Tuesday, April 26, 2011

Shakespeare Sonnet 18

 

Shall I compare thee to a summer's day?
   Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
   And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
   And often is his gold complexion dimm'd;
And every fair from fair sometime declines,
   By chance, or nature's changing course, untrimm'd;
But thy eternal summer shall not fade,
   Nor lose possession of that fair thou owest;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
   When in eternal lines to time thou growest;
So long as men can breathe, or eyes can see,
   So long lives this, and this gives life to thee.

 

 

Sunday, April 24, 2011

Apa dah jadi pada GOOGLE ??

Malas nak cakap banyak. Korang tengok la sendiri ape yang dah jadi kat pakcik Google nih. 

Abis jatuh sumer Logo ngan kotak search tu.



Amboi kemain warna warni bagai.

Die main berterabur pusing2 pulak dahhh..


Agak2 korang la kan, apesa jadik camtu eh ? Pakcik Google ni dah buang tebiat ke? makan pil overdos kott. Ke tensen sebab lately makin ramai student yang gunekan khidmat die untuk cari bahan TESIS ?? So konon2 nye ni adelah salah satu care nak release tensen beliau ... Mungkinnn~ 

Actually, setelah menggoda2 pakcik Google tu,  beliau telah membuka rahsia beliau cemane boleh jadik perkara2 luar tebiat di atas......jeng..jeng..jeng.. Jom saye pecahkan rahsia pakcik Google nihh. Cube korang pergi kat homepage Google then taip perkataan2 ni.

-Google sphere
-Google gravity
-Google reverse/mirror... 
-Epic Google
-Rainbow google
-Google loco
-Annoying Google
-Google pacman

Pastu korang klik 'I'm feeling Lucky'. Tunggu kejap. pastu tengok ape jadi. ^___^.. Kalau sape2 yang tengah tensen2 nak final exam or sedang pulun tesis tu, boleh la rest sambil try wat ni. Selamat mencuba! 

Saturday, April 23, 2011

what is bothering u even ur final exam is over ??

Salam.

Gosshh!! fuhh..fuhh.. berhabok gile teratak ni.Busy dengan final exam , thesis, projek n bla..bla..bla.. maka, semalam secara rasminya saya telah tamat final exam untuk my degree course di UKM ni.. *tepuk*tepuk*tepuk* [ tak boleh mention last exam kat ukm.kot2 pasni amik master kat ukm, still ade exam kat ukm lagi rite? =) ]

even dah berjaya abis exam, tapi tak bermakna saye boleh hallaluyarr jerit2 konon2 " Aku dah merdekaaaa!!!"  yer. Still ade lagi perkara yang MAHA dahsyat menanti..........TESIS !!!! urrrggghhh!! Kena siapkan beberapa chapter lagi. Then nak kene jumpe supervisor lagi . Then kene touch up lagi sistem yang still tergendala tuh. Then..then..then..


All the while makan tak kenyang, mandi tak basah,tido tak lena sebab dok becinta dengan tesis nih. Sampaikan ramai yang tegur saye yang memang sedia kurus ni dah bertambah2 keding dan susut badan. Ouh sungguh hebat penangan CINTA makhluk yang bergelar TESIS ni~ T__T








Mane tak nye, tinggal berapa ari je lagi untuk submit full draft kat pusat. Then tak sampai seminggu after hantar draf dah nak kene prepare untuk VIVA!!!! aaahhhhhh!!! ni bukan kereta VIVA jiran sebelah rumah yang baru beli atau VIVA elite makcik ko kat kampung! Ni VIVA yang akan menentukan masa depan kamu. Hidup atau MATI !! Samada projek kamu melepasi tahap yg boleh mengIMPRESSkan lecturer yang akan menilai atau tidak. Jika tidak ?? Sila lah datang UKM lagi next semester untuk extend dan siapkan projek kamu. Sekian terima kasih. tak pasal2 kang kempunan nak berkonvo bulan 9 ni  =_='





Bila tengok member2 fakulti lain yang bukan setakat dah submit tesis, tapi siap dah hantar kedai nak binding tesis dengan cover keras kaler hijau tuuu...........memang JELESSSS sesangattttt3~~ Tapi at the same time, hati berdebar2 sebab " banyak nye lagi aku punye yang nak kene siapkan " =.='


tapi takpe, sematkan dalam hati, "ye!aku boleh siapkan dan aku boleh buat yang lebih baik daripada orang lain!! " So, tunggu ape lagi ?? Lets get it finished !!! Chayokkk2!!~~ ^__^




Tuesday, April 12, 2011

Thursday, April 7, 2011

Perlu mengalah ke ?

Terkadang..

lelah dengan perasaan yang menghantui diri.

terkadang..

putus asa dengan setiap dugaan yang bertalu2

Terkadang..

lemah dengan godaan & nafsu yang merantai jiwa

Terkadang..

sakit menahan amarah d hati

Terkadang..

terkilan dgn org yg tamak & mementingkan diri sendiri

Terkadang..

kurang mengerti mengapa masih ada yang tidak mahu mengakui kesilapan diri


Terkadang..Terkadang..Terkadang......





Ya. Hidup memang tak seindah yang disangkakan. Serahkanlah segalanya pada Allah s.w.t yang bijak mengatur percaturan hidup. Dia memberikan ujian kepada setiap hambaNya berdasarkan kemampuan mereka . dan Allah s.w.t tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba2Nya.


Dan kita sebagai hambaNya, jangan cepat mengalah dengan segala ujian dan dugaan yang berlaku dalam hidup. Tabahkan hati, kuatkan semangat , dan REDHA .. Setiap yang berlaku pasti terselit hikmahnya.


miss lavender
4.25 pm
7/4/2011



Wednesday, April 6, 2011

Forgive..but not forget~




Forgiving does not erase the bitter past. A healed memory is not a deleted memory. Instead, forgiving what we cannot forget creates a new way to remember. We change the memory of our past into a hope for our future.












Sunday, April 3, 2011

Lelaki abai tanggungjawab ?? Tengoklah akibatnya ...~

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!


1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... ..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... ..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ... tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU... "

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita. 

Bagi kaum wanita, jika anda sayangi insan2 yang berharga di dalam hidup anda itu,  tinggalkan lah perkara2 yang boleh mengheret mereka ke dalam neraka. janganlah kerana kealpaan dan kelalaian kita di dunia, mereka yang bergelar lelaki yang sepatutnya melangkah ke syurga, terpaksa diheret ke neraka angkara kaum wanita di bawah tanggungjawab mereka. Nauzubillah...

sumber:virtualfriends.net