Monday, June 13, 2011

My prince Charming

Rijal idamanku adalah seorang lelaki yang buta, bisu, bakhil dan papa...


Biarlah dia seorang yang buta…Buta kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi…Asalkan kedua-dua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.


Biarlah dia seorang yang bisu... Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran... Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.


Biarlah dia seorang yang bakhil... Bakhil dalam memberi senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya,Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya... Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya,Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia!


Dan biarlah dia seorang yang papa... Papa dalam melakukan perkara maksiat,Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat,Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah... Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan yang berfaedah lagi bermanfaat,Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia,Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi kesengsaraan hidup,Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!


Yang dicari bukanlah putera raja,tetapi seorang putera agama... Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata... Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani, sempurna hati... Yang diharap, bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat... Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam... Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia... Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi 

sumber:virtualfriends.net

Saturday, May 28, 2011

Tamatlah sudah segalanya..

Salam..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Akhirnya, setelah berpenat lelah + tungkus lumus belajar selama tiga tahun di UKM ni, saya telah berjaya menghabiskan pengajian saya di peringkat degree ni. Semalam, saya dah selesai viva dan tesis yang selama ni sangattt menghantui diri nih..huhu..So, tinggal nak tunggu result dan Majlis Konvo je bulan 9 nanti.InsyaAllah.. ^__^ 



Perasaan saya? Ohh memang sangat lega n gumbira tak terkata sebab akhirnya berjaya jugak habiskan belajar. Macam2 dugaan n cabaran selama tiga tahun kat bumi UKM ni. Kadang2 sampai rase nak give up tapi Alhamdulillah, saya dapat cekalkan hati hingga hari ini. So, what's next? Cari keje? Further Master? ohh saye nak rehat dulu puas2 kat umah tak nak pikir ape2 lagi. tapi perancangan untuk further master memang ade. Doakan lah yang terbaik untuk saye. Macam tak percaye je dah habis belajar.. (^__~)




Buat masa sekarang, saye join short course 3P IBM untuk final year students. Ambik subjek Database Administrator. nanti at the end of the course akan ade exam dan dapat certificate. certificate ni nanti akan bagi influence yang besar la jugak kalo nak apply keje. Tiap2 hari kelas dari pagi sampai petang, ikut office hour. Kursus ni buat kat UKM dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. So tak payah susah2 keluarkan duit bayar ape2. 


Buku2 reference pun diberi. tapi maka aiihh, buku2 tu semua tebal gile. Satu buku dah tebal dalam 2inci. Semua sekali ade 6 buah buku. So, bayangkan lah total tebal n berat die berapa?

Ok la. Thats all update terkini tentang saye. nanti kite sambung update cite lain pulak kayh?

babai. ^_^

p/s: semakin banyak dapat undangan kenduri kawen kawan2 sekolah/senior/sedare2.. diri sendiri bile pulak?? erkkk..

Saturday, May 21, 2011

Perlu ke emo2 kat status fb?

Perlu ke hapdet status fb setiap jam,minit dan saat? 

Perlu ke buat status fb yang emo2 plus perli orang yang kita tak suka dengan harapan 'dia' akan baca dan tau ape yang kita tak suka pasal dia?

Perlu ke buat luahan perasaan panjang berjela dekat status fb dengan harapan satu dunia tau kau ade masalah dgn si polan + kawan2 join sekaki komen kat status tu?

Amaran: Statement di atas takde kena mengena dengan siapa2 tok nenek sepupu sepapat samada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Kalau ade sape2 yang terasa atau dirasa2 hatinya, sila buang perasa tambahan tesebut. Sekian. peaceNoWar! ^_^

Entry ni di post sebab saye sendiri kadang2 konfius dengan situasi2 macam statement kat atas tu. Yelah, kadang2 dalam hidup kita ni memang lah ade je perkara yang tak mampu nk puaskan hati semua orang kan? Tapi, perlu atau tak sebenarnya post2 status yang ber'emosi' macam tu? 

Actually, benda2 macam ni kita boleh fikir secara rasional. Ape kesan nya? Ape akibatnya pada orang sekeliling? Kadang2 tu kita terus je bertindak tanpa berfikir. Saye pon bukanlah seorang yang perfect segala segi.Yelah, kita ni kadang2 tak sedar diri kita diuji dan saye pon tak terlepas dari perkara2 yang membabitkan hati dan perasaan ni. Tapi, same2 lah kita saling ingat2 kan kawan2 mane yang baik, mane yang buruk.

Contohnya, kita tak puas hati dengan sape2, then pakat nak sembur je terus kat status fb. Perkara2 macam ni sedikit sebanyak dah mencalar personaliti diri kita sendirik. yela, selama ni kita dikenali dengan karakter yang positif then bila terjadi perkara2 yang emo macam ni, agak2 apa pandangan orang kat sekeliling kita? 

Sebagai contoh, seorang pekerja ofis, si P ni, nampak baik je sepanjang kat ofis. tapi bile kat fb, macam2 carutan + maki2 orang tak tentu pasal. Cuba kalo bos dia baca status tu,agak2 macam mana pandangan bos tu terhadap personaliti si P?



Then, cuba fikir jugak. Bila kita dah post status berbaur amarah + ketidakpuashatian macam tu, tak ke macam kita dah mengaibkan saudara kita sendiri? Maksud 'aib' yang saye maksudkan ni,macam ni. Contohnya si A tak puas hati dengan si B dan si A pon post status2 yang boleh menggambarkan karakter2 si B.

Contohnya, " geramnya aku ade room8 yang panjang tangan ni. Jam tangan ESPIRIT aku dh ilanggg!! Habis almari aku dia selongkar!! Gerammmm!!"

See? Bila tengok status macam tu orang2 sekeliling akan tau la siapa yang dimaksudkan tu. Lagi2 bila orang2 lain sebenarnya tak pernah tau tentang perangai si B yang 'panjang tangan' tu. So, perkara ni dah mengaibkan nama si B tu sendiri. Biarlah kita sorang je yang tau perangai buruk seseorang tu. Tak perlu lah nak mengaibkan dia sehingga satu dunia tahu. Tak baik tau. Nanti kat akhirat Allah buka semua keaiban kita kat dunia ni depan orang lain. Lagi malu. Nak ke?

Maybe ade yang kate, ape salah nye kite post status2 emo macam tu. Yelah,boleh tegur perangai dia secara indirect. Tapi bagi saye, nak tegur someone, perlu ada caranya jugak. Nak menegur biar dengan cara yang berhikmah, ye dak? Terserah la pada korang. Ni semua hanya pendapat saye semata2. No offense k. Bagi korang pulak macam mane? feel free to drop ur comment here guys. Babaii~ ^__^

Thursday, May 19, 2011

somewhere..somehow..somewhat..


i miss THAT moment..