Thursday, April 10, 2014

Surat Cinta

Assalamualaikum..

Petang-petang yang redup sejuk macam ni, lagi-lagi dengan dingin hujan yang baru turun membasahi bumi, memang buat perasaan ni terbuai-buai je kat rumah. Duduk dalam bilik sensorang, buka lappy, terus buka belog dan inilah...

Sebenarnya, terasa rinduuu dengan teman-teman jenayah di Jalan Semarak. Tapi, dek kerana kekangan waktu dan komitmen masing-masing, semua kini berjauhan. Demi meneguk secangkir ilmu untuk menggapai cita-cita setinggi langit.

Kamu..

Kamu yang berada jauh di negara matahari terbit. Kangen bangettttt sama kamuu!! Walau jauh di mata tapi kamu tetap dekat di hati. Terima kasih atas ingatan & kiriman poskad bumi sakura tu. Cantikk! Really appreciate it! 5 bulan dah berlalu.. Sunyi tanpa kamu..Partner gosip dalam lab ..Penasihat tak rasmi dari segenap aspek.. Research.. Isu Semasa.. Fesyen..  Retiss.. Belog.. Kraftangan.. etc..Teman jenayah hangout bersama.. Tension je, terbang KLCC.. Mood down je, tetiba ada kat Festival City ..Ohh.. Ayam penyet, Juiceworks, Taiwan Shihilin, Seoul Garden juga ~ =D Sekarang, terpaksa pujuk encik hasben gantikan kamu utk temankan pegi sana sana sana dan sinun. eheee..I'm sure you read this entry~ Pesan saya, Cepat siapkan tesis, cepat balik Malaysia, nanti kita celebrate eh! ^__^


Kamu..

Kamu yang nun jauh di selatan.. Dengan hasben terchentaaa.. Menunggu hari untuk bertemu 'ulama kecil'.. Tiap-tiap hari menjadi 'telinga' kamu.. Kadang-kadang rasa kelakar dengan ragam kamu.. Matangnya seperti seorang kakak (mmg kakak pun..hehe).. Kadang-kadang manja persis kanak-kanak comel minta dibelikan gula-gula.. kadang-kadang seperti remaja yang dilema resah  hilang arah tujuan.. Hehe..(jangan marah ye kakakkkk..).. Tapi apapun, kamu seorang yang kuat.. Apapun yang melanda, kamu tetap kuat. Kagum dengan semangat kamu! Walaupun kamu mampu melegakan insan-insan sekeliling dengan bait-bait mutiara, tapi kamu tak mampu untuk menipu hati kamu sendiri.. Untuk kamu, semoga terus sabar & dikuatkan hati hingga ke destinasi! Dan semoga dipermudahkan segalanya.. Buat 'ulama kecil' di dalam kandungan, jaga ummi baik-baik ya sayang~ Jangan nakal-nakal.. ^_^


Dan untuk kamu..

Kamu yang berada di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Kita dekat tapi jauh. Kesibukan mencemburui kita.. Ditambah dengan komitmen masing-masing yang menyukarkan untuk kita bersua.. Rindu berbicara bersama kamu.. Rindu  'bebelan' kamu yang sangat matang.. dan nasihat kamu yang persis seorang kakak kepada adik.. Juga, terima kasih untuk gambar-gambar yang supercun di hari pernikahan.. Terima kasih utk segalanya.. ohh..terima kasih juga dengan khidmat Ferrari merah selama saya tidak punya 'kaki' untuk menerobos ke segenap ceruk Kuala Lumpur..hehe..=) Semoga dipermudahkan perjalanan doktorat kamu.... dan semoga cepat berjumpa 'belahan jiwa' kamu..  ;)


I MISS U ALL.. Take Care and Good Luck in whatever you're doing!



MISS me not?? :p

Sunday, April 6, 2014

First Trimester

Assalamualaikum..

Ahh..Finally.. Berjaya update belog picisan ni.

So Haiiiiiii!!! (^__^)



First entry in 2014. Fuhhhhhhh~

First trimester untuk tahun 2014 dah habis. Ada lagi berbaki 3 trimester.

Dalam hati memang nak berupdate selalu. Since sekarang ni tak ada komitmen yang banyak, mungkin akan lebih rajin mengupdate. Gituh. Azam la kononnyeeee..

Ok. Till then.

Babai.

xoxo





Thursday, December 26, 2013

Kun Fayakun

Tak semua yang kita suka, baik untuk diri kita.

Tak semestinya perkara yang kita tak suka, buruk untuk diri kita.

Tak semua yang kita impikan akan dapat sekelip mata.

Tak semua kebahagiaan yang dikecapi tanpa penderitaan di sebaliknya.

Bukan senang nak senang.

Bukan susah nak susah.

Setiap perancangan telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya:  

"Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.  (Surah Yassin : 82)

>.<

Bunga. Tak semestinya akan mekar menjadi bunga yang cantik.

Madam F,
26/12/2013

Jubli Perak 25 tahun


 Sanah Helwah. Salam kedewasaan untuk diri sendiri.

Happy Bornday!

Otanjoubi Omedetou Gozaimasu!

お誕生日おめでとうございます。 

Usia dah mencapai Jubli Perak. >.<



Thank you Allah for bring me the greatest person in my life. 

Thank you family & friends for all the wishes.

.Love.

25.12.2013



Tuesday, December 24, 2013

Day 2: Travelog di Adelaide & South Australia

Assalamualaikum..

Adoii.. Banyak pulak nak hapdet travelog pegi Aussie haritu. Nak share cerita tapi malas nak taip panjang-panjang. Korang tengok gambar je boleh? Hehe.. Ok ni pulak hapdet untuk hari kedua kat sana.

1. Mt. Lofty Botanic Garden & The Summit

Pagi-pagi lagi kitorang dah siap-siap nak keluar berjalan. Lepas siapkan makanan untuk lunch, terus kitorang pergi Mt. Lofty naik kereta yg dipandu kakak ipar. Sampai je sana, terus daki bukit menuju ke Mt. Lofty. Rupa-rupanya Mt. Lofty ni ada dua. The summit dan jugak Botanic Garden. Kitorang jenjalan kat Botanic Garden ni dulu tapi tak larat la pulak nak perabis round. Besar kot. Macam Taman Botani kat Putrajaya tu. Cuma lagi advance sebab berbukit-bukit dan curam.


















 











2. Hahndorf (Germany Little Town)

Lepas je penat mendaki Mt. Lofty ni (daki la sangat..daki guna kereta je..hewhewhew), kitorang singgah pulak Hahndorf. Hahndorf ni dikenali sebagai German OldTown atau pekan lama german. Memang comel-comel je kedai dan bangunan kat sini. Cantik-cantik pulak tu. Memang English Style gitu.































3. Urimbirra Wildlife Park

Dah puas pusing-pusing pekan Hahndorf sambil jenjalan makan aiskrim, kitorang singgah pulak park nak tengok cik koala dan cik kangarooo!! hehe.




















 Selain dari cik koala & kangaroo, ada jugak haiwan lain kat park ni.






Kelawar tengah tidoq











4. Victor Harbour (Granite Island)

Persinggahan terakhir kitorang haritu adalah di Victor Harbour dan jugak Granite Island. Kat Granite Island ni tempat penguin-penguin berkumpul. tapi memandangkan kitorang datang waktu petang, takdela penguinnya. Saje datang untuk hirup udara laut dan tengok pemandangan yang sangaaattt cantik. Tak dapat nak diungkap dengan kata-kata. Subhanallah..



Jambatan menuju ke Granite Island

Granite Island dari kejauhan



Tak dapat jumpa penguin betul, arca penguin pun jadik la.





Gambar-gambar ni semua fresh from oven kamera tau. Takde pakai Camera360 ke, edit-edit ke. Subhanallah.. Cantik kan? Masa kitorang tengah jenjalan sini, ade terserempak jugak ramai orang malaysia. Memang tempat ni untuk release tensen. Majoriti org malaysia yang jenjalan sini adalah student yang study sini. Sempat jugak nampak diorang sembahyang berjemaah kat tepi pantai tu. Alhamdulillah..Rasa sebak pun ada, Islam tu mudah kan.. Ibadah boleh dilakukan di mana-mana, pada bila-bila masa.

Spot kereta Wira kat sini. Proton di mana-mana. hehe.




So selesai dah travelog untuk hari kedua. Tunggu next hapdet untuk cerita hari kedua terakhir di Adelaide. Jenjalan di Adelaide City dan North Terrace. Tata.