Saturday, May 28, 2011

Tamatlah sudah segalanya..

Salam..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Akhirnya, setelah berpenat lelah + tungkus lumus belajar selama tiga tahun di UKM ni, saya telah berjaya menghabiskan pengajian saya di peringkat degree ni. Semalam, saya dah selesai viva dan tesis yang selama ni sangattt menghantui diri nih..huhu..So, tinggal nak tunggu result dan Majlis Konvo je bulan 9 nanti.InsyaAllah.. ^__^ 



Perasaan saya? Ohh memang sangat lega n gumbira tak terkata sebab akhirnya berjaya jugak habiskan belajar. Macam2 dugaan n cabaran selama tiga tahun kat bumi UKM ni. Kadang2 sampai rase nak give up tapi Alhamdulillah, saya dapat cekalkan hati hingga hari ini. So, what's next? Cari keje? Further Master? ohh saye nak rehat dulu puas2 kat umah tak nak pikir ape2 lagi. tapi perancangan untuk further master memang ade. Doakan lah yang terbaik untuk saye. Macam tak percaye je dah habis belajar.. (^__~)




Buat masa sekarang, saye join short course 3P IBM untuk final year students. Ambik subjek Database Administrator. nanti at the end of the course akan ade exam dan dapat certificate. certificate ni nanti akan bagi influence yang besar la jugak kalo nak apply keje. Tiap2 hari kelas dari pagi sampai petang, ikut office hour. Kursus ni buat kat UKM dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. So tak payah susah2 keluarkan duit bayar ape2. 


Buku2 reference pun diberi. tapi maka aiihh, buku2 tu semua tebal gile. Satu buku dah tebal dalam 2inci. Semua sekali ade 6 buah buku. So, bayangkan lah total tebal n berat die berapa?

Ok la. Thats all update terkini tentang saye. nanti kite sambung update cite lain pulak kayh?

babai. ^_^

p/s: semakin banyak dapat undangan kenduri kawen kawan2 sekolah/senior/sedare2.. diri sendiri bile pulak?? erkkk..

Saturday, May 21, 2011

Perlu ke emo2 kat status fb?

Perlu ke hapdet status fb setiap jam,minit dan saat? 

Perlu ke buat status fb yang emo2 plus perli orang yang kita tak suka dengan harapan 'dia' akan baca dan tau ape yang kita tak suka pasal dia?

Perlu ke buat luahan perasaan panjang berjela dekat status fb dengan harapan satu dunia tau kau ade masalah dgn si polan + kawan2 join sekaki komen kat status tu?

Amaran: Statement di atas takde kena mengena dengan siapa2 tok nenek sepupu sepapat samada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Kalau ade sape2 yang terasa atau dirasa2 hatinya, sila buang perasa tambahan tesebut. Sekian. peaceNoWar! ^_^

Entry ni di post sebab saye sendiri kadang2 konfius dengan situasi2 macam statement kat atas tu. Yelah, kadang2 dalam hidup kita ni memang lah ade je perkara yang tak mampu nk puaskan hati semua orang kan? Tapi, perlu atau tak sebenarnya post2 status yang ber'emosi' macam tu? 

Actually, benda2 macam ni kita boleh fikir secara rasional. Ape kesan nya? Ape akibatnya pada orang sekeliling? Kadang2 tu kita terus je bertindak tanpa berfikir. Saye pon bukanlah seorang yang perfect segala segi.Yelah, kita ni kadang2 tak sedar diri kita diuji dan saye pon tak terlepas dari perkara2 yang membabitkan hati dan perasaan ni. Tapi, same2 lah kita saling ingat2 kan kawan2 mane yang baik, mane yang buruk.

Contohnya, kita tak puas hati dengan sape2, then pakat nak sembur je terus kat status fb. Perkara2 macam ni sedikit sebanyak dah mencalar personaliti diri kita sendirik. yela, selama ni kita dikenali dengan karakter yang positif then bila terjadi perkara2 yang emo macam ni, agak2 apa pandangan orang kat sekeliling kita? 

Sebagai contoh, seorang pekerja ofis, si P ni, nampak baik je sepanjang kat ofis. tapi bile kat fb, macam2 carutan + maki2 orang tak tentu pasal. Cuba kalo bos dia baca status tu,agak2 macam mana pandangan bos tu terhadap personaliti si P?



Then, cuba fikir jugak. Bila kita dah post status berbaur amarah + ketidakpuashatian macam tu, tak ke macam kita dah mengaibkan saudara kita sendiri? Maksud 'aib' yang saye maksudkan ni,macam ni. Contohnya si A tak puas hati dengan si B dan si A pon post status2 yang boleh menggambarkan karakter2 si B.

Contohnya, " geramnya aku ade room8 yang panjang tangan ni. Jam tangan ESPIRIT aku dh ilanggg!! Habis almari aku dia selongkar!! Gerammmm!!"

See? Bila tengok status macam tu orang2 sekeliling akan tau la siapa yang dimaksudkan tu. Lagi2 bila orang2 lain sebenarnya tak pernah tau tentang perangai si B yang 'panjang tangan' tu. So, perkara ni dah mengaibkan nama si B tu sendiri. Biarlah kita sorang je yang tau perangai buruk seseorang tu. Tak perlu lah nak mengaibkan dia sehingga satu dunia tahu. Tak baik tau. Nanti kat akhirat Allah buka semua keaiban kita kat dunia ni depan orang lain. Lagi malu. Nak ke?

Maybe ade yang kate, ape salah nye kite post status2 emo macam tu. Yelah,boleh tegur perangai dia secara indirect. Tapi bagi saye, nak tegur someone, perlu ada caranya jugak. Nak menegur biar dengan cara yang berhikmah, ye dak? Terserah la pada korang. Ni semua hanya pendapat saye semata2. No offense k. Bagi korang pulak macam mane? feel free to drop ur comment here guys. Babaii~ ^__^

Thursday, May 19, 2011

somewhere..somehow..somewhat..


i miss THAT moment..

