Thursday, February 2, 2012

Rindu.

 


Tadi layan video2 kat youtube. Then tiba2 tergerak hati nak tengok video demo silat. Actually rindu nak tengok orang bersilat. Dan rindu nak 'panas'kan gelanggang silat, macam dulu.




Haritu, hard disk saya kene serang dek makhluk halus hantu bakteria virus. habis semua gambar2 dan video2 performance silat yang saya simpan. Sob..sob.. dah takde dah entertainment yang saya boleh tengok untuk imbau kenangan sendiri dengan geng2 silat. Tu yang tengok kat youtube je. tapi perasaan bila tengok performance orang lain kat youtube, dengan tengok performance sendiri, lain. Tula, memang rasa ralat sangat. =(
 





Ni ada la jugak sikit2 gambar yang ada, ni pun sebab amik kat fb sendiri. Nasib baik la sempat haplod kat fb sebelum diserang virus.Gambar2 ni semua time kitorang handle event Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi (IPT/Sekolah) 2009 di dewan gemilang UKM.Time ni UKM jadi tuan rumah untuk kejohanan ni.

Bila tengok gambar2 ni, rasa sayu sangat. Yela, time2 ni memang zaman kegemilangan la bak kata orang. Sekarang ni, semua dah bawa haluan masing2. Cuma kadang2 ada la jugak buat open table sama2 kitorang. Hapdet status masing2.

                             


                            


Dulu time kat ukm, kalau time open table, memang borak tak hengat dunia. Kadang2 sampai 3 pagi boleh rancak dok borak even mata dah terkebil2. Haha! =) Sekarang ni, nk jumpe utk open table pun susah. Semua busy. Ade yang kerja, sambung belajar n etc. Kalau gosip pun, setakat gosip2 kat fb je la. hoho~

Apa2 pun, geng2 Silat Cekak Hanafi UKM memang da best!  Miss u guyz ^_^

p/s: baju silat dalam lemari dah lame tak berusik. Merancang untuk 'panaskan' gelanggang silat semula. Hmmm..




No comments: