Friday, February 11, 2011

Karnival WOW! Putrajaya 2011


Korang ade ape2 planning weekend ni?haaa...kalo x tau nak jenjalan mane,jom3 kite sume serbu Karnival WOW Putrajaya 2011 ni.Bermula 11 Februari 2011 sehingga 13 Februari 2011.Macam2 acara ade.Bole tgk kat poster tu.Kalo nak tau lebih lanjut schedule die,boleh klik SINI.Ade macam2 event yang korang bole join.Antaranya,

Aktiviti Keluarga
* Pertandingan fotografi, memasak, petunjukan memasak, perkahwinan

Seni & Persembahan
* Upin & Ipin, nyanyian, pertunjukan Kebudayaan Uzbekistan, persembahan Kebudayaan Malaysia, Laman Seni, Nasyid

Konsert WOW! Putrajaya
* Artis-artis Rock - Blues '80an

Rekreasi
* Ferrari, F1 Simulator, Kereta Klasik, Harley Davidson, Kereta dan Helikopter Kawalan Jauh, Belon Udara Panas,

Sukan
* Senamrobik, Walk N Hunt, Face Painting, Inter Park Ride

dan lain lain lagi...

Untuk maklumat atau pertanyaan sila hubungi :.

Rozimah - 03 8887 7159
Noor Azhar - 03 8887 7350
Khairul Faizi - 03 8887 7276

So,boleh la korang ajak makcik,pakcik,tok,nenek,sedara,sedari,sepupu,sepapat n kroni2 korang memeriahkan lagi karnival ni.Nak pegi 3 hari 3 malam berturut2 sampai orang event kenal korang pon lagikkk bagosssss~ hehe~ Ok,jumpe korang di sane yerr..di sane di sane di saaaane..hehe.

babaii~
^__^





Thursday, February 10, 2011

bile malas setadi ~

salam..
elooooooooooooooo~ mood tengah kebusanan nihh..
padahal bukannye takde bende nak kne setel kan ~
macam2 keje bederet menunggu disiapkan..
dengan exam mid sem nye lagi next week..
pastu nak kene siapkan entrepreneurship report n present lagi..
hadoiihhhh~

lupekan sebentar keje2 yang menimbun ituhhh..
mari kite berehat bersame Kit Kat!
ewahhh!!
macam iklan pulak.
=p

Actually memang nak nyelit iklan sikit kat entry ni.Baru2 ni my BFF si nenek Dahan ,Ila [jangan tanye saye kenapa die diberi nama gelaran sebegitu ] ade join satu contest kat fb anjuran Orange Photography.Contest ni lebih kepada pencarian model muslimah untuk memperagakan busana penaja2 tu.Kalau nak tau dengan lebih lanjut tentang contest ni,boleh klik dan LIKE kat SINUN.Korang boleh la bace ape yang patut kat situ .

SO,kat sini saye nak mintak la jasa baik kawan2 bloggers @ readers @ silent reader @ sape2 je yang bace entry ni untuk VOTE Ila kat page Orange Photography tuhh.

Haa,cemane nak vote??Vote tu kueh ape??Ade kene pangkah2 atas ketas undi kerr??Ke kene daftar kat SPR dulu sebagai pengundi??

Sabo yob..sabooooo~ Ni mak nak habaq mai la cemane carenye mende alah vote2 ni..

1)Korang kene ade akaun fb dulu.Kalo xde,pegi buat sekarang.S.E.K.A.R.A.N.GGGGGG!!!

2)Okeh.Dah ade pesbuk??Bagoss!! pastu,Korang kene pegi kat page fb Orange Photography
then 'LIKE' page tu..

3)Pastu,bukak album INI dan klik 'LIKE' kat bawah gambar tu..

4)tadaaaaa!!Siap!

Senang kan?So,ape lagi.ajak kawan2,pakcik,makcik,tok, nenek,onyang,sepupu sepapat korang vote membe saye nihh.Tak rugi pon korang vote.Cair mair hati korang nak vote sbb pic comey dierr..yg lelaki bole la simpan angan2 nak jadi boipren dierr..Angan2 aje okeh,sbb die single but not available.hohoho~

Sape2 nak berkenalan dgn lebih dekat lagi boleh usha2 belog die jugak ===> SINI

Btw,pade sape2 yang dah vote,terima kaseh daun keladi.Laen kali,vote la lagi.erkk~ =p

p/s:dahan Ila ku cayang,saye suda mempromote kamu abes2an nihh..Kene half2 la hadiah nanti..Lalalalalalala~