Wednesday, May 18, 2011

Macam mane nak dapatkan wajah yang cantik berseri tanpa keluarkan modal yang besar?

Salam..

tadi jalan2 kat belog jiran2 then saye terbaca satu artikel yang amat menarik .Artikel ni mengupas tentang bagaimana nak dapatkan wajah yang cantik. Haa korang2 semua mesti teruja kan bile dengar tajuk nak cantek ni. terutamanya pada kaum Hawa la. Korang boleh buang pencuci muka yang korang selalu pakai tu. So,macam mane cara nak dapatkan wajah yang cantik, berseri2 tanpa mengeluarkan modal yang besar?? Jom layannn..


1.DENGAN BERWUDUK



Berdasarkan Al-Qur’an Surat Al-Maidah 6 :
“Hai orang orang yg beriman apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai dengan siku dan sapulah kepalamu dan tanganmu sampai dengan kedua mata kaki .
Ketika membasuh wajah dalam berwuduk
Ya Allah jadikanlah wajahku putih berseri di hari putihnya muka muka dan hitamnya muka muka”.
“Allahumma bayyidh wajhii yauma tabyadhdhu wujuuh wa taswaddu wujuuh”


2. Ketika bersikat / bercermin


Ya Allah sebagaimana Engkau menciptakan aku dengan sebaik baiknya, maka perbaikilah kelakuanku / akhlakku
“Allahumma kamaa hasanta kholqi fa hassin khuluqii”


3. Ketika dalam solat



Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dengan lurus berserah diri dan aku bukanlah orang yang menyekutukan Allah.
“Wajahtu wajhiya lilladzi fathoros samaawaati wal ardho haniifan musliman wa maa ana minal musyrikiin”.


4.DENGAN SUJUD



“Sajada wajhi lilladzii kholaqohu wa showwarohu wa saqoo sam’ahu wa bashorohu fatabarokallahu ahsanul khooliqiin”.
Aku sujudkan wajahku kepada Zat yang menciptakannya dan memberikan rupa dan memberinya pendengaran dan penglihatan, Maha Berkat Allah Sebaik baik Pencipta.


5. DENGAN MEMBERI SALAM




Ketika kita mengucapkan “salam” kepada saudara kita sesama muslim, secara automatik wajah kita cerah/ berseri seri.
Hadis Nabi :
“Janganlah kamu memandang remeh kebaikan sekecil apapun, seperti kamu menemui sudaramu dengan wajah berseri seri”.


6. DENGAN MEMPERBANYAKKAN SENYUMAN



Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah.
“Tabassumuka fii wajhi akhiika sodaqoh”
Ketenangan hati kerana berzikir dan sujud membuat wajah kita mudah senyum, wajah kita damai, wajah merupakan jendela untuk melihat apa yang bergejolak di dalam hati.


7. DENGAN MENGHILANGKAN IRI DAN DENGKI



Orang yang di hatinya dipenuhi rasa iri dan dengki , tentunya akan sukar sekali tersenyum, bahkan mukanya akan selalu masam, berkerut, muram dan sinis.
Orang yang di hatinya bersih dari rasa iri dan dengki, akan berwajah tenang, tenteram, penuh senyuman dan penuh kelembutan.


8. DENGAN MENYAYANGI ANAK-ANAK YATIM



Dengan banyak bergaul, menyayangi dan menyantuni anak anak yatim/ piatu hati kita akan menjadi lembut. Dan kelembutan itu akan terpancar dari wajah kita, hingga wajah kita menjadi teduh dan enak dipandang orang.



HASIL PERAWATAN WAJAH

Di dunia wajah kita selalu cerah dan jernih mudah tersenyum, damai, teduh..
Di hari kiamat : wajah kita jadi putih berseri pada hari di mana manusia terbahagi menjadi dua golongan :


1)Golongan yang wajahnya putih berseri
2)Golongan yang wajahnya hitam
Di hari kiamat kita dikenali dengan bekas bekas sujud di wajah kita. ( ta’rifu fii wujuuhihim min atsaris sujud )


credit:http://judin-perjalananhidup.blogspot.com/ 

p/s: indah kan ape yang Allah dah sediakan untuk kita, hambaNya?..Cuma keputusan terletak pada tangan kita samada untuk bersyukur dengan nikmat yang diberi atau sebaliknya... tepuk dada,tanya iman.. ^_^


Ade sape2 yang dah try ni??

Salam.

Actually dah lame tau pasal promosen ni. Promosen aperr cik kak?? Alaa,, promosen 50% pija hat tuhhh. Uuuiiii. memang teringin sangat nak melahap pija2 kat situ lagi2 bila dah half price kan. tapi tak tersempat2 nak pegi pija hat. Tak tau la promosen ni sampai bila tapi selagi belum due date, kene la serang pija hat sebelum terlambat..Huu~


UUuuuuu....cube lap air liuq korang yang dah meleleh tuh. Memandangkan hari ni hari rabu, dan memang plan nak keluar beli barang2 dapur sikit. Boleh la menyinggah pija hat ni jap..heh.heh.. menu hari ni pun memang kena lah ngan selera  saye yang memang suke piza cheesy lava crust & soup of the day yg ummmmpphhh! Ohh tetiba terasa sangat lapar sebab memang tak makan ape2 lagi since pagi . Jom ke PIZZA HUT!!! ^_^

p/s:Sory la sehari dua ni letak gambar makanan je. Nak buat macam mane tuan belog memang mengidam makan macam2 + kuat makan..errkk~ =p