Tuesday, May 17, 2011

Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu..

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.
 
Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat 'hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Menomborsatukan cinta pada sesama manusia, dan menomborduakan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?

Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD atau installer berisi file Aqidah.exe Imankuat.doc.

Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka filedakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

Sumber:iluvislam.com

p/s: Nice kan? Pengisian rohani yang diinterpret menjadi formula penginstallan software komputer.Btw, renung2 kan..tepuk dada, tanyalah iman, peaceNoWar!  (^_~)

Kita dan masalah.

Salam,


 

Apabila kita ada masalah, kita selalu rasa masalah kita itulah yang paling besar di dunia dan kita akan mencari-cari orang untuk berkongsi beban masalah kita itu (untuk wanita) atau lari dari dunia untuk mencari jawapan yang tak kunjung tiba (untuk lelaki).

Terkadang tanpa disedari bahawa kita seakan kecewa dan terus kecewa dengan keadaan di sekeliling kita. Walaupun ada sebahagian manusia lain cuba membantu kita, pada kadar sewajarnya, namun kita melihat usaha kecil tak seberapa itu, menjadikan kita tak bersyukur.Begitulah kita, di saat kita bermasalah, kita mahu manusia mendengar dan membantu kita, regardless bagaimana keadaan orang lain itu.

Sedangkan, Allah memberi pertolongan terbaik dan tepat untuk kita.Samada orang membantu ataupun tidak.
Kerana itu, pertolongan berbentuk manusia itu merupakan hadiah dariNya, merupakan bantuan dariNya.Sedangkan sebenar-benar bantuan dari Allah.Sejauh mana kita mahu manusia membantu dan menolong kita, tentu itu tidak pernah cukup dan mampu membantu kehidupan kita.

Jika kita selalu rasa tak cukup, selalu rasa tak dipedulikan dan rasa tak dibantu sedangkan ramai manusia sekelilingmu mahu membantumu dalam kesibukan diri mereka masing-masing, manusia hebat macam manapun , tentu takkan dapat memuaskan hati kami.

Kerana kita ini manusia.
Makhluk Allah. ciptaan Allah.
Bila ada swithc rosak, engine rosak, whatever is wrong with us.. Pencipta sahaja kan dapat membantu kita.
Tapi betullah, bila kita ada masalah, kita nak sangat orang tolong dan dengar masalah kita, tapi bila orang lain ada  masalah, adakah mampu kita membuat yang terbaik untuk orang itu?

Sumber: iluvislam.com

Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Semua :)





Belum terlambat lagi untuk saye ucapkan Selamat Hari Guru buat semua pendidik di seluruh Malaysia amnya. Terima kasih tak terhingga untuk semua cikgu yang pernah mendidik saye di Taski Abim Taman Cempaka, Ampang ; SK Pandan Jaya, SAR Al- Huda, SK Sg. Kantan, SRA Sg. Kantan, SMKA Maahad Hamidiah, serta tak dilupakan pensyarah2 di KMPK dan juga UKM. Terima Kasih untuk segala2 nya. Tanpa didikan cikgu2 semua, tak mungkin saye akan berada di tahap ini pada hari ini.

Tak lupa juga kepada umi dan abah yang merupakan GURU terbaik untuk saye dan adik2 selama ini. Terima kasih atas jasa dan didikan umi n abah selama ni.

Selamat Hari Guru!


Ketidaktentuhaluan

Bile tensen tahap overdose, buat keje sambil dgr Hitz.fm online. Melalak sampai nak putus anak tekak. Ohh.. lagu sumer masyuk2..addicted dgn lagu yg bez2,apelagi?? serang prof. Google pastu.................... DOWNLOAD!! hooyeeaahh~ bertambah lagi list lagu2 baru dalam h/disk. Thanx 4shared.com. ^__^

Sunday, May 8, 2011

Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup ku

meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu