kakak pun..hehe).. Kadang-kadang manja persis kanak-kanak comel minta dibelikan gula-gula.. kadang-kadang seperti remaja yang dilema resah hilang arah tujuan.. Hehe..(jangan marah ye kakakkkk..).. Tapi apapun, kamu seorang yang kuat.. Apapun yang melanda, kamu tetap kuat. Kagum dengan semangat kamu! Walaupun kamu mampu melegakan insan-insan sekeliling dengan bait-bait mutiara, tapi kamu tak mampu untuk menipu hati kamu sendiri.. Untuk kamu, semoga terus sabar & dikuatkan hati hingga ke destinasi! Dan semoga dipermudahkan segalanya.. Buat 'ulama kecil' di dalam kandungan, jaga ummi baik-baik ya sayang~ Jangan nakal-nakal.. ^_^
Dan untuk kamu..
Kamu yang berada di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Kita dekat tapi jauh. Kesibukan mencemburui kita.. Ditambah dengan komitmen masing-masing yang menyukarkan untuk kita bersua.. Rindu berbicara bersama kamu.. Rindu 'bebelan' kamu yang sangat matang.. dan nasihat kamu yang persis seorang kakak kepada adik.. Juga, terima kasih untuk gambar-gambar yang supercun di hari pernikahan.. Terima kasih utk segalanya.. ohh..terima kasih juga dengan khidmat Ferrari merah selama saya tidak punya 'kaki' untuk menerobos ke segenap ceruk Kuala Lumpur..hehe..=) Semoga dipermudahkan perjalanan doktorat kamu.... dan semoga cepat berjumpa 'belahan jiwa' kamu.. ;)
I MISS U ALL.. Take Care and Good Luck in whatever you're doing!

MISS me not?? :p |
Sunday, April 6, 2014
First Trimester
Assalamualaikum..
Ahh..Finally.. Berjaya update belog picisan ni.
So Haiiiiiii!!! (^__^)
First entry in 2014. Fuhhhhhhh~
First trimester untuk tahun 2014 dah habis. Ada lagi berbaki 3 trimester.
Dalam hati memang nak berupdate selalu. Since sekarang ni tak ada komitmen yang banyak, mungkin akan lebih rajin mengupdate. Gituh. Azam la kononnyeeee..
Ok. Till then.
Babai.
xoxo

Subscribe to:
Posts (Atom)