Thursday, January 27, 2011

bukan untuk kurus, tapi SIHAT..

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak.

Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.

Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda

boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.

Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.

Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran.

Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan peru t , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i.Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk

beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif.

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.

Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini

dapat mencantik dan merampingkan peha.


kredit to:nabila humaira


p/s:hargailah nikmat sihat..kerana kite akan sangat2 menghargainya apabila kite..sakit~ ^___^

Monday, January 17, 2011

jatuh cinta pandang pertama..again!


orang selalu kate,jatuh cinta pandang pertama.
tapi saye,jatuh cinta makan asek nak termakan2 aje..
ouhh..
jatuh cinta dengan donuts kat sini..


Welcome to JCo!!!





Donuts yang sangat lembutttttt + sodappppp~~!!!





Strawberry Yogurt Freeze yang sangattt awesome~



T___T



.semua pic ihsan dari prof google.



p/s:selalu buat sye merajuk eh?xpe..senang je nak pujuk..dah ade solution kat atas ni..
heee ^__^




Sunday, January 16, 2011

Sile jangan bace entry ni~~



Semalam saye pegi buat Body Detoxification + Eye treatment dekat Mary Chia ..Mary Chia ni dah 28 years experience dalam bidang slim dan beauty..HQ Mary Chia ni dekat Singapore dan diorang ni baru je bertapak kat Malaysia 3 tahun..So semalam saye pegi outlet die yg based dekat Pavilion KL..

Tempat ni sangat2 menarik dan service die very da tip top! harga service dia pon,TIP TOP la jugak kan.. Tapi memandangkan saye ahli Groupsmore ,so dapat la diskaun banyak~ Actually treatment yang saye buat ni ,kalo ikut harga asal RM33o,tapi saye bayar HANYA RM 49 jerrrrrr~~!!!! Sangat3 berbaloi kan?~ ^___^

2 jam kat dalam spa ni,memang sangat2 satisfied dengan service dia..Sebelum tu,beauty consultant die ade la consult macam mane nak jage pemakanan harian,ape yang menyumbangkan toksin dalam badan kite n etc lah..

Ok.Korang semua mesti nak tau macam mane saye boleh jadi ahli Groupsmore dan dapat diskaun yg sangatttttttttt hebat ni kan?Boleh klik kat sana ======>>GROUPSMORE

kat situ korang boleh bace apa tu Groupsmore,n bla..bla.. dan boleh register jadi ahli kalo teruja nak dapat diskaun n promotion macam yang saye dapat tu~~ ^___^

Actually groupsmore ni adde macam2 promotion tak kire dari segi produk,makanan,tempat percutian,beauty n health n macam2 lagi...

So,tunggu ape lagi??Cepat2 daftar GROUPSMORE!!!!~~
(^_~)

p/s: Ouhh..terbayang2 Donuts yang lembut dan Freeze Strawberry Yogurt di JCo !!!~~sangat2 mabelesssss!!~~ T__T

Friday, January 14, 2011

Si debot~


terbayang2 lagi gelagat anak buah gurlfren saye iLa,si Farisya ~
dengan ketembaman nye yg sangat3 ..
rase nak geget2 pipi dierr!!!~~
ditambah2 dengan gelagat die yang baru mendapat 'kaki',,
memang tak duduk diam~
eeeiiiii..
geram sangat tengok dierr~
@_@

teringat2 die menari2 gerak2 kan badan sambil dengar lagu dari 'kukkuu'..
kukkuu si ayam mainan yang akan berbunyi2 lagu bile dipicit button nyerr..
pastu si debot ni jugak sangat bijak sebab sangat cepat pikap utk meniru gaye2 orang yang die tengok..
cite banyak pon tak gune..
meh layan kesomelan dan ketemboman si debotttttttt~~!!
^__^




ok.dah2..
tak boleh letak pic die banyak2..
nanti korang sumer ngigau malam2..
hehe~~
tiut kan dierr?~
^__^

so sape yang pasang angan2 nak culik dierr,
sile simpan saje angan2 kamu sebab atuk die seorang polis!
tak pasai2 korang masuk lokap kang~~!
[motippp????]
=p

Thursday, January 13, 2011

comelnye adek ni..

Ok.saye x tau nak cakap mcm mane.Layan je la ceritera berepisod ni..

Episod 1

Perbualan di antara saye dan my 'other half ' (MOH) ..


MOH:hemm..awk ni macam budak2 la..dah la kecik comel je..Bile jalan same2 rase mcm jalan dengan adek je..

Saye: Biasela..Saye kan awet muda.. ^__^
(dalam hati:Urrggghhhh!!nampak tak matured sangat ke aku neh??huuu~~)


Episod 2

Perbualan antara saye dan sorang coursemate lelaki (H) time malam AJL 25.

Saye:ko tak layan AJL ke?

H:aku baru nak tanyer ko sape menang~

Saye:Aku tak tgk..Kat bilik ni..Kalo nak tengok kene pegi foyer atau kafe..Malas la,mesti ramai punyer..

H:la...dtg la bilik aku..blok aku ada astro....hahahahahahaha

Saye:laa..nape tak bagitau..Kalo tau tadi,aku dtg tgk kat blok ko je..Tapi,takut budak blok ko tenyeh2 mate tengok bidadari mane turun dari syurga nak tgk AJL ni..haha!!

H:saper bidadari????konfiusss...

Saye:aku tak cukup anggun ke jadi bidadari?hohoho~

H:saper? kau? hahahahahahahahahahaaha...aku takut jiran bilik aku tanya "wei! asal kau bawak adik datang sini? dtg melawat eh?" hahahaha!!

T_T


Ok.Fullstop.

p/s:Saye nampak macam budak2 sangat ke??huuu~~