Wednesday, February 9, 2011

Bagaimana untuk naikkan berat badan 1kg seminggu

entry ni diambil dari blog susu sejat.Banyak tips2 kesihatan kat situ.So,memandangkan saye ni dari golongan yg 'tulang belulang' xdek isi,so mmg nak cari solution jgk nak gain weight.Meh cekidaut ape yang kene highlite kat sini. =)

Mohd. Sufian Kesepian (bukan nama sebenar) adalah seorang yang kurus. Walaupun sudah hampir 5 tahun meninggalkan alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, beliau masih bertubuh kurus. Rakan-rakan seperjuangannya yang lain ketika di sekolah sudah lama memboroi dan menternak sel-sel lemak di sekeliling perut. Tapi Mohd. Sufian Kesepian masih begitu. Dia saling tak tumpah seperti rupanya ketika berumur 15 tahun, berlengan kecil, bertubuh keding; yang beza cuma wajahnya yang sudah berjanggut dan berambut panjang. Mohd. Sufian Kesepian menjadi rungsing dan resah, kerana imej maskulinnya kini diambang bahaya, umpama telur di hujung tanduk.

Pada suatu hari, datanglah seorang rakannya yang bernama Susu Sejat (bukan nama sebenar) kepadanya lalu memberikan suatu tips emas, “Wahai Mohd. Sufian Kesepian, kamu ikutlah 5 prinsip ini, nescaya kamu tidak akan kesepian kurus lagi selepas ini ”

1 – Minum 1L Susu Lembu Segar (Fresh milk) setiap hari, kerana manusia yang kecil itu (bayi la) juga membesar dengan meminum susu. Pecahkan ia kepada 4 hidangan, 250ml setiap hidangan, satu ketika sebelah pagi, satu ketika tengahari (lepas makan), satu ketika petang, dan satu lagi sebelum tidur.

Sekotak besar susu Dutch Lady Fresh Milk ini adalah bersamaan dengan 1L. Minumlah satu kotak besar susu ini sehari.

2 – Makan 3 genggam kacang campuran (gajus/macadamia/kacang tanah/almond) setiap hari, satu di sebelah pagi, satu di sebelah petang, dan satu lagi di sebelah malam.

3 – Bersenamlah kamu seperti Iron Man. Lakukan senaman yang melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan keting, atau sekurang-kurangnya lakukan “push up“, “pull up“, “sit up“, “lunges” atau “squat“. Senaman yang melibatkan kekuatan ni penting agar otot-otot kamu sentiasa mendapat signal bekerja untuk beban, sekaligus menggalakkan pertumbuhan otot. Kamu tidak mahu kalori yang terlebih tu hanya ‘tersadai’ di perut dan punggung kamu bukan?


4
– Buat seperti biasa, maksudnya kamu masih makan dan minum (dari pagi sampai malam) dengan cara dan kuantiti yang sama seperti hari-hari sebelumnya. Contohnya, jika kamu makan nasi 2 kali sehari, maka ketika mengamalkan 5 prinsip ini, pun harus makan dengan cara yang sama. Jangan tiba-tiba kamu skip satu meal pula. Ingat, makan makanan yang lain seperti biasa!

5 – Rehat, rehat, dan rehat. Rehat kena cukup, maka tidurlah kamu seperti seorang bayi, sekurang-kurangnya 8 jam sehari, secara berterusan (bukan tidur 2 jam, lepas tu terjaga, kemudian tidur balik).


Nota Kaki
: Dengan mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya telah mengambil kira-kira 1180kcal lebih daripada apa yang kamu selalu makan (kalori surplus 1180kcal sehari). Sepatutnya, kamu akan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 1kg seminggu. Ingatlah, sesudah kamu mencapai berat badan impian kamu, kamu boleh berhenti daripada mengamalkan 5 perkara ini. Amalkanlah, wahai sahabatku yang “skinny”..

p/s:Lalink syg hyeda,kamu juga blh amalkan nihh..jom same2 membesar~!!! ^__^

Sunday, February 6, 2011

========







will be update soon..

[tuan umah pegi holiday~ jgn rindu2 tuan umah yerr ^__^]












Thursday, January 27, 2011

bukan untuk kurus, tapi SIHAT..

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak.

Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.

Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda

boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.

Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.

Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran.

Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan peru t , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i.Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk

beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif.

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.

Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini

dapat mencantik dan merampingkan peha.


kredit to:nabila humaira


p/s:hargailah nikmat sihat..kerana kite akan sangat2 menghargainya apabila kite..sakit~ ^___^