Tuesday, April 17, 2012

Tips penjagaan kekasih hati yang sentiasa di sisi a.k.a incik laptop


Sejak kebelakangan ni entry2 saya banyak berkisar tentang tensen..tensen..tensen je kan? Lepas dibelek, ditenung, di........watever lah, so hari ni malas nak buat luahan perasaan. Sekali sekala mungkin boleh, tapi kalau asek memanjang tensen kat entry blog, haru jugak ye dak? korang pun mesti bosan kan? Sorry sayang2 sekalian..biasela di musim2 kritikal ni, macam2 la masalah dunia melanda. *ecewahhh! masalah dunia tak boleh blah~  :p

Ok ok ok. stop merapu meraban, hari ni saya nak share tips2 penjagaan laptop ataupon nama melayunya 'komputer riba'. Acually saya kalau belayar2 di lautan tenet ni memang suke menjelajah setiap ceruk dunia, so jelajah punye jelajah, jumpa tips ni dan saya rasa nak share dengan korang semua. Ape kata orang, sharing is caring, caring is loving~ wahhh gitu!  :) 



Memandangkan setiap hari kita memang tak boleh dipisahkan dengan lappy kan, so amat penting untuk kita tahu cara2 penjagaan lappy supaya jangka hayat dia lebih panjang. So, lets cekidaut!

1. Bateri

* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
*Jika bateri sudah habis dicas,digalakkan menggunakankuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.


2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.


3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ¡®Turn Off monitor in ¡* minutes¡¯.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ¡®Dead pixel¡¯.


4. Haba Panas
* Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.


5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.


6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.


Sumber: virtualfriends.net






No comments: