Monday, April 29, 2013

Tinta dari Jepun: Touchdown di Tokyo

Assalamualaikum..

Hai orang kampung alahaiii orang kampung! Ewaahhh! Pekabar uolss? Rindu pulak nak merepek2 kat sini. Tiap2 hari memang saya jengah sini tapi for sure la tak sempat nak hapdet ape2. So, saya buat apa sekarang? Di mana? Ehem..tengok tajuk pun dah tahu saya kat mana kan. :p

Alrite. Sekarang ni saya berada di bumi sakura Maria Ozawa . Lebih tepat lagi, dekat Tokyo. Dah 2 bulan lebih kat sini. Baru nak hapdet kat belog. Nampak tak?Nampak tak? kekonon busy sangat tak sempat nak hapdet. =.=  Tiga hari lepas nikah haritu terus terbang sini. Honeymoon dengan incik superman hubby plus menghantar saya untuk buat attachment research kat sini. Sambil menyelam skuba makan megi, orang kata. Eh?

Turun je kat Haneda Airport, terus menggigil sebab musim sejuk kan. Sampai dalam pukul 10 malam. Suhu masa tu mencecah 2 - 3 degree jugak. tapi memang dah prepare pakai baju winter. Tapi still sejuk, tambah2 bila angin menampar2 pipi. Pehhhh! Lepas je imigresen, memang dah ada kawan lab sekampus yang jemput, Abul. Dan kebetulan dia jugak incharge untuk Malaysia Student House kat Tokyo, maka saya & hubby memang dah decide nak bermalam disitu sementara nak tunggu check-in hostel esok hari.

Thanks abg tolong bwk beg besar2 ituhh..hehe

Terkial2 nak beli Passmo kat mesin


Tilam & Selimut

Almari & tilam.. Tidur kat bawah. Sebijik macam bilik Nobita. Tengok almari ni teringat macam tempat tidur Doraemon..Comeyyyy! Hikkss!


So malam tu, kitorang tidur dengan kesejukan, kepenatan, kelaparan dan...sebagainya. Tapi tak kisah la, rasa mengantuk dah mengatasi semua tu. Seriusly tidur menggigil sebab heater tak berapa nak panas. Nasib baik ade 'heater' semulajadi kat sebelah. Hikksss ! :D

Esok hari pulak, bangun awal sebab nak check-in hostel dan nak mendaftar kat kampus. Macam student baru gitewww.. ;)  Sebelum nak keluar, sempat jugak la snap2 gambar dalam bilik student house tu. Memang berbaloi la bermalam kat sini. Selesa pun selesa. Lagipun bayaran untuk bermalam satu malam kat situ agak murah berbanding nak stay kat hotel2. Bukan agak murah, tapi MEMANG MURAH! Hanya 1000 yen satu malam!! Lebih kurang RM30 laa.. berbaloila kan?

Pose dekat pintu sliding. Dalam bilik pun sempat lagi nak pose. Adehh~


Sempat jugak snap
Lepas tu, Kitorang terus naik tren sampai Hiyoshi. Dari situ naik teksi untuk pergi ke hostel. Lepas je check-in hostel, Abul bawak kitorang pergi kampus Keio (Yagami Campus) untuk proses pendaftaran.

Muka excited first time naik teksi Japan

Dalam teksi di Hiyoshi

Pemandangan di hadapan kampus Keio Univ.

Fuhhh..So, ni je dulu santapan untuk hari ni ye dek non. InsyaAllah saya akan kongsi lagi perjalanan hidup kat sini. Till then, babai.

Salam Sakura. <3 br="">

Tuesday, March 5, 2013

The Solemnization


Assalamualaikum.

Yeahh its been a long time right?. RIndu giler nak update belog. Seriously! Tapi dek kerana hambatan kerja2 research yang tak pernah kenal erti tuan dia penat ke hape, so this is it. Belog dah bersawang2 berapa bulan tak berhapdet. Orang yg lalu lalang pun segan nak masuk gamaknye. Tak lalu tengok rumah ni. Eh, ade yang sudi singgah ke? :p

Alright. So, lets update with the latest life improvement. Alhamdulillah, saya telah selamat mendirikan 'masjid' dengan incik superman saya setelah hampir 4 bulan bertunang! yeaahoo! :D Banyaaaaaaakkkkkkk gila halangan, dugaan, rintangan segala an an an datang dalam tempoh kami nak mendirikan masjid ni. 

Segala macam masalah datang dengan sekejip mata. Kejip mata gituu. Dengan kerja2 research yang tungging terbalik, dengan sibuk nak uruskan hal nak fly Jepun (pegi Jepun? saya akan update dalam next entry) dan dalam masa yang sama nak uruskan hal nak kawen. Baju nikah, bilik pengantin, dokumen nikah dan macam2 lagi. Nampak macam simple, tapiiiiiii.. Tepuk dahi rasalah sendiri. 

Dengan incik superman ade jugak masalah2 yang lain. Sobsss. Syukur alhamdulillah kami dapat tepis dan tempuh semuanya dengan kental. Betul la kata orang tua2, darah tengah manis..Macam2 dugaan. Cewahhh kental gile hati. Fuhhhh.. T__T

Sampai hari kejadian, masih tak terasa apa2 perasaan. Sikit nervous pun tarak. Konon kental sangat la perasaan. Masa dah duduk kat atas bantal nikah nak ijab kabul tu baru la terasa sikit nervous. Masa lafaz nikah tu, kak ena yang duduk belakang saya gosok2 belakang saya bagi kurang nervous. Thanks kakak! Alhamdulillah, saya dah menjadi separuh hidup incik superman dengan sekali lafaz. Memang sebak sangat waktu lafaz nikah tu. :')







Doakan kami semoga ikatan yang dibina ini kekal hingga ke syurga hendaknya. Ameen.

Kredit gambar dari Cik Sara . Thanks Sara! ^__^


Wednesday, October 17, 2012

One Step Closer: E-day


Assalamualaikum!

Ape kabar sayang2 saya sekalian? Lama tak ketemu. Tapi tak bermakna saya lupakan korang. So, this will be the latest update of myself. Ok. Seperti yang dijanjikan, dalam entry teaser sebelum ni. Selangkah sebelum menuju ke puncak kehidupan. Selangkah sebelum bergelar tulang rusuk kepada sang suami. Yup! Its my E-day ! Alhamdulillah.. saya telah menjadi tunangan orang.

So, ni sedikit sebanyak gambar2 di hari kejadian yang sempat di snap dari photographer2 terlebih tauliah (adik + kawan)


Ni family sebelah lelaki + family saya.. 

Rombongan pihak lelaki, abah & atuk..

DIY Baby blue Hantaran pihak perempuan untuk pihak lelaki. 

Orange theme hantaran pihak lelaki untuk pihak perempuan. Sukeee tart buah tu. belum ape2 lagi dah rembat makan.heee~


Sesi menyarung cincin oleh bakal MIL.


Bersama 'AJK rewang' Kak Ena & Sara yang sanggup dtg bermalam utk tolong2 setelkan last  touch up before majlis.

My adorable sistersssss!! Thanks korang sanggup datang jauh2.. siap bawak hadiah lagi.. :D

Dapat kiss dari my gojess sisters Nani & Ila! Tenkiu u ollsss! ^__^

With abah, ummi,atuk & nenek.



Luv both of the rings! SImple but yet mmg kene dgn taste sendirik..Memang sendirik yg pilih punnn.. :D

Jgn tak percaya semua bekas + bantal hantaran ni gubah sendiri.  Oh teruja dgn hasil gubahan sendirik! :p

Dengan hantaran pihak lelaki~ 


'Bibik' dan juga pengapit tak official.. Mane taknye, baju die dah same kaler dgn penunang. You overshadowing me tau tak? Eheh..gurau je..:p

My luvly DIY fresh flower handbouquet.. Suke suke sukeee! :)



And last but not least...





Doakan dipermudahkan urusan kami berdua ... (*_*)


Kat sini saya mengharapkan doa kalian2 supaya dikuatkan hati kami menempuh segala dugaan dan dipermudahkan urusan kami membina masjid. InsyaAllah.. :')


Sunday, October 14, 2012

Sunday, September 23, 2012

I'm SUPERWOMAN!

Assalamualaikum..

Yohoooo!! I'm back! Bajet ade orang nak rindu kau ke? Bajet retiss leteww~ =.='

Btw, Its been long time rite? Yeah, I admit that I was sooooo super super superr busy right now~

Every week/month, travelling KL-Jb KL- Jb..

And guess what, I'm just back from bandar meow2 (Kuching)  last 2 weeks, attending for presentation & conference ..

Last week, just done with my research progress presentation.. need some more depth studies.. urrgghh..

And for this week, will be at Jb again.. working for my research..

whats next?

Ohh.. I'm working hard preparing for the 'event' ~Alhamdulillah, everything have been settled. Just a lil bit touch up until the day. Pray for me dear ~ :')

InsyaAllah. will be updating more soon.. ^_^


Yeah! be strong Nisa! You can do it!! Gambate! :')