Friday, August 14, 2026

I'm Back!

Assalamualaikum semua :) 

Such a long time. 

Apa khabar semua? 

Masih ada ke yang layan belog-ing lagi di zaman genzi ini hihihi. 

Saja nak jengah vakum habuk tebal tebas lalang kat sini. 6 tahun tak pernah jengah! Dari zaman millenial ke zaman Covid menyerang PKP bagai sampai dah kembali normal ni.

Rasanya perlu kembali ke zaman menulis macam dulu. Rindu. 

Jujurnya, saya lebih selesa nak menulis panjang di belog berbanding sosmed lain. 

Adakah kena buat comeback macam dulu? Wait n see ;)

Wednesday, July 3, 2019

Erti Syukur

Image result for puisi syukur

Setiap apa yang berlaku
Setiap rezeki yang di terima
Setiap musibah yang melanda
Setiap takdir yang menjelma

Terima lah dengan syukur
Dan hati yang terbuka

Salam sayang
Nisachik 2019


Monday, April 22, 2019

Zarif Turns 4

Assalamualaikum.

Minggu lepas 12 April genaplah 4 tahun umur cinta hati yang pertama, Zarif. Mama nya ni tergerak hati pulak nak buat sikit sambutan sempena hari lahir Zarif kat sekolah. Alang-alang niat bersedekah juga untuk budak-budak. So saya terus tanya Zarif dia nak kek apa untuk bawak pergi sekolah. Apa lagi dengan cepat dia jawab nak kek Spiderman. Haha. Ok mama dia memang dah agak dari awal memandangkan memang Zarif peminat tegar orang labah-labah tu. 

So terus survey cari bakers area berdekatan rumah yang ada ambik tempahan kek. Done part kek. Then cari pulak barang-barang untuk goodie bag. Alaa buat paling simple-simple punya. Cari kat online goodies bag dan barang bertemakan spiderman. Selain tu, selit jugak stationeries dan botol air untuk letak sekali dalam goodie bag. Jadi lah kan.

Okey ni sedikit sebanyak gambar dan video hari sambutan. Zarif excited sangat siap nak pakai baju spiderman. Nasib la mamanya tak belikan suit yang ada mask sekali. 







Semoga anak mama membesar menjadi anak yang soleh, baik akhlak dan taat perintah Allah. Selamat Hari Lahir sayang!

Love,
Mama <3 div="">

Tuesday, September 18, 2018

Sanah Helwah

Assalamualaikum..

Baru-baru ini merupakan ulangtahun kelahiran putera intan payung emas mama yang cilik, Adam Rayyan. Genap setahun umur Rayyan pada 15 September yang lepas. Selamat ulangtahun sayang! Semoga membesar menjadi anak yang soleh, bijak dan menggembirakan mama abah sekeluarga. We love u so much!






Saturday, September 15, 2018

Harapan dan Impian

Assalamualaikum,

Sepatutnya hari ini, saya dan seorang lagi teman dah sibuk di airport, untuk berlepas ke negara kesayangan kedua, Jepun. Tapi apakan daya, kami yang merancang, Allah yang menentukan. Kami terpaksa batalkan percutian geng gugurl di saat akhir sebulan sebelum penerbangan, atas sebab- sebab yang tak dapat dielakkan.



Sedih.

Memang sedih. Kecewa. Frust. Semua lah.

Percutian ni dah dirancang setahun yang lepas, dan banyak preparation dah dibuat. Jadi bila terpaksa cancel, terasa sangat down. Hati rasa berat sangat. Sebab dah terbayang-bayang kampung halaman nihon.

Entahlah.

Mungkin belum rezeki kami.

Tak apa lah.

Bye.